"Pada masa saya berumur kira-kira 15 tahun saya dibawa berdagang oleh ayahanda saya meninggalkan negeri. Kami keluar dari tanah Sumatera melalui Pekan Baru (Siak) dengan sebuah sekoci belayar menuju Tanah Semenanjung dan singgah di Melaka pada tahun 1850. Apabila tiba di Melaka, kami menumpang di rumah Datuk Dagang bernama Haji Said, iaitu bapa saudara bagi Almarhum Tambi Abdullah yang terkenal kaya di Kuala Lumpur dengan gelaran "Datuk Abdullah".
Adapun ketuanan orang Melayu masa itu ialah Wan Cilik namanya yang tinggal di Semabuk Batu Tiga, Melaka. Negeri Melaka masa itu memang telah takluk di bawah perintah Inggeris. Pekannya kecil sahaja, ada sedikit-sedikit rumah batu, itu pun rendah-rendah dan separuh rumah-rumah itu didirikan betul-betul di pantai Melaka.
Perniagaan pada masa itu banyak di tangan orang Melayu, seperti berkedai kain dan menjual makanan. Ada juga Cina berkedai menjual sayur dan beras ketika itu datang dari luar negeri. Ada juga sedikit-sedikit orang Kerinci mencari rezeki disitu.
Setelah berhenti tiga hari lamanya di Melaka itu, maka kami pun belayar pula dengan sebuah nadil menuju Pengkalan Kempas. Nadil yang kami tumpang itu memunggah kain dan barang-barang lain di Pengkalan Kempas. Kami naik ke darat sambil saya mengambil upah menggalas kain dari Pengkalan Kempas ke Sungai Ujong. Upahnya sekati lima sen sahaja dari seorang saudagar kaya orang Kerinci bernama Haji Abdul Rahman.
Kami berhenti pula di Sungai Ujong selama lapan hari dengan maksud hendak mencari pekerjaan tetapi tidak dapat. Masa itu sungai Ujong belum lagi diperintah Inggeris dan pemerintahnya ialah Almarhum Datuk Kelana Sendeng namanya. Cina telah ada membuka lombong disitu dan sebab tiada pekerjaan maka kami pun beredar menuju Kuala Lumpur, kerana kata orang banyak pekerjaan di Kuala Lumpur seperti boleh bertanam sayur atau boleh melampan.

Ketika itu ada pula kumpulan orang Inggeris menggalas kain hendak berangkat ke Kuala Lumpur, maka kami tumpanglah kumpulan itu. Berjalan ikut berjalan dan berhenti ikut berhenti pula. Adapun jauhnya perjalanan itu ialah tiga hari tiga malam. Saya mula-mula melihat kejadian yang dahsyat apabila sampai di Kajang, iaitu melihat perlawanan senjata yang dinamakan bertikam. Seorang sampai mati ditikam oleh orang ramai dan darahnya mengalir sebabnya ialah kerana perempuan.
Akhirnya, kami pun sampailah di Kuala Lumpur lalu menumpang di rumah Haji Abdul Ghani orang Air Bangis yang berkedai di Java Street. Kuala Lumpur pada masa itu sibuk cara zaman dahulu. Ada dua lorong jalan sahaja iaitu Java Street dan Ampang Street (Lorong Ceti) yang ketika itu Ampang Street hanyalah kolam ikan kepunyaan oleh Almarhum Sutan Puasa.
Rumah-rumah kedai masa itu atap bertam, dinding pelupuh (buluh) dan orang yang berniga disitu seperti menjual kain-kain dan makanan semuanya orang Melayu, iaitu orang Rawa dan orang Mendahiling dan ketuanan masa itu ialah Sutan Puasa dan Raja Bilah. Kedua-dua ketua ini mengutip hasil dagangan yang lalu lintas melalui Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Adapun cukai timah ialah seringgit sebahara (tiga pikul)".
Extra : Antara tahun 1850 hingga 1935, orang Melayu yang tinggal kat Kelompo ketika itu ialah orang Kerinci, Rawa, Mendahiling, Minangkabau, Java, Trengganu, Melaka, Kampar dan Bugis. Lain-lain ialah orang Inggeris, sedikit orang Cina, orang Calcutta dan orang Banggali. Masa tu takde istilah 'Pendatang Haram'. Kisah Hj Abdullah Hukum ini, aku paparkan kepada kengkawan, khususnya pada yang minat sejarah tanah air. Istilah yang aku tak faham ialah sekoci, nadil dan melampan. Mungkin istilah orang dolu-dolu ne asalnya dari istilah orang Kerinci. Selepas ini akan menyusul pulak entri 'Pendatang Haram'. - Assalamualaikum!

No comments:
Post a Comment