16 September 2012

TONGKAT ALI TRAIL


Semalam memang sedikit sibuk dengan aktiviti sosial. Pagi nak jemput Herlin kat 'airport' dan petang pulak ada majlis Hari Raya kat Surau tempat aku tinggal dan waktu yang sama keluarga aku buat kenduri tahlil.


 Hari ini! Tengahari sepatutnya aku ge jemputan majlis perkahwinan anak pasangan En Moktar dan Puan Siti Ghani di Saujana Utama-Sg Buloh tapi, isteri aku pulak demam, so tak jadilah ge majlis tersebut...

Petang tadi, aku ajak kengkawan kayuh basikal kat Frim. Macam biasalah Beb! Masuk kat pintu Frim kene bayar RM 3.00 sebagai pengeras!

Take Five!


Kali ne aku di bawa olih kengkawan berkayuh off road di laluan baru. Laluan tu sebenarnya udah lama, tapi ini lah pertama kali aku kayuh ikut laluan 'Tongkat Ali Trail'. Mulanya kayuhan aku ok aja...sampai kat laluan jalan batu kerikil - Mak Datuk! Tingginya bukit ne. 

Separuh jalan aja aku dapat kayuh, walaupun aku udah guna gear yang paling rendah tapi nafas aku udah semput. Tolak ajalah basikal Beb! Kalau ikutkan petua ketika mendaki, jangan pandang atas. Lagi kita pandang lagi tinggi, ini yang buat kita letih. Huhuhu...


Aku ingatkan aku sorang aja yang semput bila daki bukit  tu!  Ramai gah yang terpaksa tolak-alasan nak temankan aku. Hehehe! Hanya dua orang aja yang lepas berkayuh. Tak pe! Minggu depan kita kayuh lagi, mungkin nanti boleh berjaya daki bukit tu kot!
Tongkat Ali Trail
Kene rest dulu!
Banyak gak trek kat sini
Klik! klik!

Ini laluan paling best! Trek menuruni bukit, jalan tanah merah yang sedikit licin. Kalau tak berhati-hati, mungkin jatuh macam nangka busuk. Hehehe...


Kat bawah ne adalah foto yang di klik sekitar 'Mountain Bike Trail' dari kiri Mohd Hazimi, Mahfol, Atan, Zaidi, Mohd. Faizul dan Mj-Kakiconteng!

No comments:

Post a Comment