Salam! Petang tadi selepas bayar bil lektrik dan bil Celcom Broadband, aku singgah kejap kat kedai buku. Tujuan nak cari buku-buku lama macam Warna Tinta atau Langit Petang @12 Tahun Kemudian hasil tulisan Johan Jaaffar. Pusing punya pusing tak juga dapat apa yang dihajati. Untuk puaskan hati, aku belilah buku Laksamana Cheng Ho karangan Imran Yusuf dan buku Berfikir gaya Trump dari Nazri Kadir.
Sekarang ne udah masuk bulan Zulkaedah 1433. Bulan ne lebih dikenali dengan Musim Haji. Untuk entri kali ne, aku ingin berkongsi cerita dari Mekah. Kisah Kucing ne aku ambik dari Koleksi Terbaik Mastika. Kisah ini diceritakan oleh Hajjah Jaimah Hussain.
Ibadah tawaf sudah kami laksanakan. Bersama beberapa orang rakan, kami tunaikan pula solat di depan Kaabah. selesai memberi salam, Ina tiba-tiba mencuit peha saya. "Kak Mah! Ada nampak tak anak kucing kat sini tadi?" dia bertanya sambil matanya melengas kiri kanan.
"Anak kucing? Mana ada! Kakak tak nampak pun. Kau ni mimpi ke Ina?" kata saya lagi sambil memandang wajah seorang lagi rakan, Khadijah. "Entah. Saya pun tak nampak anak kucing," sampuk Khadijah acuh tak acuh. Khadijah kemudian meneruskan wiridnya."Betul Kak Mah. Masa saya tengah solat tadi, saya nampak anak kucing panjat kain telekong ni. Tersentak saya masa tu. Eee...geli betul saya tenguk rupanya...buruk sangat. Tahi matanya berselepet. Hingus meleleh macam kene selesema. Bulunya pula kotor macam baru jatuh longkang. Badan pula berkurap sana sini..." kata Ina sungguh-sungguh.
"Mana ada anak kucing kat sini, Ina. Kalau ada, mesti kami semua nampak. Dahlah tu...khayalan kau ja. Baca Quran tu," kata saya. Bagaimanapun saya nampak Ina tak tentu arah, macam kucing hilang anak! Selepas itu Ina bingkas bangun. Dia jalan perlahan-lahan sambil menoleh kiri kanan mencari sesuatu. Kami meneruskan wirid dan ada yang membaca Quran. Kira-kira 15 minit kemudian Ina termengah-mengah mendapatkan kami.
"Kak Mah, puas saya cari, tapi tak jumpa. Mana agaknya anak kucing tu pergi, kak?" katanya sayu sambil memandang wajah saya. "Masa solat sunat tadi kucing tu tarik-tarik kain telekung saya ni. Lepas tu dipanjatnya saya dan bila selesai solat saya nampak ia pusing-pusing keliling saya. Takkan Kak Mah tak nampak?" kata Ina bersungguh-sungguh.
Saya enggan melayannya, tapi dia tak habis-habis bercerita. Rakan-rakan lain memang tak percaya. Mana ada kucing di dalam Masjidilharam. Tempat ini betul-betul dijaga dan kebersihan paling diutamakan. Kalau dibiarkan kucing berkeliaran, akan tercemarlah tempat suci ini.
Esoknya, selepas kami melakukan ibadah sai dan bertahalul, saya lihat Ina lebih banyak bermenung. Sepatah ditanya, sepatah dijawab, tidak seperti selalu dialah yang paling kecoh di antara kami. Dia kerap merenung jauh seolah-olah memikirkan sesuatu. Selalu saja dia cuba menjauhkan diri daripada kumpulan kami. Saya rasa mungkin dia tersinggung kerana ceritanya tidak kami endahkan. Lantas saya ajak Jah dan yang lain memujuk Ina. Lagipun dia bukan baru kami kenali.
Ina rakan kami sejak berpuluh tahun lalu. Kami tahu benar perangainya, seorang yang ceria dan suka bergurau. Tapi kali ini dia nampak lain. Dia macam dilanda masalah besar! Kesempatan untuk bertanya sampai juga pada suatu hari selepas kami menunaikan solat Subuh. Saya hampiri Ina dan perlahan-lahan saya tepuk bahunya. "Kenapa ni Ina? Kakak tenguk Ina banyak bermenung aja, tak ceria macam selalu," kata saya sambil melihat wajahnya dalam-dalam.
Ina melepaskan keluhan. "Entahlah Kak. Mungkin ini semua balasan yang saya terima atas perbuatan saya selama ini," katanya sambil memeluk erat tubuh saya. Perlakuannya itu membuatkan saya terkejut. "Apa halnya Ina?" saya bertanya selepas melihat wajahnya sebak. Dia seperti mahu menangis. "Tadi kucing tu datang lagi kak, selepas kita bertahalul. Saya terperanjat tenguk anak kucing tu. Entah dari mana datangnya terus menuju saja beg saya".
Saya termenung seketika memikirkan kaitan anak kucing itu dengan Ina. "Apa kaitan anak kucing tu dengan Ina? Cuba cerita dengan akak," saya bertanya lagi. "Kak...sejak dulu saya memang tak sukakan kucing. Akak taulah kucing ni kadang-kadang berak kencing bersepah. Kalau yang betinanya asyik beranak. Kak taulah sekali beranak lebih enam ekor. Rimas saya dibuatnya. Yang jantan pula kalau biang, ke hulu ke hilir mengiau. Bergaduh sana, bergaduh sini. Kalau yang manja pula, asyik melendih-lendih kat kaki, benci sungguh. Saya benci sangat tenguk kucing kak!
Dipendekan cerita :Hajjah Jaimah nasihatakan Ina ambik wuduk, lakukan solat sunat taubat. Bertaubatlah dengan sebenar-benarnya dan balik nanti, ubah sikap. Ina terus ke telaga zam-zam mengambil wuduk dan lantas menunaikan solat sunat taubat.
Sejak pulang dari Mekah saya langsung tak betemu Ina kerana dia berpindah ke Johor Bahru. Bagaimanapun baru-baru ini ketika berada di negeri paling selatan itu, saya menghubunginya, lantas dipelawa ke rumah. Alangkah terperanjatnya saya apabila melihat Ina memelihara 16 ekor kucing di rumahnya! Saya mengucap syukur ke hadrat Allah kerana memberi petunjuk kepada Ina. - Diceritakan oleh Hajjah jaimah Hussain
|
No comments:
Post a Comment