Bulan Disember adalah bulan cuti sekolah yang panjang dan akan berakhir pada 4 Januari 2015. Ketika cuti sekolah ini, ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis perkahwinan, membawa anak-anak bercuti dan yang paling ramai pastinya membawa anak-anak mereka pulang ke kampung berjumpa datuk dan nenek serta sanak saudara yang lain.
DiKolompo! Jika musim cuti sekolah, KL macam ada festival hujung tahun gamaknya. Berduyun-duyun orang ramai terutama ibu bapa membawa anak-anak bersiar sambil membeli-belah disekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman. Anak-anak muda yang sebaya pulak akan memenuhi pusat beli-belah sekitar Bukit Bintang dengan 'bersoping' sakan, menonton wayang, makan-minum direstoran berjenama atau mereka yang kurang berduit mungkin hanya window shopping, lepastu pekena teh tarik sambil borak-borak direstoran atau digerai mamak sahaja.
Disebalik kejatuhan nilai ringgit, suasana majlis perkahwinan tetap meriah. Malah ada ibu-bapa yang berduit membawa anak-anak mereka melancong ke-luar negara. Pusat beli-belah, pasar raya, taman tema, panggung wayang, restoran dan cafe berjenama tetap dipenuhi orang ramai. Kebanyakan mereka memang berduit dan tak kisah sangat pasal naik-turunnya harga minyak, susutnya nilai ringgit atau kemungkinan juga akan berlaku kenaikan kos sara hidup dimasa akan datang.
I- Kejatuhan Nilai Ringgit!
Aku bukanlah pakar untuk memperkatakan tentang kejatuhan mata wang ringgit tetapi dari lapuran bisnes baru-baru ini, dinyatakan iaitu ringgit telah jatuh pada paras terendah dalam tempoh beberapa tahun berbanding dollar Amerika Syarikat. Penganalisis mengaitkan kejatuhan itu akibat tindakan pelabur-pelabur pasaran modal menjual saham mereka dan melepaskan mata wang ringgit.
Khabarnya, pada 28 November lalu, pemegang amanah aset minyak negara, Petroliam Nasinol Bhd [Petronas] menjangka pembayaran dividen, royalti dan cukai petroleum kepada kerajaan akan menyusut kira-kira RM25 bilion untuk tahun 2015. Petronas juga mengumumkan pengurangan perbelanjaan modalnya 20 peratus pada tahun depan dan hanya akan menumpukan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi sahaja.
Jangkaan itu dibuat jika harga purata minyak dunia setong tahun depan ialah AS$75 [RM262]. Sehingga 12 Disember lalu, harga minyak telah merosot sehingga AS$63 [RM220] setong. Dilaporkan, setiap kejatuhan AS$1 Dolar [RM3.5] harga minyak dunia, kerajaan mungkin kehilangan kira-kira RM650 juta.
Seperti yang dikatakan oleh Datuk Dr Wong Lai Sum [Ketua Pegawai Eksekutif Matrade] iaitu, Impak penyusutan nilai ringgit terhadap eksport tidak signifikan. Beliau juga berkata, bagi industri elektrik dan elektronik yang sumber input dan outputnya dilakukan dalam dolar Amerika Syarikat, impak adalah minimum.
Begitu juga pendapat Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat [BMMB] Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid iaitu kejatuhan ringgit tidak akan membawa kesan dan kemudaratan kepada perbankan di Malaysia dan dari segi kerugian adalah sedikit. - Nilai mata wang ringgit hari ini ditutup pada kadar RM3.494 berbanding dolar Amerika Syarikat [AS$1] dan RM2.665 bagi dolar Singapura [SGD$1].
II- Harga Minyak! Tiga bulan lepas kecoh sekejap pasal kenaikan 20 sen harga petrol RON95, RON97 dan Diesel diMalaysia. Tentunya kerajaan sudah menjangka akan kejatuhan harga minyak dunia. Tupasal kerajaan naikan dulu dan lepas ne kerajaan akan menurunkan semula harga minyak. Naik turunnya harga petrol dan diesel diMalaysia tetap bergantung pada harga minyak mentah dunia. Jika harga minyak turun- Ini hanyalah permainan pakar-pakar ekonomi kita. Sekiranya harga petrol diapongkan, mungkin kerajaan tidak terlalu banyak menanggung kerugian. Agaknyalah!
Bila kerajaan dan kebanyakaan negara sudah menjangka akan kejatuhan harga minyak, pastinya pemain industri termasuk Petronas, akan berhati-hati dan mengurangkan pegeluaran bagi menaikkan kembali harga komoditi itu. - Harga minyak jenis Brent dikatakan menjadi penanda aras bagi negara belah Eropah dan belah Asia. Sehingga semalam, telah merosot kepada AS$63.68 atau kira dalam RM216.51 setong! Ingat lagi tak! Sewaktu kerajaan Malaysia menaikan harga petrol dan diesel, peniaga-peniaga masatu mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang atau mengurangkan berat pada barang yang dijual. Misalnya, kalau harga ruti canai tidak dinaikan, mereka akan mengurangkan sedikit saiz ruti. Ruti canai kalau di-makan sekeping tidak cukup pasal kecik sangat. Begitu juga dengan kuih-muih yang dijual oleh peniaga Melayu. Harga seketul [sebiji] kuih tetap pada harga 50sen tetapi saiz kuih sudah bertambah kecil. - Yang menjadi mangsa bukanlah peniaga tetapi pembeli yang selalu kena buli!
