08 April 2013

LELONGAN DARI HENRY BUTCHER



As Salam!

Lama gak aku tak story pasal lukisan. Kebetulan pulak ada rencana mengenai lukisan oleh Rasdan Ahmad bertajuk Mindscape dilelong RM350.000?.


"Karya pelukis terkenal tanah air, Latiff Mohidin berjudul Mindscape akan dilelong dalam satu majlis lelongan terkemuka Henry Butcher. Lelongan ini akan diadakan pada 21 April 2013, di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Mindscape yang dihasilkan pada 1983 adalah lukisan minyak diatas kanvas merupakan antara lukisan yang menjulang nama Latiff selain siri Pago-Pago. Nilai bidaan ini memperlihatkan karya pelukis tempatan sudah mencapai tahap antarabangsa. 

Selain daripada Mindscape, tiga lagi hasil lukisan Latiff yang akan turut dilelong ialah Siri Gelombang dan dua karya dari siri Pago-Pago. Kesemua lukisan Latiff dibuka pada harga tertinggi. Karya Gelombang juga dijangkakan akan mencecah pada harga RM300,000 dalam majlis tersebut itu nanti. Ini merupakan satu pengiktirafan yang cukup besar terhadap karya seni anak tempatan sehinggakan harga-harga bidaan ini setanding dengan hasil seni dari luar.


 Tajuddin Ismail
Blue Mindriff - 2003


Selain Latiff, beberapa karya oleh pelukis hebat tempatan lain turut dilelong dalam acara itu nanti antaranya lukisan Chuan Thean Teng berjudul Mothers and Children yang dihasikan pada lewat 1970'an dijangka akan mendapat bidaan sehingga RM120.000. Selain itu, karya berjudul Egrets yang dihasilkan pelukis Chen Wen Hsi dibuka pada harga lelongan RM90,000 sehingga RM120,000. 

 Mat Ali Mat Som
Kilau Tok Peran - 2008
Metal on Natural Stone


Karya pelukis hebat Yusof Ghani berjudul Siri Tari, yang dihasilkan pada 1983 juga turut dibuka pada harga lelongan RM80,000 sehingga RM120,000. Sebanyak 102 buah karya akan dilelong dalam acara ini, antara nama pelukis lain yang turut terlibat adalah Ahmad Khalid Yusof, Patrick Ng Kah Onn, Ibrahim Hussein, Zulkifli Yusoff, Ahmad Zaki Anwar, Hoe Say Yong, Ismail Mat Hussin, Syarifah Fetimah Syed Zubir dan Tan Choon Ghee". - oleh Rasdan Ahmad rasdan-utusan@yahoo.com  

Sharifah Fatimah
Untitled

Wong Hot Cheong
Last Supper - 2006
Digital Photography

Kelvin Cap
Gamal - 1995
Juhari Said
Jantan - 2005
Woodblock Print


Jailani Abu Hassan @Jai
Rambutan Tok Deris - 2000



Nota Lutut :
Rencana Lelongan Henry Butcher ini adalah salah satu koleksi keratan akbar yang aku simpan untuk tatapan genarasi pelukis akan datang. Foto lukisan yang aku upload diatas ne aku share dari facebook Henry Butcher Art Auctioneers.

Tidak ramai penulis yang mahu menulis mengenai lukisan di-akhbar atau majalah, pasal cerita lukisan ne tak macam story aktres [penyanyi atau pelakon] yang glamor dan siap dengan red carpet gitu! - Semuga kita jumpa 1agi!



No comments:

Post a Comment