16 September 2014

BERMALAS-MALAS @CHERATING [2]


Di Cherating.
Aku, Baha dan Sani ketika ini berada didalam chalet yang mengadap tasik. Sementara menunggu waktu Asar, aku bermalas-malas diatas katil sambil cuba membaca novel 'Serang Hendap Ulu Legong'. Baha dan Sani pulak keluar dari chalet, lepak di hadapan tasik, menghayati pemandangan landscape yang indah hasil usaha pihak pengurusan Tanjung Inn.

Bermalas-Malas. Maksud aku bukanlah kita mesti malas berjalan, malas membaca atau malas berfikir. Rugilah kalau percutian yang singkat ini kita habiskan hanya dengan tido! Cara bercuti macam kami ne, kami tidak membawa laptop atau ipad. Kami cuba lupakan sekejap tentang politik di Selangor, tentang bunyi bising dan haru-birunya Kolompo. Kami jauhkan diri dari menonton Tv, berfacebook, berWhats'App atau melayari blog. [Di sini ada disediakan buku bacaan dan kemudahan internet].

Panas diluar membuatkan siBaha dan Sani masuk semula ka dalam chalet. Baha ajak aku kepantai dan Sani pula mahu melepak didalam bilik sambil si Sani membelek-belek novel perang Serang Hendap Ulu Legong. Cuaca sedikit panas tidak menghalang aku dan Baha menyusuri pantai di Kampung Cherating. Ketika ini air laut surut dan dua orang kanak-kanak sedang berendam didalam takungan air ditepi pantai sambil ibunya menjerit dari bawah pokok rhu. [Tidak berapa jelas apa yang dijeritan oleh pompuan tersebut!]

Kling! Klig! Kling! Deru angin, suara ombak dan diselang-seli dengan bunyi loceng ice cream telah menengelamkan suara siibu yang mungkin meminta anak-anaknya segera datang untuk minum petang. Aku dan Baha menghampiri lelaki menjual ice cream yang sedang duduk mencangkung disebelah motor cupcai. Sambil menyangkung, lelaki itu menguis-guis[1] pasir dengan sebatang kayu kecik.

"Apa yang ditulis?" Aku menegur lelaki tersebut. Lelaki tersebut terus bangun, tersenyum sambil bercakap yang te'lornya[2]  aku tak faham. Macam pelat[3] gitu!

"Encik ne orang Vietnam ker?"

"Saya orang Kemboja"

"Ohhh!" [dalam hati aku berkata, patutler telornya lain macam]

"Nama sape?, Dah lama tinggal sini" [maksud aku Malaysialah]

"Ahmad, 20 tahun", pendek sahaja jawapan si Ahmad. Sambil membunyikan locengnya beberapa kali. Locengnya digoyang-goyangkan dan hasinya keluarlah bunyi kling! klig! kling! Punbegitu, tiada saorang pun yang datang membeli icecream si Ahmad. Rasa kasihan pulak aku bila melihat siAhmad yang wajahnya kelihatan sedikit hitam kerana selalu berjemur dibawah terik matahari untuk mendapatkan sedikit rezeki.

"Baha, lu nak ice cream?"

"Boleh gak"

Wajah Ahmad sedikit gumbira sambil tangannya membuka penutup peti ice cream. Walaupong aku tau, ice cream yang dijual si Ahmad tidaklah sesedap ice cream berjenama, tetapi itulah rezeki aku dan Baha dan juga rezeki si Ahmad petang ini. Si Ahmad mendapat rezeki kerana Ahmad berusaha menjual ice cream. [Rezeki itu udah dibahagi!]

Usai solat Asar, kami bertiga udah bersiap-siap hendak keluar minum petang bersama Cikgu Sauki. Sementara menantikan kedatangan Cikgu Sauki, kami berjalan-jalan di sekitar pantai Kampung Certing. Sekali pandang di perkampongan ini tak ubah seperti di Bali. Kalau dua kali pandang kira macam kat Teluk Batik di Pulau Pangkor. [Hehehe!]

Di kiri kanan jalan banyak orang berjualan. Ada yang berniaga internet, pakaian, mainan, restoran, gerai makan dan gerai buah-buahan. Kalau cakap pasal tempat  tido pulak, usah risau! Macam-macam jenama, gaya dan rekabentuk chalet ada disini. Termasuklah jenama Chelet Sempoi![4]. [Taktaulah aku apa yang sempoinya]


Bunyi Rise Up![5] Telepon Sani berbunyi dan Sani berbual sambil ketawa. Itu adalah panggilan dari Cikgu Sauki yang udah pong menghampiri kawasan Kampung Cerating. Cikgu Sauki sampai dan parking kereta dihadapan Tanjung Inn. Kami berempat menaiki sebuah kereta menuju Kuala Kemaman untuk minum petang. Dalam perjalanan, banyak cerita dapat didengar. Sekejap Cikgu Sauki yang bercerita, kejap dipotong pulak oleh Sani. Riuh dengan gelak ketawa bila ada yang buat lawak. Tak sedar kami udah memasuki jalan menuju Kuala Kemaman. [Hampir 20 tahun tidak bertemu Cikgu Sauki. Itu yang jadi pecah perut bila ada yang buat lawak]

Kenderaan mula bergerak perlahan. Ada yang terus menuju Kuala Kemaman dan ada pula kenderaan yang berhenti di gerai-gerai makan disepanjang jalan. Kereta kami berhenti disebuah gerai yang menjual satar dan otak-otak. Kami pesan air kelapa dan satar. Sambil minum sambung cerita lagi. Ketawa lagi!

Sani pula bertanya pada lelaki yang sedang membakar satar pasal Pesta Boat Dunia di Kuala Kemaman. Lelaki tersebut bagitau dalam te'lor Terengganu iaitu pesta tersebut baru sahaja selesai pasal esuk hari Ahad dan di Terengganu hari Ahad adalah hari bekerja. [Kami berempat ketawa serentak. Bukan pasal suka tapi ketawa sebab nak cover. Malu Beb!]

Kami udah hampir selesai minum petang. Rasa sedikit kecewa kerana tidak sempat jenguk pesta boat, Sani segera memanggil salah sorang pompuan untuk membayar harga minuman. Si Baha pula, pergi ke gerai sebelah untuk membeli kepok dan aku tapaw [6] sedikit satar untuk diberikan kepada kucing-kucing yang berada di Tanjung Inn.


Di Tanjung Inn,
kami bergilir-gilir mandi dan bergilir-gilir solat Magrib. Masa yang sama tiga ekor kucing datang untuk bermanja. Baha menjamu kucing-kucing tersebut makan kepok dan satar. MioW! MioW! Mungkin kucing itu berkata ["Jemu dah dengan orang Cherating. Sesekali nak gak bermanja dengan orang Kolompo"]. MioW! MioW!

-[Selepas waktu Magrib nanti kami nak ajak Cikgu Sauki makan malam sambil sambung cerita-cerita lawak. - Fullstop!

Ayat Pelik : [1] Menguis-guis -  Menolak, menyepak atau menepis.
             

             [2] Te'lornya    -  Tidak dapat bercakap betul.
                                    
             [3] Pelat        -  Sama maknanya dengan [2].
            

             [4] Sempoi       -  Sedikit ringkas tapi menarik.
             

             [5] Rise Up!     -  Salah satu nada ring tone.
             

             [6] Tapaw        -  Istilah Cina : Bungkus.
            
          







No comments:

Post a Comment