|
Pagi di KL. Pagi semakin cerah. Waktu baru sahaja melangkah ke tujuh setengah pagi. Aku bersama isteri melintas Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk ke klinik yang terletak di tingkat satu, Wisma Mohd. Ebrahim. Sementara menunggu pintu klinik di buka, isteri aku cadangkan bersarapan di bawah flat Selangor Mansion.
Ketika hendak masuk ke salah sebuah kedai makan di-flat Selangor Mansion, aku perhatian udah ramai orang sedang bersarapan. Kebanyakan lelaki. Ada yang berkumpulan ada juga yang berseorangan. Berbual sambil bersarapan itu perkara biasa. Yang merimaskan isteri aku ialah melihat kepulan asap rokok terapung diudara seakan-akan kabus gamaknya.
Ahh! Potong stemlah. Kami menukar haluan dan gerak kearah Restoran Yassin yang terletak berhadapan dengan Maybank dan CIMBbank. Kamilah pelanggan pertama yang berada di restoaran ini. Aku memesan secawan teh O dan mineral water serta dua keping ruti canai. Tidak lama, pesanan kami udah dihidangkan di atas meja.
Sambil makan ruti canai cicah kari, aku melihat nota temujanji yang aku udah taip sebelum ne di handpon aku. Cadangnya pagi ne mahu berjumpa doktur, lepastu mahu melawat pameran 'Lagi-Lagi GilaGila' di Galeri Petronas Suria KLCC. Selesai nanti nak temankan si Azahan ke Berjaya TimeSquare. Kalau sempat, tengahari pulak nak berjumpa rakan lama [Mazlan Muhamad] yang bekerja diUDA, Pertama Kompleks. |
Usai urusan dengan doktur, isteri aku masuk semula ke pejabat dan aku gerak ke arah bus stop berhampiran untuk bertemu si Azahan dihadapan menara berkembar KLCC. Si Azahan pulak khabarnya tidak memandu kereta pagi ne bukan kerana masalah parking atau harga minyak naik tetapi katanya, kereta udah disumbat kat workshop gitu!
II- KLCC. Aku udah terpacak dihadapan menara berkembar KLCC. Aku sebenarnya yang tiba lebih awal. Temujanji aku dengan si Azahan ialah pada pukul 1000 pagi. Aku memerhatikan beberapa buah teksi yang berhenti menurunkan penumpang. Seorang pengawal keselamatan berdiri di tengah jalan masuk ke shopping mall. Sesekali pengawal itu meniupkan wisel. Kereta berhenti dan sekumpulan kanak-kanak sekolah bersama guru-guru melintas dan masuk ke dalam shopping mall.
Aku masih lagi menanti. Berdiri menghadap Jalan Ampang. Teringat aku pasal tapak menara berkembar sekarang ini ialah bekas padang lumba kuda. Ikut sejarahnya, menara berkembar KLCC ini mula dibina pada 1991 dan siap pada 1997. Direka oleh akitek kelahiran Argentina bernama Cesar Pelli. Selain menara berkembar dan shopping mall, terdapat juga sebuah masjid [As Syakirin], KL Convention Centre dan KLCC Park.
|
Cahaya matahari mula muncul perlahan-lahan dan cuba mencuri masuk ke dalam bangunan melalui dinding-dinding kaca. Kini, mata aku tertumpu pada sebuah bas RapidKL yang baru berhenti. Orang ramai turun. Si Azahan juga ada di celah-celah orang ramai tersebut. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Lepas tu kami melangkah perlahan ke arah Wisma Central yang terletak disebelah sayap kiri KLCC. Belum sarapan lagi kata si Azahan!
Ketika kami melangkah keluar dari Wisma Central, jam di tangan aku jarumnya menunjukkan pukul 1020 pagi. Kami gerak ke Galeri Petronas yang terletak di leval 3 untuk jenguk sekejap pameran majalah humor 'Lagi-Lagi GilaGila'. Majalah tersebut pertama kali berada di pasaran pada 1 April 1978.
Seperti yang tercatet pada Pengenalan iaitu objektif pameran adalah untuk memberikan sebuah aras penghayatan baru terhadap terma humor. Apakah yang ada disebaliknya sifat-sifat pendidikan, sindiran, pedoman, teguran, nostalgia dan hiburan yang dimajukan oleh GILA-GILA?
|
|
III- Aku dan Azahan udah berada dalam perut bas GoKL yang berwarna pink. Penuh dengan penumpang pasal free agaknya. Bas bergerak menuju Bukit Bintang melalui Jalan Ampang dan beluk ke Jalan Sultan Ismail. Bas berhenti di hadapan StarHill kemudian berhenti pula di hadapan Seven-E kat Jalan Bukit Bintang. Alamak! Bas tak pergi ke Berjaya Time Squarelah, bisik si Azahan sambil keluar dari perut bas.
E-ya! Jalan banyak kena tutup pasal pembinaan station MRT bawah tanah yang terletak betul-betul dihadapan Bukit BintangPlaza. Kami menapak perlahan-lahan melalui lorong-lorong sempit siar kaki disebelah Sungai WangPlaza. Sebelum kami memanjat jejambat yang menghubungkan Berjaya TimeSquare, Azahan minta take five kerana kepenatan.
|
|
Selesai urusan di Berjaya TimeSquare, kami mengatur langkah demi langkah menyusuri lorong dan masuk ke dalam kompleks Sungai WangPlaza. Orang ramai mundar-mandir dan ada yang sedang memenuhi cafe dan restoran makanan segera. Aku melintas dihadapan outlet Mc'D dan disebelahnya outlet KFC. Tercium aroma ruti dan ayam goreng. Aku ajak Azahan layan burger diMc'D. Satu set burger termasuk kentang goreng dan air berkarbonat udah cukup buat kami meneruskan perjalanan. |
|
Kami melangkah menuju bus stop dihadapan Seven-E, Jalan Bukit Bintang. Waktu camne memang ramai orang kerana kebanyakannya keluar pejabat untuk makan tengahari. Tidak lama menunggu, bas GoKL tiba. Sebaik bas berhenti orang ramai berpusu-pusu dihadapan pintu bas. Dalam perut bas penuh dengan penumpang. Berhimpit-himpit macam sardin cap ayam. Free! Siapa yang tak mahu naik kalau perkhidmatan percuma Bai! |
|
Akhirnya perjalanan bas yang kami tumpangi berakhir di bus station Central Market. Kami menapak ikut short-cut Pasar Budaya dan melalui clock tower atau dolu dikenali sebagai jam mati. Clock Tower ini dibina sebagai art deco pada tahun 1937. Di kiri kanan clock tower tersebut terdapat deretan rumah kedai yang sebahagiannya di reka pada tahun 1906 oleh A.K Moosden.
Jika gerak kehadapan sedikit kita akan dapat melihat pertemuan dua sungai iaitu Sungai Kelang dan Sungai Gombak. Pertemuan dua sungai ini menghasilkan warna air seperti warna teh tarik mamak di Selangor Mansion. Terdapat sebuah poster gergasi dihadapan LRT Station Masjid Jamek yang menceritakan betapa indahnya nanti apabila selesai dinaik taraf. Landscape yang cantik dan menarik itu mungkin sama seperti taman-taman di Jepun dan di Korea ataupun setidak-tidaknya boleh menyamai KLCC Park. - Wallahuaklam! |
No comments:
Post a Comment