Craven Cafe! Aku dan Azahan memilih meja di satu sudut berhampiran anak tangga di luar cafe. Jika dilhat dari luar, restoran cafe ini nampak kelihatan gah' dengan lokasinya diatas bukit, ada screen besar Astro, serta dibahagian luarnya dipasang kemah putih seperti ala-ala cafe di Bintang Walk gitu!
Sayangnya, kerusi yang diguna pakai, hanyalah kerusi biasa sahaja seperti kerusi plastik dikebanyakan restoran mamak yang bertaburan di sekitar Kelompo. Ketika pekerjanya (lelaki India) menghampiri kami, aku lihat pakaiannya pun biasa-biasa juga. Maksud aku, pekerja cafe itu tidak memakai pakaian seragam atau setidak-tidaknya memakai topi dan appron seperti yang selalu disaran oleh pihak berkuasa tempatan.
Aku memesan secawan teh tarik dan Azahan pula memesan Lychee Iced. Sementara menunggu pesanan tiba, aku perhatikan keadaan sekeling. Ada pelanggan yang sedang makan sambil berbual. Disatu meja berhampiran screen Astro pula, kelihatan beberapa pelanggan sedang leka menggadap screen laptop, mungkin sedang melayari internet agaknya. Ada juga pelanggan yang duduk bersendirian sambil menghisap rokok dan perlahan-lahan melepaskan asapnya keudara.
Ringtone Meodow dari telepon aku berbunyi. Message dari isteri aku yang ketika ini berada di Kota Mekah. Aku membaca message sedikit kuat agar dapat berkongsi dengan rakan aku si Azahan:
'Skrg jam 3.05 pm dan nak ke Masjid.'
Begitulah bunyi sms yang aku terima sambil menjeling jam tangan yang menunjukkan pukul 08.07 malam waktu tempatan. "Oh! Kira selisih lima jamlah antara Mekah dengan Kuala Lumpur".
"Maksud lu Bro, waktu kita cepat lima jam dari waktu di Mekah kan!" Azahan bersuara.
"Kira gitulah agaknya. Kat Mekah diaorang baru nak ge solat Asar, kita kat sini baru selesai waktu Magrib, siap tengah pekene teh tarik lagi. Hehehe!"
Azahan turut tersengeh menampakan giginya yang ada ruang kosong, diantara celah gigi barisan atas yang belum di isi. Kalau dolu, ketika aku kecik, ruang kosong seperti itu disebut rongak. Rongak disebabkan ulat gigi kerana banyak memakan makanan bergula seperti gula-gula Lollipop. Jangan tak tau, pengaruh lollipop ne dibawa masuk melalui screen Tv oleh pelakun berkepala botak, yang bernama Kojak pada era tahun 70'an.
Pekerja cafe datang membawa minuman yang dipesan. Meletakan secawan teh tarik dan Lychee Iced diatas meja dan terus berlalu.
"Ekeleh! Lychee apa ke jadahnya ini. Bubuh dalam cawan plastik kecik. Adalah tiga empat bijik buah lycheenya. Dah tak ada gelas kacalah tu".
"Samalah dengan teh tarik gua Bro! Mana sedap minum teh tarik dalam cawan polystren. Rasanya tentu lari. Pulak tu, bila tahap kepanasanya bergabung dengan polly, akan terhasil racun."
"Gua pun ada gak terbaca pasal cawan dan pembungkus yang dibuat dari bahan polystren ini memerbahaya. Katanya kat Jepun, diaorang dah tak guna polystren. Entah ya entah tidak, pasal gua pun tak pernah ge Jepun."
Perbualan kami terhenti. Azahan menjawab panggilan talipon, dan mata aku pula memandang arah barisan rumah kedai. Disitu ada restoran mamak, kedai haiwan, klinik, kedai dobi, restoran makanan barat dan kedai Seven Eleven. Dihadapan kedai-kedai itu juga ada gerai menjual sate, stall burger dan stall kambing bakar.
Mata terus memerhatikan kereta-kereta yang lalu lalang dihadapan rumah kedai, tetapi fikiran aku jauh melayang. Sembilan hari udah berlalu, isteri aku dan emak mertua, serta 22 ahli keluarga yang lain, telah ikut rombongan 'Panyucian Jiwa di tanah suci Mekah, bersama adek Majid anak beranak.
"Semoga Allah mempermudahkan perjalanan mereka dan mengurniakan hidayah dan 'inayah serta lindungilah mereka. - Amin! |
No comments:
Post a Comment