Salam Hari Sabtu!
24 April 2010 - FORUM SABTU
" KAJI PENDIDIKAN MORAL "
Setiap hari, jenayah ragut sehingga menyebabkan kematian, rogol,buang bayi dan berita-berita yang menyayat hati berlaku. Adakahpendidikan moral yang diamalkan benar-benar berkesan untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat? Bukankah lebih baik jika subjek Pendidikan Moral diserapkan dengan perkara yang berkaitan dengan undang-undang negara. Misalnya, jika seseorang didapati bersalah membuang bayi, maka hukumannya termaktub dalam Kanun Keseksaan yang memperuntukan huhuman penjara maksimun 20 tahun. Dengan adanya "nilai" sebab dan akibat yang dipelajari semasa alam persekolahan, seseorang mugkin akan berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah.
YUNG SIEW FONG
Kajang-S e l a n g o r.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
KAKICONTENG :
Aku teratarik dengan tulisan Yung Siew Fong mengenai moral masyarakat 1Malaysia hari ne. Apa yang diluahkan oleh beliau ade kebenarannya. Hari-hari ade saje cerite dari mulut ke mulut atau berita didada akbar, pasal ragut, samun, rogol, dan bunuh. Kes buang bayi, hisap dadah, curi kereta, curi motosikal dah jadi perkara biasa pulak kat Malaysia.
Dulu masa zaman hitam-putih (zaman P.Ramlee), Ade jenayah tapi taklah teruk macam sekarang ne. Kalu kesalahan kecik-kecik tu macam curi ayam, curi getah sekerap, curi jeans kat penyidai dan curi kasut kat mesjid. Sekarang ne jenayah kecik dah jadi besar pasal Malaysia nak maju setanding negara barat. Diorang xcuri jeans atau getah sekerap lagi, diorang curi barang yang boleh jual dengan cepat. Tentulah handphone, laptop, smart tag, jam tangan berjenama, kamera, dan emas.
Kalu jenayah budak hingusan pulak, diaorang curi motor kapcai, curi minyak kat motor, curi bettry, curi cermin sisi, pecak kereta pasal nak ambil smart tag atau cd player. Budak-budak ne bukan ade lesen motor, malah motosikal pun xde. Jalan mudah curi. Hasil dari barang curi ne diorang nak beli pakaian ikut trend, tenguk wayang, ge karoke, ge cc, makan kat foodcort, belanje awek dan beli rokok.
Nak mintak duit kat emak-bapak, kalu tengah bulan mane kan dapat, sedangkan kawan-kawan ajak keluar. Mula-mula minta duit bagilah alasan nak beli buku tu- buku ne! Tape xbeli lah ...Budak ne kata tipu sunat.Macam pepatah Melayu "Ikan senohong gelamer ikan duri, lamer-lamer bohong aku pong jade pencuri".
Biler anak kantoi kes curi, kes pecah kereta, kes rogol kawan dalam kelas, dan bermacam-macam lagi kes, emak-bapak xpercaya! Selamer ne anak saya baik! Saya didik anak saya (xtau lah didik yg macam maner), petang suruh ge kelas mengaji Quran. Takcaya! Takcaya anak saya jahat. Kalu anak pompuan pulak kantoi isap rokok, kes buli atau kene rogol- samer je penjaga mesti xcaya... Hehehe! Agak-agak pasal aper diaorang xcaya anak mereka kantoi?
Mudah je...nenek aku pong boleh jawap.
Kalu nak ge comment cari lah Man Japri kakiconteng kat Fbook aku.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete