27 April 2010

CUIT - ZAINI HASSAN

ORANG CINA MALAYSIA,
APA LAGI YANG ANDA MAHU?

2 TAJUK di atas penuh bermakna. Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Kita tolak dulu sebab- musabab mereka tidak menyokong kerajaan yang ada sekarag. Kita kaji dulu apa lagi yang mereka mahu?

Ikut sejarah orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu ini untuk mencari peluang. Mereka hidup susah di tanah besar China ratusan tahun dulu. Seperti mana orang putih berhijrah ke benua Amerika untuk mencari peluang, begitu jugalah orang Cina yang kini menghuni di negara bertuah Malaysia ini.

Teryata percaturan datuk moyang mereka dulu berbalaoi. Mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka hidup mewah di bumi bertuah Malaysia ini. Malah, bukan Malaysia sahaja, Singapura bukanlah negara asal mereka. Orang Cina Singapura pun asalnya adalah dari tongkang yang sama, bersama-sama orang Cina Malaysia. Cuma bezanya, Singapura berjaya dikuasi sepuhnya., dan Malaysia tidak.


Di Malaysia, orang Cina hidup aman damai bersama-sama orang Melayu, Pribumi dan India. Berbeza dengan di Singapura, disana orang Cina yang menguasi politik dan sekaligus pemer- intahan negara itu. Di Malaysia, politik dan kerajaannya masih lagi dikuasi oleh orang Melayu. Sistem kedua-dua negara itu sama, cuma ia terbalik sahaja. orang Melayu di sini, orang Cina di sebelah tambak itu.

Bezanya orang Melayu di Singapura dan orang Cina di Malaysia amat berlainan sekali. Orang Melayu di Singapura hidup biasa-biasa sahaja. Orang Cina di Malaysia hidup lebih daripada biasa-biasa. Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah memberi gambaran sekiranya semua bangunan orang Cina di Kuala Lumpur diangkat dari peta, yang tinggal hanyalah Kampung Baru. itu sahaja. Semua yang lain ialah kepunyaan orang Cina Malaysia.

Orang Cina Malaysia amat hebat. Kesemua pekan-pekan besar dan bandar- bandar di seluruh
Semenanjung, Sabah dan Serawak dikuasi mereka. Mereka juga berjaya melahirkan para profesional yang paling ramai dan berjaya. Sistem sekolah Cina mereka adalah antara yang terbaik di mana-mana sahaja di dunia ini.

Kebanyakan pelajar-pelajar di kolej-kolej swasta yang terbaik di Malaysia dipenuhi oleh pelajar-pelajar Cina. Orang Melayu hanya mampu ke kolej milik kerajaan dan yang tidak ternama.Pusat-pusat membeli-belah di kompleks-kompleks ternama di Malaysia dipunyai oleh orang Cina. Di organisasi korporat dan swasta, orang Cina yang menguasinya. Orang Melayu boleh di bilang jari dan pekerja bawahan. Malah, kini mahu mohon kerja disitu pun perlu faham cakap Mandarin, sebagai pra-syaratnya.




Akhir sekali, orang paling terkaya di Malaysia yang bancianya dijalankan saban tahun oleh sabuah majalah busines di Malaysia mendapati lapan orang Cina yang berada di 10 keatas.

Berikut adalah senarai 10 orang terkaya di Malaysia.
1. Robert Kuok Hock Nien 2. Tatparanandam Ananda Krishnan 3. Tan Sri Lee Shin Cheng 4. Tan Sri Teh Hong Piow 5. Tan Sri Lim KokThay 6. Tan Sri Quek Leng Chan 7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhry 8. Puan Sri Lee Kim Hua 9.
Tan Sri Tiong Hiew King 10. Tan Sri Vincent Tan Chee Yion. ( Sumber: Malaysia Business, Feb 2010)

Itulah hakikatnya Malaysia tanah airku yang tercinta ini. Apakah kerajaan sekarang yang sudah memerintah 52 tahun ini terlalu zalim, kejam dan kuku besi? Apa lagi yang orang Cina Malaysia mahukan? Tapi saya tahu, anda juga tahu jawapanya.



http://bit.ly/cuit-zaini

e-mail: zaini.hassan@utusan .com.my

-------------------------------------------------------------------------------------------------


Kakiconteng: Aku juga tahu apa yang orang Cina Malaysia mahukan. Kekadang aku nak salahkan orang Melayu...tapi aku pong orang Melayu. Orang Melayu xramai yang suka berniaga. Pasal bab politik orang Melayu memang suka, dah jadi macam candu dalam kehidupan orang Melayu. Xpayah kerja keras, masuk politik dan pandai putar belit ......boleh berjaya, kaya dan terkenal. Tenguklah pepecahan orang Melayu. Dulu hanya ade UMNO, lepas tu PAs dan kemudian PKR.

Aku sebenarnye xberminat nak cerite pasal politik, tapi sejak kebelakangan ne orang Melayu tambah teruk. Entah apalah rancangan besar orang Melayu. Kalu ge jalan-jalan dari Utara Semenanjung sampai ke Selatan, masih ramai orang Melayu miskin. Mereka adalah golongan nelayan yg pakai sampan, pekebun kelapa yg pokoknya tambah tinggi dan xberbuah. Pesawah pulak hanya ade sawah sekangkang kere.
Berbanding kaum Cina Malaysia, diorang ade projek besar.... BESAR PUNYER! Mari kita hayati sebentar senikata lagu Warisan dari GPMS ini.


WARISAN


"Anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah, bercampur keringat, Bumi dipijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya,tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita, kita lenyap diarus zaman.

Indahnya bumi kita ini,warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain, peribumi merintis sendiri.
Masa depan sengguh gelap, kan hilang peristiwa semalam
Tertutup hati, terkunci mati-maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa, yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti, pulih kembali harga diri.
Kini sudah tiada masa, bangunlah dengan maha perkasa
Janganlah lalai, teruskan usaha, Melayukan gagah dinusantara.


Kaki Maruah
28 April 2010





No comments:

Post a Comment