26 July 2016

SYAWAL, KONFLIK & IKTIBAR



21 Syawal 1437

1- Bulan ini dinamakan Syawal yang bermaksud peningkatan bagi menyambung amaliah Ramadan dengan diiringi puasa sunat enam hari. Dalam kita berpuasa sunat atau sedang menjamu selera di rumah terbuka, kita di kejutkan dengan berita antaranya cubaan rampasan kuasa daripada kerajaan pimpinan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan[1] yang berlaku pada 10 Syawal 1437. Apapun, cubaan rampasan kuasa itu gagal apabila rakyat sendiri bangkit bagi mempertahankan demokrasi.

Lain-lain berita termasuklah
kontroversi filem Tamil, Kabali[2] lakonan Rajinikanth apabila isi kandungan filem itu cuba memburukkan kaum India di Malaysia. Berita tentang fenomena permainan realiti maya Pokemon Go[3] yang dilancarkan di UK pada 13 Julai lalu dan ancaman penganas Daesh[4] yang dikatakan menjadi penyebab kepada kematian orang yang tidak berdosa. 

Termasuklah juga k
isah seribu satu malam 1MDB[5], yang belum habis-habis lagi kisahnya, apabila timbul pulak cerita mengenai siasatan yang sedang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman [DoJ] Amerika Syarikat terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad itu membabitkan dakwaan aktiviti pengubahan wang haram.
 


2-
Dalam banyak-banyak berita dan cerita di bulan Syawal, yang menarik perhatian aku  ialah berita tentang keputusan Mahkamah Tetap Timbang Tara [PCA] di The Hague[6] yang memutuskan iaitu China tidak mempunyai hak terhadap perairan di Laut China Selatan. Lalu, Taiwan dengan segera bertindak menghantar kapal perang ke perairan menuju ke Pulau Taiping dalam usahanya untuk mempertahankan wilayah maritim Taiwan.

Begitu juga dengan Indonesia yang akan mempertingkatkan keselamatan kepulauan Natuna di Laut China Selatan dengan menghantar kapal perang, pesawat pejuang F-16, termasuk sistem peluru berpandu darat ke udara [SaM], radar dan dron selain membina pelabuhan bahru dan memperbaiki lapangan terbang sedia ada.

Seperti yang aku udah story pada entri bertarikh 26 April 2016 'Ciptalah Perang!'[7] dimana China tidak peduli mengenai Deklarasi DoC atas isu tuntutan bertindih terhadap kepulauan Spratly. Malah, China sudah bersiap sedia untuk memulakan pembinaan kemudahan tentera yang terletak di sebuah pulau dalam kawasan yang di tuntut oleh Filipina.

Aku muskil pulak apabila mendengar berita iaitu  Filipina, negara yang beriya-iya sangat mengemukakan kes tuntutan itu di PCA tiba-tiba telah buat U-Turn dengan menggugurkan permintaan untuk menyebut keputusan tribunal antarabangsa itu selepas Kemboja yang merupakan sekutu China mengemukakan bantahan ke atas Filipina.

Begitu juga dengan a
maran yang disuarakan oleh Timbalan Menteri Luar China, Liu Zhenmin mengenai tribunal antarabangsa yang menolak tuntutan itu berkata 'Jangan jadikan konflik di Laut China Selatan sebagai permulaan yang akan mencetuskan peperangan'. Nada sama turut dilontarkan oleh Duta China ke Amerika Syarikat, Cui Tiankai yang mempersoalakan kesan buruk yang bakal timbul akibat keputusan PCA itu.

Mungkin ada kebenarannya, apabila China masih lagi berkeras dan mendakwa mempunyai hak ke atas Laut China Selatan kerana Beijing sebagai negara peneroka, menamakan serta yang mengeksploitasi[8] wilayah itu selain menuntut hampir keseluruhan kawasan berkenaan dengan berpandukan peta yang dilakar pada 1940-an.


3-
Berbalik kepada berita cubaan rampasan kuasa yang berlaku di Turki, dimana sepatutnya kita mengambil iktibar[9] akan kejadian tersebut agar tidak berlaku di Malaysia. Malangnya, ada gak kumpulan yang masih tidak puas hati lalu terdapat ura-ura mengenai gerakan himpunan Bersih 5.0 dalam tempoh terdekat, bertujuan menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Filem Kabali pulak, yang menimbulkan kontroversi di mana [kononnya] masih terdapat babak-babak sensitif walaupun udah disunting oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia [LPF]. Sepatutnya filem yang ada aksi-aksi ganas, pengunana ayat-ayat yang boleh mencetuskan ketegangan tidak perlulah ditayangkan di Malaysia, kerana memang kurang sesuai untuk ditonton oleh masyarakat kita.

