06 May 2012

TIPAH XTERTIPU!


 Jom kita kongsi kisah Tipah yang hampir tertipu! Kisah ne aku ambil dari Metroplus dari tulisan asal olih Nurul Nafisah Mazlan. Semuga menjadi pengajaran kepada kita agar sentiasa berhati-hati ketika menerima sms yang mengatakan sebagai penerima bertuah. Siapa yang bertuah sabenarnye! Yang menghatar atau yang menerima sms. 



Kisah bermula apabila Nurul Ain, menerima SMS yang tertara 'anda telah meraih hadiah percuma bernilai RM19,000 dari Shell Helix. Nurul Ain kemudian membuat panggilan dan seorang lelaki bertutur loghat Indonesia yang memperkenalkan diri sebagai Datuk Farid, sebagai mewakili syarikat. Lelaki tersebut meminta nombor akaun bank bagi mendeposit wang berkenaan. 

"Mulanya saya ragu kerana dialek percakapannya tidak seperti rakyat tempatan, namun selepas terpedaya dengan menyakinkan dia orang Sabah, baru saya memberikan nombor akaun" kata Nurul Ain. Sambung Nur Ain lagi, selepas itu pengirim SMS itu memberitahu wang dimenangi akan dimasukkan dalam akaun dalam masa 10 hingga 15 minit. Boleh menyemak sendiri selepas tempoh masa berkenaan, namun selepas berbuat demikaian tiada sebarang transaksi terbaru. 

Nur Ain menghubungi semula nombor berkenaan dan mereka meminta Nur Ain pergi ke bank untuk melakukan beberapa langkah mengunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan langkahnya diarahkan sendiri olih pihak berkenaan. "Salepas mengikut apa yang disuruh, masih tidak ada peningkatan baki akaun, baru tersedar sebenarnya sudah terjerat dalam kes penipuan" ujar Nur Ain.  

Nota: Menurut Nur Ain, dia bernasib baik  kerana berfikir panjang memindahkan kesemua baki wang simpanannya ke akaun lain sebelum menghubungi pengirim SMS untuk mengetahui tindakan lanjut perlu diambil bagi memperolehi hadiah tersebut. 

Cerita aku: Lebih kurang 10 tahun dulu pun aku pernah terima SMS yang mengatakan aku adalah orang bertuah kerana memenangi hadiah dari Petronas bernilai RM30 ribu. Aku tak pernah berurusan dengan Syarikat Petronas, dan sudah pastilah ini hanyalah gurauan dari kengkawan aku yang baru tukar nombor telepon. Jika benar syarikat Petronas nak bagi duit free kat aku, pasti syarikat tersebut guna nombor telepon pejabat. Betul tak Beb! Pasal SMS yang diorang hantar guna  bahasa Indon, aku pun balas SMS tersebut. "Pak! Hadiah RM30 ribu ne sikit bangat! Boleh  Bapak tambah lagi RM30 ribu. Aku mau beli boat laju". Lepas tu diorang tak layan dah! Hehehe...
 

No comments:

Post a Comment