I- Eric!
Ada lagi provokasi[1]. Kali ini dari seorang yang begelar peguam hak asasi yang membuat kenyataan berbau hasutan menerusi akaun Twiter. Kenyataan Pengarah Eksekutif Lawyers of Liberty, Eric Paulsen tidak berasas itu boleh mencetuskan keresahan dan tidak puas hati orang Islam.
Aku hati panas, apabila baru-baru ini Eric mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malayis [Jakim] kononnya menyebarkan fahaman ekstremisme[2] melalui khutbah solat pada setiap hari Jumaat. Provokasi yang agak ekstrem serta merbahaya ini jika ambil mudah dan dipandang sebelah mata oleh pihak berwajib akan merosakan ikatan masyarakat berbilang kaum yang udah terjalin sekian lamanya.
Seperti yang disuarakan oleh Datuk Seri Khir Bahrom, Eric sewajarnya tidak melibatkan dirinya dalam perkara-perkara seperti itu, memandangkan khutbah merupaka rukun dalam solat Jumaat. Tuduhan yang dibuat Eric juga seolah-olah cuba campur tangan dalam hal ehwal agama penganut lain yang tidak sepatutnya berlaku.
Ekoran dari kenyataan tersebut, PDRM telah menahan Eric dipejabatnya, di Brickfields kira-kira pukul 9.45 malam dan akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penahanan itu penting demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat majmuk di negara ini.
Beliau juga memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu agar tidak mempolitikan atau manipulasi isu berkenaan kerana dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan awam. PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang bagi menjaga hak serta kebebasan rakyat Malaysia untuk hidup aman dan damai tanpa dihasut oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda tersembunyi.[sumber dari M/S 5, Utusan Malaysia 14 Januari 2015].
II- K-PoP!
Pada 16 Januari 2015 tadi aku berada dalam dewan Masjid Amaniah Kepong untuk menunaikan solat Jumaat. Macam biasalah sebelum solat Jumaat, wajib[3] [bukannya mesti] mendengar khutbah yang teks khutbahnya disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [Jakim] kerana khutbah itu merupakan rukun dalam solat Jumaat.
Khutbah berkisar tentang insiden tidak senonoh antara kumpulan K-PoP[4] [BIA4] dengan beberapa peminat gadis Melayu bertudung yang dicium dan dipeluk anggota kumpulan dari Korea Selatan tersebut, ketika membuat persembahan di pusat hiburan KL Live baru-baru ini.
Teks yang dibacakan lebih kepada memberi pesanan kepada jemaah untuk sentiasa menjaga kehidupan sebagai seorang muslim bukannya menyebarkan fahaman ekstremis kepada orang ramai [jemaah] seperti yang didakwa oleh Eric Paulsen. Datuk Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jakim pula berkata insiden itu telah meninggalkan kesan memalukan kepada rakyat negara ini khasnya umat Islam apabila melihat gadis Melayu Islam obses[5] terhadap artis berkenaan.
Ujar Datuk Othman lagi, ibu bapa seharusnya memantau dan mendidik anak-anak masing-masing dengan menasihati serta mengawal aktiviti mereka daripada terjerumus aktiviti tidak sihat. Sehubungan itu, katanya Jakim secara tegas melarang mana-mana acara yang bertentangan dengan moral, akhlak Islam, tatsusila dan budaya di negara ini. [Datuk Othman Mustafa]
[Perasaan minat melampau kepada artis akan bertukar menjadi taksub[6] sehingga membawa kepada perkara yang tidak dingini seperti tindakan remaja pompuan yang merelakan diri dipeluk dan dicium dihadapan ribuan penonton, macamlah bagus sangat!
Ini kerana budak-budak pompuan tu teringin sangat nak bergambar dengan artis pujaan mereka dan akan banggalah kalau dapat memuat naik gambar bersama artis kesayangan diWhatsApp, Instagram, facebook atau Twitter siap dengan ayat "Bersam BIA4 di KL Live. Korang ada?"].
