01 September 2012

FOTO+15@ ALBUM Mj


Selamat Petang! Aku baru balik dari majlis perkahwinan putri kesayangan pasangan En Muhd Ghazali & Pn Morti bt Mohamad iaitu Erlis dan Mohd Hafiez, yang diadakan di Kompleks Sukan Sri Delima, Kuala Lumpur. Balik aja dari majlis tersebut, aku terus mengadap pc. Ketika ini adalah masa yang sesuai untuk aku upload 15 keping foto yang udah aku edit!

Pagi semalam pulak, sempat gak aku ge open house kat ummah Pijal, Ibrahim dan ummah Johari Ghaizon. Masa aku sampai ummah Johari@Joe, udah ada tetamu yang sedang menjamu selera, aku bertiga disambut olih Nor (isteri Joe) bersama anak-anak dan menantu (masa aku sampai Joe tak de kat ummah). Kesempatan datang ummah Joe ne, aku minta maaf banyak-banyak pada Nor sekelurga, kerana tempuh hari (Sabtu, 30 Jun 2012) aku sekelurga tak dapat datang keMajlis Perkahwinan Nor Izwana dengan Mohd Sapari, yang di adakan di Dewan Komuniti Bandar Menjalara, Kepong-Key El.

Selepas ne udah ada beberapa keping kad jemputan perkahwinan yang aku terima dan juga perjumpaan keluarga sempena Kenduri Tahlil. Bukan semua jemputan  dari kengkawan atau jiran tu dapat aku penuhi. Maafkan kami!



No comments:

Post a Comment