Ge Majlis! Bercakap pasal Majlis Perkahwinan ne, sempat gak aku baca buku Cendul Pulut Santan Lebih (muka surat 160) tajuk "Tanpa Telur, Pengantin Tidak Beerti" dari tulisan Abd. Jalil Ali. Aku copy sikit komen atau pandangan beliau pasal bunga telur pengantin. "Agaknya sesuai dengan perubahan zaman, dan kecanggihan teknologi, adat perkahwinan Melayu sekarang sudah banyak berubah. Sebagai contoh beberapa acara yang dianggap tidak sejalan dengan agama sudah ditiadakan".
Sambung Abd. Jalil "Susuk pengantin dan susuk-susuk kecantikan yang lain sudah jarang diamalkan sekarang. Pada hemat saya, zaman susuk-menyusuk sudah berlalu. Dulu-dulu alat solek dan penghias wajah amat terhad. Sekarang tanpa susuk , wajah dan tubuh boleh dicantikan. Ada pelembab, toner, foundation dan macam-macam lagi. Maka, dengan sekian banyak alat solek moden, dan dengan kepakaran 'membonsai' tubuh, tentu sekali kita tidak memerlukan ilmu-ilmu purba".
"Biasanya sebelum acara merenjis diadakan bacaan doa. Tentu sekali semua orang bersedia untuk berdoa kesejahteraan mempelai. Tetapi pada hemat saya, doa di majlis seperti ini janganlah terlalu panjang, memadai dua tiga minit, pastikan tidak lebih lima minit".
Dipendekan cerita, Abd. Jalil Ali juga menyebut "Setengah adat yang sudah tidak releven diketepikan, beberapa ciri penting dalam adat perkahwinan Melayu perlu dipertahankan. Salah satu daripadanya ialah telur sebagai buah tangan di majlis kahwin. Saya kecewa kebanyakan kenduri kahwin akhir-akhir ini - baik di kampung, mahupun di hotel-hotel besar-sudah mengenepikan 'telur pengantin'. Sebagai ganti tetamu diberi kek, coklat, atau buah epal sebagai buah tangan. Walaupun coklat, kek, buah-buahan nampak glamor, telur adalah lebih sesuai untuk majlis kahwin kita. Sama ada dihias bunga kertas atau diletakan dalam bekas beraneka rupa, telur tetap menjadi pemberian yang lebih bererti. Jadi, marilah sama-sama kita mempertahankan 'keteluran' kita. Tanpa telur pengantin, majlis kahwin bagaikan tidak lengkap!". - Dari Datuk Abd. Jalil Ali.
Nota Kaki: 'Bunga telur' sesuai sebagai pemberian kepada tetamu ketika tetamu selesai acara merenjis pengantin, atau ketika tetamu keluar meninggalkan dewan. Itu pun bergantung kepada tema majis kahwin tersebut. Sekiranya memilih tema 'Tradisional Melayu', sangat sesuailah bunga telur dan pulut kuning sebagai buah tangan. Untuk 'door give' pulak, boleh diberikan gula-gula, agar-agar atau cup cake kepada kanak-kanak. Andainya memilih tema moden, memang tidak sesuai memberikan bunga telur atau telur dalam cawan sebagai 'door give'. Berilah tetamu hadiah sebagai kenangan seperti cawan, gelas atau botol kecik (tempat rempah ratus). Barang-barang macam ne, kengkawan boleh dapat kat IKEA! - Salam Sayang dari Mj.
|
No comments:
Post a Comment