III- FENOMENA ALAM
Macam-macam yang udah kita dengar melalui berita tentang fenomena alam seperti gempa bumi, puting beliung, ribut taufan, tsunami dan banjir besar yang sebelum ne hanya berlaku diluar negara. Fenomena Alam ini berlaku mungkin kerana disebabkan perlakuan kejam manusia itu sendiri terhadap alam atau alam itu sudah bosan dengan tingkah-laku manusia.
Banjir, sepatutnya udah menjadi perkara biasa kerana bermula pada bulan Oktober hingga Disember, hujan akan turun dengan lebatnya terutama sekitar Pantai Timur. Tetapi kali ini banjir diKelantan amat luar biasa, ini kerana air hujan itu membawa sekali lumpur pekat lalu menumbangkan pokok-pokok, merosakan jalan dan jembatan dan menyeret sekali rumah-rumah kedalam lumpur. Ia seakan-akan Tsunami!
Banyak komentar dan rencana ditulis semasa banjir dan tentulah lagi banyak analisis dan gambar-gambar banjir dari lenca kamera jurugambar ketika kejadian banjir yang dikatakan antara terburuk dalam sejarah negara terutama di negeri-negeri Pantai Timur. Dalam banyak-banyak rencana yang aku terbaca, aku tertarik dengan tulisan dari penulis SELAK, Hassan Mohd Noor.
En Hassan Mohd Nor menulis iaitu banyak kawasan di Kelantan, negeri yang mendapat jolokkan sebagai negeri Serambi Mekah[7] itu dilanda banjir seperti Kota Bharu Bandar Raya Islam tenggelam, Stadium Sultan Muhamad IV yang pernah mencatat rusuhan ketika perlawanan bola sepak dan mencetuskan doa kontroversi akibat fahaman politik berbeza turut tenggelam. Stadium bertukar menjadi kolam.
Kata Hassan lagi, sama ada ia dianggap satu kemurkaan Allah untuk 'membasuh'[8] dosa atau sebagai bencana akibat kerakusan manusia terhadap alam, kita harus menerima hakikat sebagai ketentuan dan kehendakNya. Akhirnya kita terpaksa berserah kepada qada dan qadar[9]. Ingatlah, umat Melayu beragama Islam merupakan majoriti mangsa banjir ini. Anggaplah banjir ini ada hikmah! [Hassan Mohd Noor -hassan noor@utusan.com.my].
Ada Hikmah! Itu adalah pandangan penulis tentang banjir diPantai Timur. Begitu juga dengan rencana dari Al-Bayan [En Mohd Radzi Mohd Zin] iaitu selepas keadaan pulih di beberapa kawasan, bantuan datang mencurah-curah. Baik daripada kalangan umat Islam mahupun yang bukan Islam. Ini adalah satu daripada hikmah banjir yang melanda apabila masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik semuanya berganding bahu menghulur bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir.
Bagi orang beriman, walaupun banjir itu disebut bencana alam namun di sebalik yang tersurat ia adalah peringatan daripada Allah agar kita kembali kepada-Nya. Dengan kata lain, bala yang diturunkan itu adalah sebagai kaffarah[10] untuk menghapus dosa-dosa yang kita lakukan.
Untuk itu, marilah sama-sama kita memohon keampunan daripada Allah SWT di atas segala kesalahan dan dosa sama ada yang kita lakukan secara sedar atau tidak. Orang beriman itu sifatnya akan semakin mendekatkan diri kepada Allah apabila berhadapan dengan ujian.
Inilah yang diperintahkan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Dan mintalah pertolongan [kepada Allah] dengan sabar dan solat. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi mereka yang khusyuk[11]." [al-Baqarah:45].
Malangnya, ada di antara mangsa banjir yang lalai dan mengambil mudah bab solat fardu ini. Lebih dikesalkan mereka ini ditempatkan di masjid sebagai penempatan sementara pun tidak solat berjemaah apabila azan dikumandangkan. [Al-Bayan. Mohd Radzi Mohd Zin, rencana UM Jumaat 2 Januari 2015]. - Wallahuaklam!
No comments:
Post a Comment