19 April 2013

MERAH KUNING!


Merah-Kuning
PRU-13 Milik Siapa!


Merah-Kuning! Adalah warna bendera Negeri Selangor Darul Ehsan, negeri tempat aku dilahirkan. Meriahnya warna merah-kuning ne tentulah bila peminat bola sepak memakai jersey Selangor sambil mengibarkan bendera ketika perlawanan bola sepak.

PRU-12!


PRU-12! Proses demokrasi telah diuji pada PRU-12 dengan kebangkitan rakyat akibat tidak puas hati kerana kenaikan harga barang dan gerakan reformasi senyap oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (@Anwar) satelah beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada  September 1998. 

Pada masa tu, BN menang 140 kerusi daripada 222 kerusi (63.06%) untuk kerusi Parlimen, dan 307 kerusi DUN daripada 505 kerusi  (60.79%). Walaupong BN menang tetapi telah kehilangan beberapa negeri pasal kene tawan oleh pihak pakatan pembangkang, termasuklah negeri Selangor Darul Ehsan.

Seingat Akulah! Isu yang dimainkan oleh pakatan pembangkang seperti rasuah, penyelewengan dan bertambahnya jenayah. Lepas tu isu kenaikan harga beras, tepung, gula, minyak masak dan petrol. Isu camne memang boleh menyentuh persaan pengundi terutama yang tinggal diluar bandar. Akhirnya Selangor tumbang bersama ketuanya sekali iaitu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Kerusi Panas! MB Selangor pong diganti dengan Tan Sri Khalid dari pakatan pembangkang. Beliau lahir di Kampung Jalan Raja Abdullah, Kuala Selangor. Berkahwin dengan Salbiah bte Tunut. Bekas CEO PNB (1979 - 1994) dan kemudian dilantik CEO Kumpulan Guthrie dari 1995 hingga 2003. Beliau adalah Menteri Besar Selangor, ADUN Ijok  dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Ramai gak yang mempersoalkan tanggung jawab beliau yang nampak macam sibuk. Nanti, yang dikejar tak dapat yang dikendong pulak berciciran!


PRU-13

Pada PRU-12, BN hampir kecundang atau dalam erti kata lain Pakatan Pembangkang yang diketui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sikit lagi dapat menawan Putra Jaya. Beliau kini mungkin tertekan berikutan beberapa isu termasuk penyebaran video seks di internet, menjadikan Anwar Ibrahim ibarat harimau parah dan sanggup buat apa saja.  Lagipong usia Anwar Ibrahim udah mencecah 65 tahun dan udah tentu tidak mengizinkan beliau mencapai cita-cita politiknya pada PRU-14.

Perdana Menteri! Datuk Seri Najib Razak pulak, sejak mengambil alih pucuk pimpinan UMNO dan Barisan Nasinol (BN) empat tahun lalu telah memperkenalkan 'transformasi' politik dan yang paling ketara dan diingat oleh kebanyakan rakyat ialah simbol jari telunjuk 'Satu Malaysia'.


Perang kempen semakin hangat! Ada ceramah kat surau, pejabat dan yang paling menarik tentulah penganalisis politik 'kedai kopi' yang mana lagaknya macam dialah yang akan bertanding. Macam-macam diaorang ne bagi komen! Pasal manifestolah, bakal calon yang menanglah dan kekadang sampai lupa diri bila bercakap. Yalah! Air liur meleleh pong tak sedar. 

Tak Mudah Percaya! Bukan semua pengundi mudah diperdaya dengan janji manis atau janji tak cukup manis pembangkang. Kalau yang terlalu taksub tu tentulah diorang percaya walaupong Mamat tu kaki temberang.

 

Nota Kaki : Kita ada akal, boleh membezakan antara hasutan kebencian dengan kebenaran. Kenelah buang perangai 'taksub' kepada pemimpin atau ketua. Jangan sampai nasi udah menjadi bubur. Pasal taksublah akibatnya pengikut Al-Alqram, Al-Maunah, Ayah Pin dan Kumpulan Penganas Kiram sanggup mati. Ramai kat luar sana tu yang jadi pak turut, lambat pick-up dan bebal pasal percaya sangat dengan hasutan kat blog! Janganlah percaya bulat-bulat berita, rencana dan gambar di facebook atau di blog. Ingatlah! Perjalanan masih jauh lagi. 

Al-Fatihah buat Tan Sri Aishah Ghani bekas Menteri Kebajikan Masyarakat, yang telah meninggal dunia.  Assalamualaikum dari meja Mj!




No comments:

Post a Comment