19 September 2012

Editor BIG BRO+ FOTOGRAFI


Salam! Sudah banyak kali aku cuba taip kat entri ne. Baru dua tiga patah perkataan taip, udah error. Balik semula! Tadi aku guna Google Chrome, dan sekarang aku guna plak Mozilla Firefox. Harap-harap tak de error lagilah.

Petang-petang camne, sesuai sangatlah minum secawan kopi panas sambil membaca majalah Dunia Kamera. Majalah ne udah dua minggu aku beli dan petang ne baru aku dapat baca. Menarik gak isi kandungannya dan bolehlah sikit sebanyak aku mengetahui pasal kamera dan dunia seni foto.

Aku bukan nak story pasal kamera atau fotografi. Aku sendiri pun tak pandai nak gunakan kamera dan tak faham lagi pasal fotografi. Aku hanya hendak berkongsi dengan kengkawan pasal kata-kata editor iaitu M.Hazzlyeye @Big Bro.

"Fotografi hari ini menerima cabaran paling hebat dalam senario perjalanan hidup sama ada ia sebagai hobi atau ia sebagai satu pekerjaan. Pertama, dari aspek seni-fotografi kurang atau mungkin tidak diiktiraf sebagai satu cabang seni visual sama seperti lukisan atau arca. Fotografi tidak menjadi antara carian utama kurator galeri untuk menjadi bahan pameran sama ada di Malaysia atau di luar negara. Kalau ada pun sedikit dan boleh di kira dengan jari. Pengusaha galeri lebih berminat dengan karya lukisan, catan ataupun arca. Kenapa? Sebenarnya ini bukan salah siapa. Ia adalah titik tolak daripada kenapa fotografi itu wujud  pada asalnya. 

Ramai yang berpendapat, fotografi hanyalah sebagai satu pekerjaan ataupun hobi sampingan yang tidak mempunyai nilai wang ringgit yang tinggi. Paling mahal adalah karya Andreas Gursky bertajuk Rhein II yang dihasilkan pada tahun 1999 dan berjaya dijual dengan harga AS$4.34 juta (RM13.53 juta) pada 8 November oleh galeri lelongan Christie di New York. Bagi mereka yang tidak reti menghargai seni, karya fotografi landskap dan pemandangan natural ini tidak akan membawa apa-apa makna, malah mungkin ada yang mengatakan pemilik karya berkenaan terlalu kaya sehinggakan mampu menghabiskan jutaan dollar untuk mendapatkan hasil yang tidak seberapa itu.

Itulah mentaliti yang ada dinegara ini. Seni fotografi tidak dilihat sebagai satu cabang seni, semua yang ada didepan mata kita boleh diterjemahkan kepada seni yang mempunyai nilai tinggi. Apa kata, hasil yang sama diterjemahkan keatas kanvas dengan cat air, atau minyak atau krayon? Pastinya ramai yang memuji. Ramai yang berebut-rebut untuk mendaptkan karya berkenaan. Malah ia mampu mencapai jutaan ringgit jika ia dihasilkan oleh satu nama yang besar dalam seni.

Itulah yang sedang diperjuangkan oleh sahabat saya Mohd Azlan Mam. Hasil seni fotografi beliau memang sukar untuk ditafsirkan. Namun kini dia mula 'mengendurkan' rakaman dngan melakukan syot-syot yang mudah difahami, namum bak kata saya tadi, masih sukar diterima di sini! Di luar negara, Mohd Azlan Mam adalah satu nama besar. Selain itu, kerjaya fotografi juga dianggap sebagai kerjaya kelas kedua. Pendapat pakar dan ketua unit fotografi tidak diambil kira, Kenapa? Kenapa ia masih ditakuk lama walaupun seharian kita diulit fotografi dalam media massa. Adakah sistem pendidikan fotografi kita tidak berkesan?
 

No comments:

Post a Comment