05 March 2014

PAGI SEMAKIN CERAH



Kota Metropolitan!
Pagi semakin cerah. Aku baru sahaja menyeberangi jembatan Sungai Klang berhampiran
Selangor Mansion untuk ke Jalan Melaka. Disini, jangan haraplah kita boleh melihat mentari terbit pagi, kerana terlindung dengan bangunan-bangunan tinggi yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Aku memandang sekeliling. Orang ramai sedang bergerak laju untuk mengejar punc card. Di kedai kopi pula pelbagai bangsa sedang bersarapan. Di atas kerusi, seorang lelaki tua masih lagi bermimpi. Mimpi gumbira lelaki itu muncul ketika pagi semakin cerah!

Jalan Melaka!
Aku sekarang sudah duduk bersama Azhan di sebuah Restoran Mamak yang lokasinya menghadap Bank Muamalat. Kami berdua bersarapan ruti bakar dan telur setengah masak. Dari percakapan si Azahan tadi, barulah aku tahu tujuan Azahan iaitu hendak ke Balai Seni Visual Negara (BSLV) untuk dapatkan senaskah Senikini keluaran terbaru.

Jam 0830! Masih awal lagi jika kami hendak ke BSLV, lagipong pintu dibuka untuk pelawat hanya pukul 1000 pagi. Azahan sedang membaca Kosmo! Aku pula sedang memerhatikan orang ramai yang kelihatan sibuk, keluar-masuk dari stesen LRT Masjid Jamek. Mereka bergerak pantas, sepantas yang boleh!


Di seberang jalan ini, tersergam indah sebuah bangunan yang dolunya dikenali sebagai Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB). Tetapi, nama itu sudah hilang dan diganti dengan nama Bank Muamalat Malaysia Berhad. Bermula pada 1hb Oct 1999, BBMB telah berkahwin (combined assets and liabilites) dengan Bank of Commerce Berhad dan BBMB Kewangan bagi tujuan menubuhkan Islamic Banking.


Balai Seni Visual!
Jam 1005 pagi, pintu masuk utama dibuka. Kami masuk dan menuju counter penyambut tetamu. Kami disapa dengan mesra oleh salah seorang petugas sambil menghulurkan senaskah Senikini iaitu majalah yang mengandungi kalender pameran, ulasan pameran, ulasan kuratorial serta aktiviti BSLV di ruangan Sana Sini.


Senikini
sudah berada ditangan. Kira, kalau hendak balik pun boleh, kalau hendak melawat pun tidak ada masalah, walaupong si Azahan sudah datang melawat minggu lepas. Kami melangkah masuk ke bilik pameran Absurd(c)ity yang telah bermula pada pada 01 Januari hingga 31 Mac 2014. Saperti yang diberitahu melalui Pengenalan iaitu:

'Pameran
Absurd(c)ity ini merupakan pembentangan naratif seni lukis moden hingga kontemporari di Malaysia mengenai karya seni berelemen surreal dari tahun 1950 sehingga tahun semasa 2013, di mana hampir keseluruhan karya yang dipamerkan adalah dari koleksi BSLV.


Hampir dua jam kami berada di BSLV. Lepas nie si Azahan ajak makan tengahari di Rosman Sup yang teletak di Gombak Setia. Kereta yang di pandu Azahan keluar meninggalkan BSLV melalui Jalan Tun Razak, lalu depan pasar Dato Keramat, beluk ke Wangsa Maju dan terus ke Warung Man di Gombak Setia.

Warung Rosman! Sudah lama beroperasi dan menyediakan masakan seperti nasi tomato, nasi putih, sup tulang dan lauk gulai kawah. Taukeh warung nie memang kami kenal lama. Masa tu, si Man berada di pejabat rakan yang menjalankan perniagaan courier service.

Dolu, pernah sekali aku singgah dipejabat diaorang yang terletak di Jalan Ipoh. Ramai
kenkawan yang aku kenal berkumpul kat situ antaranya, Abang Ngah (Khairul), Johari Gaizon, Alam Nayan, Azmi, Man dan Allong. Sayangnya, perniagaan diorang tak dapat bertahan lama dan kira gulung tikarlah!



No comments:

Post a Comment