Seharusnya filem yang mahu ditayangkan di negara kita perlu mengambil kira akan kesan jangka panjang terhadap masyarakat terutama anak-anak muda, kerana dari filem itu jugalah mereka meniru bulat-bulat dan bukan mengambil pengajaran. Andainya filem-filem yang ditayangkan sering mempaparkan adegan-adegan seperti tembak-menembak, parang-memarang, menari di disko, minum arak, penyeludupan dadah, aksi merempit atau adengan ranjang, pasti sebahagian masyarakat akan menjadi tidak siuman.

Bila udah tidak siuman maka lahirlah sifat ganas yang menimbulkan perasaan benci terhadap ibu-bapa, guru, jiran atau pemimpin, lalu golongan yang sewel itu tidak segan silu lagi untuk meragut, merompak, menetak dan mungkin juga sanggup membunuh.
Dari sekecil-kecil ancaman seperti jenayah jalanan, kita dihidangkan pulak dengan ancaman yang lebih besar, bilamana ada anak-anak muda kita terpengaruh dengan ideologi Daesh.

Pada sidang khas [Sidang Khas Ancaman Daesh] baru-baru ini, beberapa ahli panel ada membentangkan cara memerangi kumpulan pengganas Daesh yang udah bertapak di Malaysia. Seperti yang ditegaskan oleh salah seorang ahli penal iaitu Setiausaha MKN[10], Hamzah Ishak, usaha memerangi Daesh hanya akan berjaya jika mendapat kerjasama orang awam tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Ujar Dr Nasharudin Mat Isa [GMMF][11] pulak, walaupun serangan balas telah diadakan oleh beberapa pihak dalam bentuk seminar, syarahan dan khutbah, langkah itu masih tidak memadai kerana penyampaian yang tidak kreatif, menarik dan bersifat semasa. - Fullstop!



Nota Lutut:
Yalah, bukan mudah untuk memerangi ancaman Daesh. Fahaman dan ideologi mereka sudah berakar-umbi sejak kumpulan pelampau bertapak  di Malaysia seperti al-Maunah, al-Qaeda, Jemaah Islamiah [JI], Kumpulan MilitaMalaysia [KMM] dan ditambah pulak dengan kemunculan militan Abu Sayyaf[12] yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda.

Jika hendak memerangi ancaman Daesh, kita mesti anggap Daesh itu musuh nombor satu negara. Daesh itu pembelot, penderhaka dan pengganas. Gunakan saluran penerangan iklan di panggung wayang, radio, televisen, media sosial, akhbar serta majalah. Malah kita harus tanamkan perasaan  benci dan jijik kepada masyarakat, melalui pemasangan poster dan banner disetiap inci desa, kampung dan bandar. - Wallahuaklam!





Keterangan:

[1]Recep Tayyip Erdogan: Presiden Turki ini pernah ditentang oleh rakyat tiga tahun lalu ketika Erdogan menjadi Perdana Menteri.

[2]Kabali: Sebuah filem Indian Tamil yg diarah oleh Pa Ranjith. Music Compsed oleh Santhosh Narayanan. Kisah Ketua Gangster [Rajinikanth] cuba menlindungi kelurga dan perniagaannya dari musuhnya.

[3]Pokemon Go: Permainan reality-maya [free-location based] ini dilancarakn ke-seluruh dunia pada 6 July 2016. Dibangunkan oleh Syarikat Niatic Inc atas platforms Android Devices dan dalam Genres Multi player online game.
 

[4]Daesh: Kumpulan ini dolu dikenali sebagai ISIS [Islamic State of Iraq and Levant].

[5]1MDB: Sebuah syarikat [Development Co] milik Kerajaan Malaysia bermula pada 2008. CEonya ialah Arul Kanda dan foundernya tentulah Kerajaan Malaysia.

[6]The Hague: Sebuah bandar dibarat Belanda {Netharland]. Disini terletaknya Parlimen Belanda dan Mahkamah Tetap Timbang Tara [PCA].

[7]Ciptalah Perang!: Entri bertarikh 26 April 2016 yang merapu tentang konspirasi MH17, perebutan pulau terumbu di Laut China Selatan. Korea Utara yg bermegah dengan ujian peluru berpandu menyebabkan konfrontasi dengan Korea Selatan. Suasana tambah panas apabila campur tangan Amerika [AS] dan Britain.

[8]Eksploitasi: Mempergunakan sesuatu [orang dll] untuk kepentingan atau keuntungan diri sendiri.

[9]Iktibar: Ibarat, contoh teladan atau mengambil pengajaran.

[10]MKN: Majlis Keselamatan Negara. [11]GMMF: Yayasan Gerakan Kesederhanan Global. [12]Abu Sayyaf: Kumpulan yg dikenali sebagai Jama'at Abu Sayyap adalah militan Islam yg berpengkalan sekitar Pulau Jolo dan Pulau Basilan terletak dlm kawasan Southwestern of The Philippnes.




 

No comments:

Post a Comment