25 December 2012

LANGGAR DARI BELAKANG!


Salam kepada kengkawan kakiblog! Entri kali ne aku copy dari rakan fb aku mengenai langgar dari belakang dan ... Kisah ne aku taip semula seperti yang diceritakan olih beliau...

"Kisah ne terjadi disekitar jam 0900 malam tadi setelah di minta olih isteri yang sarat mengandung untuk belikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan dirumah, saya memecut laju sedikit.

Setibnya dihadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta wira mengentam kereta saya dari belakang. Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupong banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti dibelakang. Lagak jalannya macam gengstar dengan tubuh yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"
"Breck tada makan la abang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. (Ketika ini saya masih berada dalam kereta). "Macam mana ne bang? Teruk ne...kemek ne" katanya sambil menggaru kepalanya. 


Saya jadi serba salah juga, nampak muka Mamat ne macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah langar dan rompak. Untuk keselamatan, saya masih berada di dalam kereta. "Bang, boleh turun tenguk tak kalau boleh settle kat sini ke?" umpan Mamat tu. Saya pun jadi tak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada didalam kereta. "Mari tenguk ini bang, kemek jugak ini. Kene settle ini" tambah Mamat tu.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa didalam hati ne, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kene. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telepon Mamat tersebut. Pada mulanya Mamat tu macam gabra semacam untuk berikan nombor teleponnya, kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus pergi ke kereta dibelakang. 

Setelah itu dia berikan nombor telepon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawanya seorang lagi yang berada didalam kereta. "Besuk saya call" kata saya. "Taknak turun tenguk ke ini, abang?" Tanya Mamat tersebut. Saya gelengkan kepala dan terus memecut kehadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti dihadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Sesampai saja di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya. Apa yang saya dapati ialah langsung tiada sebarang kerosakan. Mengeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. 

Alhamdullilah! Tiada sebarang pekara buruk terjadi. Kepada rakan-rakan, semuga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tak seberapa". - Dunia Maklumat's Photo

No comments:

Post a Comment