Trend penurunan minyak mentah dunia dijangka terus berlaku yang mungkin turun sehingga AS$40 atau RM139 setong. Ini berikutan peningkatan pengeluaran minyak dunia dan kurang permintaan di Jepun serta Eropah. Apabila harga minyak turun tentulah pengguna sedikit rasa gumbira dan dikira bonus pulak dalam usaha menggurangkan beban kos sara hidup.
III- Kos Sara Hidup. Walaupun kerajaan memberi jaminan yang harga petrol akan diturunkan pada 1 Januari depan, aku tidak pasti pulak kalau penurunan itu dapat membantu menggurangkan kos sara hidup. Ini disebabkan harga barang akan kekal pada harga ketika kenaikan petrol dan diesel tempuh hari. - Peniaga tidak akan menurunkan harga barang jualan mereka walaupun harga petrol turun dan terus turun. Itu sudah pasti Bai!
Kos sara hidup akan terus meningkat tahun demi tahun kerana negara kita sekarang sedang bergerak kearah negara maju menjelang 2020. Bila harga barang naik tentu kerajaan mahu mengawalnya, tetapi pengawalan memerlukan komitmen yang tinggi serta kerja kuat tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri.
Mahu tidak mahu kita kena terima juga kenaikkan harga barang. Kehidupan tetap diteruskan seperti biasa dan terpulang kepada anda bagaimana untuk menghadapinya. Jika anda yang tinggal dibandar merasai akan beban kenaikkan kos sara hidup, bagaimana pula keluarga kita yang tinggal ditepi-tepi bandar, dikampung, atau dikawasan pendalaman.
Perit memang peritlah, lagi-lagi banyak duit sudah dihabiskan ketika musim cuti sekolah. Apapun, kita kenalah mengubah sedikit cara berbelanja kita bermula pada Januari 2015 nanti. Bagi aku, gaya hidup kearah kesederhanan adalah pilihan terbaik. Kita cuba elakan buat pinjaman baru, lupakan makan-minum direstoran berjenama dan padamkan cita-cita untuk melancong keluar negara.
Masalah kos untuk terus hidup nie bukan anda sahaja yang terkena. Ramai kenkawan yang mengeluh kerana gaji bulanan yang diterima tidak dapat menampung perbelanjaan harian. Anda terpaksa membayar ansuran rumah, kereta-motor, kos pendidikan anak-anak, stok bahan mentah, bil internet, astro, api dan air. Itu belum lagi masuk kos petrol, top-up talipon dan makan-minum ketika waktu rehat.
Anak-anak yang sedang menuntut dikolej atau universiti pulak tak ambik pot pasal kenaikkan kos sara hidup. Setiap bulan mereka hanya mengharapkan ibu-bapa memasukkan wang kedalam akuan mereka. Mereka udah lupa atau memang tidak peduli yang ibu-bapa mereka dikampung bermandi peluh, berhujan berpanas untuk mencari duit belanja bagi menampong perbelanjaan anak-anak mereka di-universiti.
Anda yang sedang belajar dikolej atau universiti, janganlah gunakan duit PTPTN, duit dari Tabung Zakat atau duit pemberian dari ibu-bapa untuk membeli gajet canggih atau berpeleseran dengan girlfrinds dipusat beli-belah atau lepak-lepak di restoran berjenama. Jika anda bukan berasal dari keluarga kaya-raya ada baiknya anda terutama pelajar lelaki berusaha sendiri cari duit, bagi menampung kos kehidupan di-Universiti.
Yalah, bukan semua bebudak yang datang belajar di Universiti itu darigolongan anak orang kaya. Sebagai contoh, pernah seorang pelajar ITM Dungun [1981/82] cari duit poket dengan bermodalkan sebuah kamera sahaja. Pelajar tersebut mengambil gambar ketika Minggu Suaikenal kemudiannya menjualnya kepada rakan-rakan. Seorang lagi pelajar [budak AD] mencetak kemeja-T [wajah wanita Jepun] dengan menggunakan ilmu yang baru dipelajarinya iaitu guna saring sutera. Kemaja-T jenama Pagoda yang dijual dengan harga RM15.00 sehelai itu diminati oleh pelajar-pelajar dari jurusan lain.
Ada juga pelajar pompuan yang berusaha mencari duit poket dengan menjual tudung, menjual cup cake, dadih dan bermacam lagi. Duit itu di-gunakan untuk membayar yuran dan belanja makan-minum sepanjang pengajian dikolej atau universiti. Berbedza pula pelajar yang tinggal diluar kampus, mereka cari duit poket dengan mengajar kelas sain dan matematik, jual burger atau dihujung minggu tolong kenkawang berniaga dipasar malam.
Nota Lutut: Usahlah anda mengeluh atau menyalahkan kerajaan atas kenaikan kos sara hidup. Jangan pulak, kerana hendak menambah pendapatan anda terjerumus ke arah yang salah seperti berjudi, menikam nombor, menjual barang terlarang atau menerima rasuah. Percayalah bahawa Allah yang memberi rezeki kepada mereka-mereka yang berusaha kearah itu. Cuba-cubalah sekodeng entri pada 4 June 2012 bertajuk Gaji Lambat Pulak! - Selamat Membaca Bai!
|
No comments:
Post a Comment