10 September 2012

JEMPUTAN AIDULFITRI



Selamat Pagi!  Aku terima  kad jemputan  majlis  Jamuan Mesra Aidulfitri dari AJK surau An-Nur Falah, yang akan diadakan pada 15 Sept 2012 - petang Sabtu. Teringin aku nak datang ke majlis ne, pasal udah tiga tahun berturut-turut aku tidak dapat turut serta.  Sayang seribu kali sayang, hari dan waktu majlis tu sama pulak dengan  majlis tahlil dan perjumpaan keluarga yang diadakan kat ummah kakak aku di Meru, Klang.

Sibuk sangat tu tak lah!  Kekadang aku terpaksa pilih nak ge jemputan jiran, rakan atau jemputan dan pertemuan keluarga. Pertemuan keluarga pun kekadang ada gak aku mis, pasal waktu kerja yang tidak menentu. Apa pun aku sempat gak melayan tetamu (rakan pejabat isteri aku) dan kengkawan dari geng kaki kayuh. Diaorang datang ummah aku pun atas jemputan dan yang udah pasti, aku tahun ne tak buat 'open haus'.

Kepada adik beradik, sepupu, anak buah dan kengkawan aku - harap semua faham, sebab aku sebenarnya udah tidak mampu nak buat 'open haus'. Rumah terbuka atau 'open haus' ne kalau nak di buat tentunya memakan masa dan tenaga. Banyak perkara yang nak kene buat. Mula-mula, kene mintak cuti sekurang-kurangnya dua hari. Lepas tu kene pilih menu apa yang nak dihidangkan kepada tetamu. Berapa ramai tetamu yang dijangka hadir dan waktu ummah terbuka dari jam berapa hingga jam berapa.

Sahari suntuk masa dihabiskan dengan mengemas ummah, mencari peralatan dan pinggan mangkuk serta sudu gerpu. Kalau malas nak basuh, pakai aja pinggan, cawan dan sudu gerpu yang pakai buang. Pagi-pagi pulak udah terpacak kat pasar basah untuk mendaptkan bahan mentah. Tengahari pulak, ge pasar raya untuk dapatkan bahan atau barang keperluan yang lain. Petang hingga larut malam, udah tentu masa dihabiskan kat dapur - 'memasak mak'!

Bercakap pasal memasak ne, tak bolehlah buat cincai atau 'chicago style'. Kene jaga kebersihan - jangan sampai ada tetamu bila balik ummah kene cirit-birit atau istilah lain keracunan makanan. Bila udah siap semua, pintu ummah pun di buka. Selalunya bermula pada jam 1030 pagi hingga 2300 malam. Semasa menunggu tetamu yang dijemput tiba, kengkadang ada gak tetamu yang tidak di undang tiba-tiba muncul sambil mengucapkan salam dan ayat biasa iaitu 'kami datang nak raya'.

'Kami datang nak raya'! Sekumpulan kanak-kanak lebih kurang lima hingga sepuluh orang tersengih kat depan pintu. Kalau kat kampung, kenal atau tidak - kecil atau besar, semua tetamu yang memberi salam di hadapan pintu ummah kita di benarkan masuk. Part ne terpulang kepada tuan ummah, nak bagi masuk atau buat bodoh aja - atau sehingga kumpulan kanak-kanak itu beredar sambil berkata 'Ah! Tuan ummah ne kedekut - taik idung masin'.

Bila adik beradik dan kengkawan yang diundang udah tiba, happylah tuan ummah. Sambil makan sambil tu borak-borak dan gelak ketawa. Tak boleh kita lari dari sifat azali kita iaitu buat lawak dan 'mengumpat'. Kesian gak si polan  dan si polan yang kene kutuk tu. Bila berkumpul macam ne, jangan sesekali bercakap pasal isu politik sekiranya ada tetamu yang tidak satu kepala dengan kita. Nanti tak pasal-pasal 'open haus' jadi kacau bilau dan haru-biru!

Teringat aku satu iklan kat TV! Pendek aja iklannya - pasal minuman 'ribena'. Bila dua orang (wanita) tetamu masuk, terus tuan ummah bagitau nak buat air. Tetamu ne cakap 'air orenlah tu - apa klas'! Begitulah sifat azali orang Melayu yang suka mengumpat telah digambarkan olih syarikat ribena. Satu Malaya  tau Beb! 


No comments:

Post a Comment