03 January 2015

DINGIN MALAM DI GEORGETOWN [2]



27 Disember 2014

Berjalan
dari satu lorong kesatu lorong dengan mengendong bebanan dibelakang untuk mendapatkan bilik di hotel badget. Akhirnya kami membuat keputusan untuk menginap di Red Inn Cabana. Lokasinya terletak disebelah kiri Chocolate & Coffee Museum, No.22 Lebuh Leith, Georgetown-Pulau Pinang.

Tel:+604-2621990
Website:www redincabana.com



Ketika ini,
Saiful sedang berurusan dikauter Penyambut Tetamu dengan seorang wanita yang kelihatannya peramah. Dari tutur kata wanita itu, aku dapat agak bahawa wanita tersebut berasal dari Philippine. Ini kerana te-lor[1] Inggerisnya mirip kepada pelat orang Sepanyol [Spain] gitu.

Kami
gerak meniti[3] anak tangga menuju bilik yang terletak ditingkat atas. Beberapa keping lukisan digantug pada dinding sebelah kiri menuju bilik. Bilik yang kami sewa pula dilengkapi dengan empat buah katil 'double decker', penghawa dingin serta sebuah almari. Bukan aku nak pujilah, tetapi bilik tempat kami mengginap ne memang kemas dan bersih Bai!

Keluar
dari bilik, disebelah kanan ialah ruang rehat [kira macam loungelah!]. Ditengah-tengah ruang tersedia satu set sofa berwarna lembut. Belah kiri pula ialah lorong untuk kebilik air dan tandas. Disini disediakan beberapa pasang terompah[4] 'made in China' untuk digunakan jika tetamu mahu ke bilik air.

Dua
buah sinki putih bersih. Dua bilik tandas duduk, sebuah bilik tandas cangkung serta tiga bilik mandi udan cukup untuk kegunaan tetamu seperti kami yang mahukan bilik murah tetapi selesa. Lagipun, bukan semua tetamu menggunakan bilik air diluar kerana tetamu lain yang menginap di Red Inn Cabana lebih berminat menyewa bilik standard atau bilik superior
  kerana tentunya bilik tersebut mempunyai bilik airnya sendiri.
Kami berempat udah mandi. Sementara menunggu senja membawa ke malam, kami keluar untuk minum teh tarik dipersimpangan antara Lebuh Muntri dan Lebuh Leith. Di-Penang ne kebanyakan lorong dipanggil lebuh tetapi taklah seluas lebuh raya. Sedikit janggal[5] ialah nama jalan atau lorong-lorong disini yang bahasanya bercampur baur dengan bahasa Melayu dan Inggeris.

Kekadang tu  sebutannya macam pelat pun ada. Beberapa nama jalan dan lorong seperti Muntri yang mungkin orang bahari[6] nak sebut Menteri misalnya, Leith [Letih], Lebuh Love [Cinta], Lebuh Bridge [Jembatan], Lebuh Cintera [Cerita] serta Jalan Masjid Kapitan Keling[7] yang mungkin diaorang nak sebut Kapten India kot! Ada gak nama taman atau kampung yang kelakar gitu seperti Kg Belacan, Kg Dodol, Taman Rampas, Titi Perompak, Kg Shee Tan [Setan], Taman Lalu Lintas dan Pulau Tikus.
Ah! Kita lupakan kejap pasal nama-nama yang kelakar, pelik bin ajaib. Kepada pembaca terutama orang Pulau Pinang, yang tak sengaja terklik blog aku - minta maaflah ya. Bukan kat Penang aja ada nama pelik bin ajaib, malah jika korang rajin mengembara dinegeri lain tentunya korang akan ternampak nama-nama pelik, lawak dan kelakarlah sangat!


