18 January 2011

SALAM JANUARI!


Salam kepada rakan blog semua!

Terutama kepada rakan yang sama meminati seni lukis, hiasan dalaman, membaca, melawat art gallery dan muzium.

Aku bukanlah saorang pelukis asli, kerana aku melukis bila ada masa lapang sahaja. Masa terluang- aku habiskan dengan membaca, atau pergi jenguk art galery atau muzium. Hujung minggu pula aku terpaksa kayuh basikal keliling tasik untuk menjamin kesihatan ku.



Sabenarnya aku belum puas lagi bila impian ku untuk membuka studio lukisan sendiri belum tercapai. Tahun 2011 adalah tahun bertuah bagi aku jika dapat membuka studio sendiri. Kalau impian aku tercapai, dapatlah aku melukis bebas-sebebasnye! Sekarang ne aku hanya melukis dalam bilik yang sempit! Bilik yang ditemani sabuah meja, kerusi dan sabuah basikal. Lukisan yang aku conteng tidak bernilai kerana menggunakan warna murah dan diconteng atas bahan yang murah juga saperti plastik, papan, kain, playwood dan tikar getah.

Saperti kata Patrick Rekart " Sesunguhnya, zaman tidak dapat memudarkan harapan atau kepesonaan manusia terhadap Seni Lukis. Seni lukis telah membawa bermacam-macam pencapaian unggul dan telah menjadi inspirasi kepada manusia ".


* Patrick Rekart Pengurus Serantau
Philip Morris Asia Inc.


1 comment:

  1. Bulan Ogas 2011...
    Muga impian ku tercapai untuk membuka
    studio lukisan sendiri. Jika diizinkan
    Tuhan dapat lah aku melukis sepuas-puasnye!

    ReplyDelete