12 December 2014

BACKPACKER BELAH UTARA!


Bulan Disember!
 
Aku merancang untuk 'backpacker' [town to town] bersama Baha, Mahfol dan Azhar aka Thor pada 27 hingga 31 Disember 2014. Aktiviti 'backpacker' hujung tahun ini memang nampak mudah asalkan badan sihat dan ada sedikit duit poket untuk kegunaan tambang bas, keretapi, makan-minum dan tempat tinggal
di-hostel atau hotel badget.

Aktiviti mengembara cara murah [backpacker], bukanlah satu aktiviti yang ekstrem sangat tetapi korang yang meminati aktiviti backpacker mestilah bersedia dengan mental dan fizikal yang lasak kerana korang mungkin diuji dengan sedikit kejutan seperti cuaca yang tiba-tiba berubah, tiada perkhidmatan bas, kena samun, tido kat station keretapi atau korang tiba-tiba jatuh sakit.

 

I- Destinasi.

Kami, kali ini hendak backpacker negeri belah Utara kerana ingin menjelajah tempat-tempat menarik yang ada nilai sejarah. Antara lokasi yang ingin dikunjungi ialah Pulau Pinang, Alor Setar, Kangar, Kuala Perlis dan Pulau Langkawi. Kami cadangnya hendak menaiki perkhidmatan komuter KL - Ipoh pada 26hb jam 0800 malam.

Setibanya di Station Ipoh [KTM] kami akan berjaga atau tido-tido ayam[1] atas kerusi di-station hingga ke pagi bagi menyambung perjalanan ke Butterworth dengan bas. Dari Butterworth kami akan masuk ke Pulau Pinang melalui ferry terminal Sultan Abdul Halim dan menapak[2] arah ke Lebuh Pantai [berhampiran City Bus Station] untuk sarapan pagi sebelum mendapatkan bilik harga murah [budget hotel] sekitar Lebuh Pantai, Lebuh Culia atau sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling.

Udah dapat bilik, rehat kejap dan lepas tu sewa basikal. Ronda-ronda dengan basikal disekitar Padang Kota Lama, Fort Cornwallis, Unesco World Heritage City [melawat museums dan colonial style buldings] dan Chinatown. Balik tempat penginapan [pulangkan basikal], mandi, solat zohur dan keluar makan tengahari.

Selepas waktu Asar, kami cadang untuk ke Batu Feringghi guna perkhidmatan bas, jalan-jalan kat-pantai sambil singgah di Sidewalk Bazaar, lepas tu pekene teh tarik. Balik ke tempat penginapan. Waktu malam pula kami cadang nak ronda-ronda sekitar Komtar, nak pekene nasi kandar 'originates from Penang'. Lagipun sekitar Komtar ada station bus dan teksi bagi memudahkan kami balik ke tempat penginapan.


II- Hari Kedua.


Setelah sarapan, kami gerak keluar dari pulau menuju Bus Terminal di Butterworth untuk ke Alor Setar. Di Alor Setar nanti kami bercadang untuk menginap di budget hotel sekitar Jalan Langgar [bus station] berhampiran Pekan Rabu. Waktu petangnya nanti bolehlah kami melawat Art Gallery, State Museum, Balai Besar, Rumah Tok Su, Tun Dr Mahathir Birth Place, Alor Setar Tower dan semestinya ronda-ronda, makan-minum di sekitar Bazzar Pekan Rabu.

Malamnya pulak, mungkin kami jalan-jalan disekitar Clock Tower, Plaza Putra, Masjid Zahir [diJalan Kg Perak], Grand Jubli diantara perimpangan Jalan Putera dan Jalan Sekerat. Esuk pagi, kami akan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas dari Alor Setar ke Kangar. Di-Kangar nanti, kami akan mendapatkan bilik disekitar Jalan Tun Abdul Razak, berhampiran Kangar Bus Station.


III- Di Kangar.


Setelah berehat seketika, kami cadangnya hendak pergi menjelajah Gua Kelam yang terletak di bandar Kaki Bukit. Info dari Malaysia Truly Asia,  Gua Kelam ini adalah gua paling panjang di Semenanjung Malaysia. Waktu dibuka kepada orang ramai ialah pada jam 0900 pagi hingga 0600 petang. Bayaran untuk masuk ke dalam gua hanyalah RM1.00 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak.

Malam
harinya pulak, kami cadang hanya ronda-ronda disekitar pusat bandar dan balik ke tempat pengginapan. Disaran untuk tido awal kerana, pagi besuk kami akan gerak  ke Jety Kuala Perlis untuk meneruskan backpacker ke Pulau Langkawi.

 

IV- Hari KeEmpat.
Fuhh!
Lama dah aku tak masuk ke-Pulau Langkawi. Kali terakhir aku berkemah dipantai Tanjung Rhu pada tahun 1978. Masa tu aku berkemah bersama Dunia aka Danny, Mat Takok [arwah], Jimmy Maybank, Ghani dan anak buah siDanny [lupa udah namanya]. Taktau macam mana agaknya wajah pekan Kuah yang dolunya aku bersama Mohd Alam dan Hariri Zanzali pernah gak berkemah di belakang masjid pekan Kuah kerana terdesak.

Kat Langkawi
nanti pun kami cadang nak tido kat hotel badget sekitar pekan Kuah. Jika bilik dihotel budget penuh disebabkan cuti sekolah, mungkin kami menumpang tido disurau atau masjid sekitar Kuah. Lepastu terpaksalah kami memikul beg ke-hulu ke-hilir dan rancangnya hendak naik cable car kat Gunung Machincang atau sekadar jalan-jalan di sekitar pekan Kuah sahaja. Esuknya, kami gerak keluar dari pulau terus naik bas ke Butterworth. Dari Butterworth, cadangnya balik ke Kolompo guna khidmat KTM. - Wallahuaklam!



Nota Lutut:
Ini hanyalah rancangan atas kertas backpacker kami. Sebelum ini udah diceritakan kisah pengembaraan [secara solo] pelukis Jailani Abu Hassan [Jai] yang pernah merempuh segala cabaran dari London melalui beberapa buah negara termasuk Belgium, Yugoslavia, Austria, Greece, Turki, Iran, Pakistan dan seterusnya singgah diBangkok, sebelum tiba di Kolompo tiga hari lagi nak sambut Aidilfitri. Korang yang berminat dengan story backpacker, bolehlah sekodeng entri bertajuk 'Backpacker [Jailani Abu Hassan]' bertarikh 24 November 2014. - Selamat Membaca!

No comments:

Post a Comment