20 July 2011
KAYUH WAKTU PETANG!
Selamat Pagi Friends!
Semuga pagi ne lebih ceria dan bermakna dari hari semalam.
Kalau hari ne tak ceria, mungkin hari esok akan ceria dan lebih bermakna! Hidup mesti diteruskan, walaupun kita derita kerana putus cinta, atau tak lulus ujian memandu atau gaji tak naik atau kereta kene tarik. Boleh sakit jiwa atau kalau ada darah tinggi tambah naik lagi! Huhuhu... Tiada yang dilahirkan sempurna! Jangan salahkan diri atas apa yang terjadi. Hidup adalah anugrah! Sukuri apa saja yang ada. Ini hanyalah kata-kata semangat buat aku dan juga kengkawan diluar sana.
Kalau pagi-pagi kita dah murung, yang baik pun kita anggap buruk. Untuk menghindarkan masalah kemurungan yang berterusan, ada baiknya anda ge ATM keluarkan duit sikit - lepas tu ge kedai basikal dan beli sabuah basikal. Kayuhlah dari kedai basikal tu menuju taman, tasik atau tempat yang anda suka. Sambil kayuh anda dapat keluarkan peluh, dapat udara segar dan dapat pulak melupakan masalah yang di- hadapi, walaupun buat sementara aje!
Seronoknye berbasikal hanya anda saja yang tau, bila anda sendiri yang kayuh! Sekarang ne pong akbar tempatan dah mula cari berita pasal hobi baru remaja - fenomena basikal fixie! Aku rasa teruja melihat badai yang melanda remaja masa kini. Hilang label menjadi Mat rempit! Tidak perlu lagi pinjam cupcai bapak untuk bersiar-siar dengan kawan. Tak perlu berlumba di jalan raya. Bila sudah ramai remaja tunggang basikal, kuranglah nanti kita dengar berita pasal kecurian minyak motor atau kehilangan cupcai. Ibu bapak patut memberi sokongan kepada anak-anak yang hendak tunggang basikal. Naik basikal tak perlukan lesen, petrol dan dapat menghindari pencemaran alam dari asap dan bunyi bising.
Aku harap lebih ramai remaja dan orang dewasa kayuh basikal. Lagi ramai yang kayuh lebih baik tahap kualiti udara. Sistem pengakutan macam KTM, Komuter atau LRT sepatutnye ada ruang untuk meletak basikal. Kaki kayuh boleh ge kojer naik basikal tanpa menyimpan atau meletakan di station. Sistem ini telah diguna pakai di negara-negara maju. Bila lagi agaknye sistem pengangkutan kita nak buat macam tu? Kata nak jadi negara maju!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jauh berkayuh..sekarang cuaca panas....
ReplyDeleteBetul tu Bard...cuaca panas!
ReplyDeleteKalau dapat kayuh waktu malam tentu best kan...