05 January 2015

GEORGETOWN KE- BUTTERWORTH [3]


28 Disember 2014

Pagi Jam 0830, kami mula gerak keluar dari tempat penginapan kami di Red Inn Cabana,  menyusuri Lebuh Muntri dan masuk Lebuh Stewart, kerana kami mahu meninggalkan Pulau Pinang dan menyambung perjalanan menuju Alor Setar.


Hasrat
hati hendak ronda-ronda dengan basikal melihat wall art disekitar Lebuh Aceh, Lebuh Carnarvon, Lebuh Melayu dan Lebuh Armenian tidak kesampaian. Begitu juga dengan rancangan hendak ke Sidewalk Bazar di Batu Feringghi terpaksa dibatalkan. Lainlah kalu mengginap dua tiga malam di Georgetown, tentulah dapat ronda-ronda di Batu Feringgi malah boleh gak ke Penang Hill yang terletak di kawasan Ayer Hitam.


Apapun,
backapacker kami tetap diteruskan untuk menginap semalam diAloq Stak![1] kata orang Kedah dan bermalan di Kangar sebelum meneruskan perjalanan ke Pulau Langkawi. Ketika ini aku, Baha, Mahfol dan Saiful aka Thor sedang gerak dicelah-celah bangunan [shop lot] lama yang udah diubah suai sedikit dibahagian hadapan, bagi nampak menarik dan tertarik!

Menapak
dari Lebuh Muntri, masuk Lebuh Stewart, lalu pulak dicelah-celah rumah kedai yang kelihatan udah usang[2] di Lebuh Cina. Semalam, sebaik sahaja kami meninggalkan kawasan ferry termina1, kami gerak ikut laluan Little India kerana hendak mencari hotel badget. Pagi ne pulak bila nak ke ferry terminal ikut jalan lain dan jalan punya jalan akhirnya kami mula gelabah[3] takut salah arah dan ini akan meletihkan kami.


Walaupun
letih menapak tetapi wajah tetap ceria kerana dapat melihat pemandangan dikiri kanan jalan. Kata orang, berjalan sambil melihat benda baru dikira macam terapi minda atau istilah lain 'charge bettry'[4] gitu. Sambil berjalan kekadang bila nampak lukisan [wall art] yang cantik, kami akan berhenti sambil bergilir-gilir menekan butang kamera. Klik sana klik sini!

Malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut. Aku rasa masih sesuai sangat peribahasa dolu-dolu. Walaupun masa ne kita boleh mencari arah melalui Google Maps tetapi bukanlah google itu mampu seratus persen [100%] menunjukkan arah yang tepat. Malah, jika terlalu yakin dan bergantung sangat kepada google map mungkin kita boleh sesat dan disesatkan jauh daripada arah yang sebenar.

Jadi,
ada baiknya kita ringankan mulut bertanya kepada orang tempatan arah ke feery terminal. Macam aku cakap tadilah! Kalau tersasar sikit takpe jangan tersasar terlalu jauh. Nanti kaki lutut pun sakit, badan menggigil pasal kami belum sarapan lagi Bai! Sambil kami menapak tadi, mata meliar gak memerhatikan dikiri-kanan atau lorong-lorong kalau ada gerai orang Melayu atau India Muslim menjual sarapan pagi. Hampeh!
[5]


Hampeh betul!
Langsung takde gerai halal sepanjang kami menapak dicelah lebuh dan lorong-lorong tadi. Tetapi dari sudut lain pulak [dalam hati] aku puji pihak pengurusan dan penguatkuasaan bandar Gorgetown ne kerana berjaya dalam sistem perbandaran yang nampak tersusun, cantik dan bersih.

Aku cakap pasal di Gorgetown ne, gerai-gerai makan diletakan kat dalam satu kawasan macam kat sudut diPadang Kota atau di Gurney Drive Hawker Centre misalnya. Diorang buat macam tu supaya mudah dipantau dari segi kebersihan gerai dan jaminan keselamatan makanan. Bukan macam Kolompo, kita boleh jumpa gerai-gerai makanan dimerta tempat, malah kekadang lokasinya tak masuk akal. Macam di kaki lima pejalan kaki, dalam petak letak kereta, disebelah bus stop, didalam petak paip bomba [warna kuning] malah ada yang lebih berani berniaga dipapan tanda DiLarang Menjaja DiSini. Denda RM1,000.00'. Lawak tu Bai!

Bukanlah
Kolompo tu tak bagus seratus persen [100%]. Ada gak bagusnya terutama dari segi sistem pengangutan awam misalnya. Begitu gak usaha Datuk Bandar Kolompo bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur [DBKL] memperkenalkan 'Pagi Bebas Kenderaan' [Car Free Morning] serta mahu menjadikan Kolompo sebagai sebuah bandar raya berbudaya murni dan bertaraf global. Makanya yang baik itu boleh ditiru seperti yang dilakukan oleh pihak pentadbiran Georgetown meniru acara Car Free Morning di Lebuh Pantai kalau tak silap akulah. Tak salah kalau meniru untuk tujuan kebaikan Bai!

Kami
udah sampai di Pengkalan Raja Tun Uda [ferry terminal] dan berehat sambil bersarapan disebuah kedai Tanjung Cafe dan pekene nasi lemak bungkus sebagai alas perut. Lepas ne kami akan menaiki ferry untuk melintasi selat yang digelar Selat Utara dan Selat Selatan untuk ke Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth.

Yang menariknya di Butterworth ini bukanlah pasal ada banyak kedai jual buah asam atau buah jeruk tetapi kerana sistem pengangkutan yang baik iaitu Railway Terminal [KTM], Ferry  serta Bus Terminal yang berdekatan diantara satu dengan lain. Kira, kalau nak ke kauter bas atau kauter KTM tak perlulah naik teksi Bai!


Sebaik
sahaja kami keluar dari perut ferry, kami terus bergegas ke kauter tiket bas untuk membeli tiket ke Alor Setar. Harga tiket setiap seorang ialah RM11.70 dan bas dijangka bergerak meninggalkan Butterworth pada pukul 1030 pagi. Masih ada lagi waktu yang terluang kira-kira 25 minit dan waktu itu digunakan oleh siBaha dan si Mahfol pergi ketandas sementara si Saiful membeli beberapa peket asam Pak Ali. - Adalah kaum yang kirim tu!

[Belanja: Sarapan pagi RM3.50 dan tiket bas ke Alor Setar RM11.70. Jumlah belanja ialah RM15.30].







No comments:

Post a Comment