02 April 2013

MUDAHNYA PERCAYA!




As Salam! Foto kat atas ne aku rakam guna  kamera Nikoon Coolpix, ketika aku berada di Pulau Pangkor. Foto ne gak aku upload kat facebook dan kengkawan pong Like. Ada gak yang bertanya bila aku ge Pulau Pangkor!

Begitulah  serba sedikit gambaran mengenai tahap pemikiran dan kepercayaan kita bila udah percaya! Sebetulnya foto tersebut aku klik ketika berada di Tanjung Malim bukannya di Pulau Pangkor. Hehehe!

1- Mudahnya percaya! Kisah remaja pompuan 16 tahun yang ditangkap berkhalwat di hotel bajet kat bandar Tangkak, Ledang pada 31 Mac 2013. Mudahnya ibu budak pompuan tu percaya bila remaja tersebut bagitau nak berjumpa dan  bermalam di rumah rakan sekolahnya di bandar tersebut.

Apapong alasan anak pompuan, sebagai ibu sepatunya tidak membenarkan anak pompuan keluar rumah bersaorangan, lagi-lagi nak tido kat rumah kawan. Oleh kerana emak-bapak udah terbiasa dengar alasan anak pompuan diaorang nak tido rumah neneklah, makciklah atau kawan pompuanlah - akhirnya kantoi dan boleh didakwa di bawah Seksyen 27(1)ab, Enekmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997. 

Orang Melayu dolu-dolu, sangat takut kalau anak mereka di tangkap basah ketika berdua-duaan di taman bunga. Malunya bukan kepalang, satu kampong tau! Tu sebab ada ayat seperti 'Kamu Tipah! Jangan cobak-cobak mencoreng arang kat muka aku'. Tapi orang Melayu sekarang tidak takut malu kalau anaknya kantoi, tupasal ayat kene tangkap basah pong udah tidak kedengaran lagi.

Dolu pernah gak aku dengar ayat 'Kalau udah gatal sangat nak berlaki, kahwinkan jerlah si Tipah tu'. Tu sebab agaknya pompuan dolu-dolu  umur 15 tahun udah berkahwin. Pasal keluarga taknak tanggung malu bila anaknya kantoi nanti. Beza sangat dengan emak-bapak sekarang! Orang Melayu sekarang tak ambik pot dan tak malu pong kalau anak dia kene tangkap kerana berkhalwat.


2- Mudahnya percaya! Petikan perbualan di antara Ustaz Ashaari Muhammad dengan  Rasulullah SAW.  

"PM Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad akan jatuh terhina di hadapan rakyaat. Kejatuhannya di luar dugaan yang memeranjatkan dunia, dalam keadaan aman damai dan di sambut penuh kegembiraan oleh rakyat Malaysia". - Tulisan dari Shuib Sulaiman, Bangkok, Thailand. 16 Rabiul Awwal 1416H (24 Ogas 1994)

Kalau ikut kata penulis Shuib Sulaiman, perbualan tersebut adalah isyarat kerohanian Ustaz Ashaari  berdasarkan ilham, fihrasat, kasyaf, hatif, mimpi atau secara yagazah. Aku pulak taktau bila ramalan tu dibuat. Tau-tau jer! Pada 5 Ogas 1994, Majlis Fatwa Kebangsaan telah isytiharkan fatwa pengharaman ke atas Aurad Muhammadiah.

Pasal mudah percaya dan taksub agaknya, sampai lupa bahawa Allah sendiri yang hancurkan Al-Arqam. Seperti kata-kata penulis Zabidi  Mohamed dalam buku Arqam Tersungkur DiPintu 'Syurga'. "Tragedi umat abad 21! Kesalahan Ustaz Asaari dan Al-Arqam bukan setakat dengan kerajaan dan rakyat Malaysia, malah yang paling besar kesalahannya dan paling berat adalah dengan Tuhan. Pintu syurga yang kami idamkan selama ini rupa-rupanya adalah pintu neraka".

Jangan salahkan Ustaz Asaari Bro! Salahkan diri sendiri kalau kita sendiri mudah percaya pada ramalan - macam ramalan nombor ekor! Orang Melayu dari dolu memang mudah percaya pada ramalan dukun atau bomoh. Melayu sekarang pong apa bezanya! Masih lagi punya pemikiran dan kepercayaan pada gores dan menang, toto, empat nombor ekor. Huhuhu! 

3- Boleh percaya ke! Kalau balu pengasas Al-Aqram iaitu Khadijah Amm telah mewujudkan sebuah perkampungan di Mekah, Arab Saudi. Tentulah aku percaya Bro! Pasal si Khadijah ne banyak duit dan harta yang di tinggalkan Al-Arqam pong bertimbun-timbun. Pulak tu beliau tentu dah taubat, tupasl ada kat tanah suci. 

Yang aku tak percaya ialah si Khadijah  ne rupanya giat memperluaskan pengaruh ajaran sesat Al-Arqam. Pengikutnya boleh percaya pulak iaitu rukun haji seperti ibadah melontar jamrah hanya  dilakukan kat tandas, pasal mereka percaya konsep melakukan ibadah tersebut ialah membaling batu kearah syaitan dan tidak perlu pergi ke jamrah di Mina. Pulak dah! Apasal nak habiskan duit naik flight ge Mekah kalau sekadar nak melontar kat pintu tandas. Rumah sendiri pong tentu ada tandaskan. Lontar ajalah... Mudahnya  percaya!

Nota Kaki : Cukuplah setakat ini saja entri aku mengenai 'Mudahnya Percaya!'. Kalau panjang sangat nanti tentu kengkawan bosan pulak membacanya. Jumpa lagi di entri terbaru aku nanti!


 



No comments:

Post a Comment