Pukul lapan pagi.
III- Aku dan Sani udah sampai disimpang Mempateh. Pagi ne cadangnya hendak sarapan ruti canai tetapi kedainya tutup. Kami ke seberang jalan. Minum disebuah gerai kecil kepunyaan seorang wanita, yang ketika itu hanya ada seorang pelanggan sahaja sedang bersarapan. Kami sarapan nasi lemak bungkus. Seorang pelanggan lelaki bertubuh kecil masuk dan duduk mengadap kami berdua. Lelaki itu hanya duduk sambil sengih-sengih[3]. Aku sebagai orang luar kenelah beradab sikit lalu menegur lelaki tersebut.
"Minum Bang"
Lelaki itu hanya mengeleg-gelengkan kepala sambil merenung aku. Risau gak aku, apahal Mamat ne sengih tak habis-habis. Bercakap tidak, bisu agaknya. Aku bersuara lagi.
"Makan nasi lemak Bang"
Senyap gak. Sengih lagi tapi kali ini ibu jari dan jari telunjuk kanannya bergerak, di-digeselkan diantara satu sama lain sebagai memberi isyarat. Ohhh! Baru aku tau, Mamat ne minta duit. Si Sani juga baru perasan yang Mamat ne bukan nak minta belanja minum tetapi nak duit. Untuk memuaskan hati Mamat ne aku huloklah dua hengit.
Mamat bertubuh kecil itu berlalu. Tidak lama kemudian seorang lelaki tua berjangut, berpakaian lusuh, masuk ke-gerai dan terus menghampiri kami berdua.
"Belanja minum boleh?"
"Boleh, Mintaklah" Jawab aku pendek.
"Teh Ice" pintanya. Fuhh! Pakcik ne lagi berutal[4] Tak ada salam-salam nak mintak belanja, pulak tu pagi-pagi dah minum iced, macam Mat Sallehlah pulak.
"Kat sini ramai gak yang wa'yer short[5] ya!" Sani bercakap perlahan seakan-akan berbisik. Tangannya mencapai sebatang rokok lalu membakarnya. Menyedut dan melepaskan asapnya ke-ruang udara.
"Ah! Dia ne memang macam ne. Dalam sehari tu kekadang minum teh ais sampai lapan gelas. Semua orang belanja, kekadang Kakak pun bagi free je bila dia nak". Tiba-tiba tuan kedai [pompuan] bersuara dengan te'lor[6] pekat Pahangnya. Mungkin telinganya mendengar bisikan Si Sani tadi.
"Kak, nak tanya! Kenapa ada ramai orang macam ne kat sini? Hari tu, ada dua tiga orang yang minta rokok kat saya. Tenguk gayanya macam orang terbiar. Sorang tu nampak macam ok tetapi pagi-pagi udah menyanyi sambil mundar - mandir, macam tak betul". Soal Sani panjang lebar kepada tuan kedai.
"Tak ramailah, adalah lima enam orang. Yang Pakcik minum teh ais ne adek beradik dengan lelaki yang pakai baju hitam sepasang diluar tu!" Sambil jari Kakak tu menunjukkan seorang lelaki yang rambutnya kusut masai sambil ke hulu sekejap, kehilir sekejap tanpa tujuan mungkin!
"Ohhh gitu. Kesian!".
Aku dan Sani bangkit dan terus membayar harga 2 gelas teh tarik, satu gelas teh ais dan dua bungkus nasi lemak lalu hendak beredar.
"Rokok sebatang!".
Sani menghulurkan sebatang rokok, tolong mencucuhkan apinya sekali. Lelaki teh ais tu senyum, menghisap rokok dan melepaskan asapnya perlahan-lahan tanda puas! Kami gerak meninggalkan Mempateh menuju Taman Pertanian Kekal. - Jumpa Lagi!

No comments:
Post a Comment