Sehingga jam 0830 malam, aku masih lagi membaca gosip-gosip di Internet terutama di facebook. Pelbagai teori di perdebatkan berhubung kehilangan pesawat MH370. Masing-masing hendak menjadi juara termasuk pihak media yang gahirah melaporkan cerita-cerita karut-marut.
Keadaan kalut ketika ini diburukan lagi dengan cuaca panas berjerebu, catuan air dan kepercayaan tahyul dari Nujum Pak Belalang, Pak Pandir serta Pak Kadok. Nujum Pak Belalang (Raja Bomoh Malaysia) dikatakan buat kojer cara kuno, apabila muncul di KLIA dengan pakaian stylo Tiga Abdul dan duduk diatas tikar ala-ala filem P. Ramlee yang ayat jampinya 'Zam Zam Alakazam'.
Salepas ritual dilakukan dengan menggunakan peralatan yang dianggap sebagai ada unsur khurafat, Nujum tersebut telah mendakwa bahawa, pesawat MH370 masih lagi tergantung di atas paras Laut China Selatan berhampiran Vietnam.
Ritual Nujum Pak Belalang yang memalukan di KLIA itu berterusan pulak dilaman sosial apabila klip video beliau tersebar, mengancam mahu menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kerana menyelar perbuatan nujum tersebut melalui akuan Twitternya.
Kecoh! Memang kecoh satu dunia dengan ghaibnya pesawat MH370 sejak 8 Mac 2014. Hampir separuh manusia di planet Bumi ini fokus dan menunggu berita terkini perihal kehilangannya. Mereka mahu tahu secara fakta sains dan lojik. Kenapa, mengapa dan bagaimana boleh, sabuah kapalterbang yang bersaiz besar hilang begitu sahaja.
Ya! manusia sentiasa mahu mencari sebab-musababnya. Mustahil dan tak masuk akal sebuah kapal yang sedang bergerak diudara boleh hilang sistem komunikasi tanpa dapat dikesan radar. Jika ia terbakar dan terhempas di lautan, menurut hukum akal pasti ada sedikit sebanyak sia-sia pesawat.
Begitu juga halnya kalau-kalau kapal tersebut dirampas. Jika dirampas, siapa yang merampasnya dan disembunyikan kat mana. Ada juga teori yang mengatakan ia satu konspirasi antarabangsa, super air pocket, disedut lubang hitam atau tengelam di pusaran air laut.
Manusia yang memiliki jiwa dan akidah Islam percaya bahawa, kehilangan pesawat MH370 adalah ketentuan Allah. Jika manusia itu mempunyai tahap IQ yang tinggi serta dapat pula mencipta teknologi paling canggih, belum tentu manusia itu dapat mengatasi ketentuan Ilahi. Secanggih manapun ilmu manusia itu, tentulah tidak setanding dengan ilmu Allah yang menguasai langit, lautan dan daratan.
Manusia yang tinggal di planet bumi ini, masih lagi merasa diri mereka sangat hebat dengan kecanggihan teknologi. Mereka ingin menguasi dunia sedangkan teknologi itu sendiri tidak mampu menemukan sebuah pesawat yang tiba-tiba ghaib. Disebalik pelbagai teori, sebenarnya Allah mahu manusia itu belajar dan merenung bahawa kuasa manusia adalah terbatas. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui di manakah pesawat MH370 itu berada sekarang.
[Kelip-kelip ku sangka api, kalau api mana dapurnya. Kelip-kelip ku sangka mati, kalau mati dimana kuburnya] - Wallahuaklam! |
No comments:
Post a Comment