10 December 2014

NOSTALGIA ZAMAN REMAJA!



Nostalgia!
Kerinduan atau merasa rindu akan sesuatu yang pernah dialami masa yang lalu, kenang-kenangan disertai keinginan terhadap sesuatu yang sudah berlalu. - [Kamus Dewan ms 866]. 

Minggu
lepas, aku diajak oleh Baha [mewakili tuan rumah] ke majlis perkahwinan anak Lan Apik yang rumahnya tidak jauh dari rumah si Baha. Jam 1145 pagi lebihkurang, aku udah sampai di rumah Baha yang terletak di Gombak Setia. Lepas itu, menyusul pulak Majid dan Ajak Jinjang. Kami lepak dianjung rumah sambil berbual kisah silam.

Aku
tidak ingat lagi wajah Lan Apik. Lagi pun siLan Apik ne junior aku, pulak tu udah berpuloh tahun aku tidak berjumpa rakan-rakan si Baha kerana mereka ini udah berpindah dan berkeluarga, ada juga yang udah pergi meninggalkan kami buat selama- lamanya.

Si Baha
membawa
beberapa buah album lama. Gambar-gambar yang terdapat didalam album tersebut diambil sekitar pertengahan tahun 70'an. Ketika melihat gambar-gambar lama, aku teringat akan kenangan ketika meniti zaman remaja. Setiap malam, kebiasaannya selepas waktu Magrib, aku bersama rakan-rakan akan melepak kat tembuk jalan masuk ke rumah si Baha.

Rumah si Baha ne [belah kiri] dikira coner lot dan pintu rumahnya mengadap Jalan Gombak. Sebaris dengan rumah Arif @Fauzi Tan Sri Ahmad Razali dan rumah Dato' Sharif Ahmad. Dipersimpangan Jalan Intan menuju ke Gombak Setia pula, ada sebuah stall burger kepunyaan Ajak Manan dan Ajak Jinjang. - Setiap malam, ramailah kutu melepak kat stall burger Ajak. Bukan nak beli burger pun!

Dolu, kawasan tempat tinggal aku adalah kawasan perumahan bercampur. Di sebelah kiri [kalau dari Kolompo] adalah kampung Melayu yang kebanyakan rumah-rumahnya dibina dari papan dan zink. Disebelah kanannya pula, kawasan perumahan Gombak Setia. Rumah batu atau yang besar sikit dipanggil banglo itu dindingnya dibina dari batu bata dan atapnya dari genting.

Waktu malam,
kalau melepak kat tembuk sambil berbual kosong adalah pemandangan biasa ketika era 70'an. Ini kerana ketika itu tidak ada internet dan kebanyakan rumah dikejiranan aku tidak memiliki tv. Jika ada sebuah rumah yang memiliki tv, pasti rumah jiran tersebut menjadi panggung wayang percuma terutama ketika siaran filem Melayu kelasik. - Bila tamat cerita Melayu,  kedengaranlah tuan rumah merungut pasal lantai rumah dipenuhi dengan kulit kuaci dan kulit kacang goreng. Huhuhu!


Burger Corner
inilah salah satu lokasi perjumpaan [waktu malam] dengan rakan-rakan. Rakan siBaha yang selalu berlongok kat stall burger antaranya Inam Hj Dahlan, Lan Yusof dan Tamam. Kawan sebaya aku pulak yang sering melepak kat tembuk  antaranya Zakaria Yusof, CheSu, Arifin Rahmad, Karim dan Joe Frezzer. - Dolu! Walaupun kami muka tembuk, tetapi jarang sekali kedengaran kejadian yang tidak diingini seperti ragut, buang bayi dan pergaduhan. 

Aktiviti riadah!
Bila hujung minggu, kami akan berkumpul dipadang bomba [sekarang SMKGS] untuk bermain bola dan kekadang berkumpul dihadapan rumah hitam [Black House] bermain takraw. Masa nelah kami bertemu rakan sebaya atau junior dari Kampung Likuk [Rupas], Kg Cangkat, Gombak Setia dan dari Taman Kamariah.


Zaman remaja udah lama berlalu meninggalkan seribu kenangan. Ramai kenkawan udah berhijrah ke tempat lain setelah berkahwin. Ada juga kenkawan lama yang  berhijrah ke-alam baqa. [Keterangan pic diatas: Dari kiri kekanan ialah Lan Apik, Ajak Cino, Tamam dua beradik dan yang belakang tu aku dah lupa nama-nama diaorang!].



Nota Lutut: Nama-nama gelaran [nick name] bebudak Paja BatuEnam Gombak dan sekitarnya yang pernah aku dengar seperti Mat Bronko*, Yahya Goragora*, Epin Pok, Lan TekCuk, Ali Cetak, Kelibik, Taher Gilo*, Hamdan Bomoh*, Ajak Jinjang, Mail Lompong, Ami Tempe, Lan Apik, Ajak Cino, Din Tena*, Mat Candu*, Aris Bangkai, Man Bulan, Mentol*, Hamid Malaysia*, Mat Belon, Malik Melako, Suli Pacek, Suman Cegin, Amat Nenen, Lan Sanjoi, Joe Frazzer, Ateh, Amat Taik, Zainol Lanun dan Epin Se'pek. - Wallahuaklam!

*[SM] - Sudah Meninggal.










No comments:

Post a Comment