30 July 2011

TOPI STORMTROOPER!










LONDON 28 Julai
- Mahkamah Tinggi Britain menolak permohonan Lucasfilm Ltd. bagi menghalang seorang pereka daripada menghasilkan dan menjual replika topi Stormtrooper yang di-guna dalam filem Star Wars.

"Filem Star Wars merupakan hasil seni yang dicipta Lucas dan syarikatnya. Topi keledar tersebut bersifat utilitarian dan sebagai eleman dalam proses penerbitan," kata lima penal hakim dalam perbicaraan itu.


Sebelum ini, pereka Ainsworth-62, mereka sabuah topi keledar putih seperti yang dipakai tentera Imperial dalam filem asal Star Wars pada tahun 1977 dan kini mengembangkan perniagaan dengan menjual kostum yang dihasikan melalui acuan asal menerusi Internet. Peguam kepada Lucasfilm menegaskan kostum dan arca yang direka berdasarkan filem tersebut merupakan hasil seni di-bawah undang-undang hak cipta Britain. -AP

  • Nota Kaki : Ketika entri ini ditaip, peminat seni tampak dan visual boleh mengunjungi BSLN kerana sedang berlansung pameran Wayang U-Wei Angkat Saksi bermula pada 11 Julai hingga 5 Sept, 2011. Pameran ini juga mempaparkan sejumlah 40 karya dari lapan pelukis tanah air yang dipersembahkan dengan pelbagai tafsiran masing- masing terhadap filem -filem karya U-Wei Haji Saari. Pelukis yang dimaksudkan ialah Ahmad Zakii Anwar, Tengku Sabri Ibrahim, Ilse Noor, Shia Yih Tiing, Fadzil Idris, Elias Yamani Ismail dan Amiruddin Ariffin.

No comments:

Post a Comment