|
Pagi Ahad. Cuaca pagi nampak baik. Kelihatan sinar matahari telah mencuri keluar dari celah-celah pokok dikejiranan aku. Jam 0730 pagi, aku udah siap sedia untuk berkayuh dengan empat orang budak sekolah [anak-anak jiran aku] arah ke Frim. Nama bebudak tu ialah Najmi, Salman Khan serta dua budak adek-beradik yang aku tak ingat namanya. |
|
Kami berlima sedang gerak ke arah Frim. Frim ne adalah nama singkatan dari Forest Research Institute Malaysia [FRIM]. Kat Frim ne ada track untuk jogger, untuk mtb dan juga disediakan laluan bagi pengemar junggle trekking. Ada gak Canopy Walkway, air terjun [waterfall kata orang putih] dan tempat mandi untuk bebudak sahaja. - Kalau nak trekking atau ke air terjun, pakailah kasut tapak berbunga [walking shoes], bawak towel, drinking water dan sedikit makanan [food stuff]. Pasal, kat dalam hutan tak ada gerai makan Bai! |
|
Aku kayuh depan sekali, kira macam kaptenlah gitu! Kami kayuh melintasi deretan rumah kedai di Laman Rimbunan, beluk kanan melalui kilang-kilang dan kayuh masuk ke Tasik Metro ikut pintu belakang. Bila sampai kat bukit, hanya tiga orang sahaja yang lepas berkayuh. Dua budak lagi tak mampu nak kayuh, sebab basikal budak sekolah hanya guna tiga gear. - Apa lagi, tercungap-cungaplah menolak basikal. |
|
Keluar dari Tasik Metro. Melintas dihadapan lampu tiga warna [trafik lightlah!] menuju pintu masuk ke Frim. Aku ajak bebudak tu singgah minum disebuah gerai sementara menunggu Mahfol yang berkayuh dari Sungai Tua. Aku pesan teh O dan bebudak empat orang tu, pesan Milo Iced. - Ishhh! ishhh! ishhh! Pepagi lagi dah pekene ice, tak sesuai sangatlah!
[Bercakap pasal minum ne, sebaik-baiknya bila bangun pagi, minumlah segelas air masak. Lepas tu makanlah sebiji pisang atau tiga biji kurma sebagai alas perut. Aktiviti berkayuh atau berjogging ketika panas melampau akan menimbulkan masalah dimana kita akan kehilangan kandungan air dalam tubuh secara drastik gitu!] - Tu pasal disaran bawa air mineral atau air tenaga ketika berkayuh, takut kita kene dehidarsi! |
|
Najmi, Salman Khan dan dua budak lagi udah selesai minum Milo Iced. Bebudak tu nampak gayanya tak sabar dah nak masuk ke dalam Frim, sedangkan kawan aku si Mahfol belum sampai lagi. Bila Mahfol sampai sahaja, aku ajak gerak masuk melalui Pak Guard. Bebudak tu hanya bayar RM1.00 pasal guna basikal budak sekolah dan jika guna basikal bukit kene pengeras RM3.00. - Sedikit Info: Sekiranya kenkawan masuk guna kereta, kene bayar RM5.00 sahaja.
Kami berenam [6] kayuh sampai ke kawasan air terjun. Kat kawasan ini, ada disediakan surau, tandas awam, wakaf dan gerai makanan. Bebudak empat orang tu, ge ke kawasan air terjun dan kami berdua pulak melepak kat gerai sambil sarapan pagi. Tak lama, bebudak tu turun dari kawasan air terjun dan sambung berkubang didalam sungai yang airnya separas pinggang. - Risau gak aku kalau bebudak tu tertelan air sungai ketika mandi. Manalah tau, ada kencing tikus - takut kene Virus. Nanti, aku jugak yang dipersalahkan!
|
|
Ketika matahari mula meninggi, keadaan disekitar gerai makan mula dipenuhi dengan raider yang baru sahaja menamatkan kayuhan off road. Pelbagai gaya dan jenama basikal. Ada juga raider yang datang dengan menyewa basikal [harga sewaan RM5.00] tetapi basikal itu hanya sesuai dikayuh pada permukaan jalan yang rata sahaja. - Kalau basikal sewa tu kayuh kat laluan tidak rata [off road, aku rasalah, ada skru yang tercabut. Itu belum lagi masalah tayar bocor. Kalau tayar bocor, kene menapaklah dalam hutan Bai! |
|
Hampir pukul 1100 pagi, aku ajak Najmi, Salman Khan dan dua rakannya balik tetapi mereka belum bersedia untuk pulang ke rumah. Aku dan Mahfol gerak dulu, keluar dari kawasan Frim dan tunggu bebudak tersebut direstoran mamak berhampiran Eon Big [dolu dikenali sebagai Carefour]. Hampir 40 minit menunggu sambil pekene teh tarik, tak nampak batang hidung diaorang. Akhirnya, aku dan Mahfol ambik keputusan untuk balik rumah bagi mengelakkan bahang panas jikalau berkayuh pada waktu tengahari buta. - Biasalah! Bebudak, bila dapat berkubang dan berendam dalam sungai, taknak balik. Nanti, kalau emak-bapak diorang tanya, aku jugak yang salah! |
Nota Kaki : Sekiranya kenkawan hendak datang ke Frim Kepong, kenkawan boleh gunakan perkhidmatan KTM Komuter dari Kolompo dan berhenti di Station Kepong. Dari situ kenkawan boleh sambung perjalanan dengan teksi. Dapatkan info di 'One Stop Centre' Frim untuk ke Canopy Walkway [CW] misalnya. Biasanya, waktu melawat CW ialah antara jam 09.30 pagi hingga 02.30 petang. Tiket berharga RM 5.00 [Malaysia adult] dan pelajar RM 3.00 boleh dibeli kat Frim 'One Stop Centre'. Laluan paling dekat untuk ke CW ialah melalui Rover Track. - FullStop!
No comments:
Post a Comment