Jam 06.30 Petang!
Pekene teh tarik disimpang empat sambil berbual sambil mata kami memerhatikan orang ramai yang kebanyakannya pelancung. Ada yang berjalan kaki ada yang naik beca dan ada juga pelancung yang menyewa basikal. Lepas menunaikan solat Magrib nanti kami cadangnya hendak makan pesembor dan kerang rebus di medan selera Padang Kota. Lepas tu Saiful  nak ajak kami ronda-ronda dan pekene nasi kandar[8] beratur! [Minum petang: Secawan teh tarik, dua bungkus nasi lemak dan sebiji kuih RM4.50]

Usai
solat Magrib di-Masjid Bangali, kami gerak arah Padang Kota menyusuri  Jalan Penang, melintas di hadapan Hotel Malaysia, Hotel Continental, St Xavier dan setibanya kami di-Lebuh Light, titik-titik hujan mula berputik. Dalam hujan germis, kami memperceptakan  langkah - melalui State Art Gallery dan terus ke Medan Selera Padang Kota untuk berteduh.

Ooops!
Punyalah ramai umat kat sini. Medan Selera berbentuk U itu penuh sesak dengan orang ramai yang sedang asyik menjamu selera. Yang lainnya aku lihat mereka sedang berdiri dari jauh memerhati kalau-kalau ada meja kosong. Kami pun tak tunggu lamalah, gerak semula arah kesarang[9] kami disekitar Lebuh Leith. Baha cadangkan kami layan dulu sop kambing kat restoran mamak di Jalan Penang sebelum balik ke tempat penginapan.

Menapak
! Hujan gerimis, perut pulak minta diisi. Sambil kaki melangkah, aku udah terbayang akan ruti bangali cicah dengan sop kambing. Dolu kalau di Kolompo, sesekali aku pekene sop kambing yang warnanya sedikit hijau, kuahnya pekat [macam masak kurma] disekitar gerai Jalan Doraisamy atau digerai Selangor Mansion. Cut!


  
Kami udahpun memasuki restoran sop yang terletak di Jalan Penang. Penuh sesak, dan kami mengambil tempat disebuah meja yang belum dibersihkan lagi. Saiful melambai minta pekerja restoran kemas dan lap meja. Pekerja datang, lap meja dan ambil pesanan. Aku dan Saiful pesan sop kambing manakala Baha dan Mahfol pesan sop ayam. [Sop kambing dan secawan teh O RM7.50]

Di-dalam bilik, sejuk aircond membuatkan Mahfol membalut badannya dengan selimut tebal. Baha dan Saiful keluar semula dari bilik kerana hendak melihat persembahan nyanyian selang satu blok dari  Red Inn Cabana. Aku pulak cuba layan tido kerena keletihan. Mungkin disebabkan diluar hujan masih turun, aku pun terlelap. Z-Z-Z-zzz!

Jam
2315 malam aku terjaga kerana selsema. Aku kejutkan Mahfol ajak keluar pekene teh panas. Singgah dulu di Seven' E dan beli  600 Fluaway jenama Hurix's. Lepak kat sebuah restoran mamak di Jalan Penang. Telah dua biji capsule dan lepastu teringin pulak nak makan nasi. Tak pelikpun kalau kat Penang [tengah malam] orang ramai makan nasi berlauk! [Makan tengah malam dan capsule RM17.50]

Aku makan nasi putih, kambing kari dan sedikit sayur peria manakala siMahfol hanya memesan ruti bakar. Sambil makan sempat gak aku sms siBaha. Katanya, diorang tengah beratur nak makan nasi kandar. Fuhhh! Sanggup diorang beratur tengah-tengah malam hanya nak layan  nasi kandar originates from Penang. [Jumlah perbelanjaan: RM19.50]


Nota Kaki: Pada zaman dahulu, community India Muslim menjaja Nasi Kandar dengan mengandar menggunakan kayu yang diletakan dibahu. Biasanya nasi putih [nasi kandar] dimakan bersama beberapa pilihan lauk seperti lembu, kambing, ayam, ikan, udang sotong bersama kari hitam, papadom serta ulam cili hijau. - Wallahuaklam!








No comments:

Post a Comment