Tahun Baru-Buku Lama!
Selamat Tahun Baru kepada kengkawan dan pembaca blog. Semuga azam
tahun lepas diteruskan. Tahun 2012 ne kita harap, lebih bermakna dan mempunyai prinsip lebih baik untuk berjaya. Kalau kita dah berjaya jangan lupa pulak memberi bantuan dan pertolongan kepada orang-orang yang sangat memerlukan. Story di malam tahun baru ne aku lebih berminat berkongsi dengan pembaca blok mengenai tulisan dari Amiza Lina Nawari mengenai prinsip yang lebih baik. Aku salin sebahagian tulisan tersebut:
"Banyak orang mungkin tidak pernah hendak mengambil tahu atau memandang ringan nilai simpati, belas kasihan atau rasa kasih pada orang yang memerlukan pertolongan. Mungkin sebab kita lihat banyak kali orang yang memerlukan pertolongan itu jelas mengambil kesempatan. Tetapi ada juga orang yang memerlukan pertolongan itu mempunyai prinsip yang lebih baik, tidak meminta-minta, sebaliknya ada sesuatu yang ditukar sebagai ganti dan mereka bersungguh-sungguh memegang prinsip itu". - [Amizalina]
Budak kecil & sayur pucuk paku!
Ada satu malam, seorang budak lelaki kecil dalam lingkungan umur 8-10 tahun yang sangat
comot berniga sayur pucuk paku di hadapan sebuah pasar raya. Sayur itu diikat dengan kemas
dan disusun elok-elok di atas helaian kain di tepi kaki lima. Dengan bersamangat dia melaung :
"Bang, kakak, pakcik makcik sayur seringit-sayur seringgit". Dia comot mungkin kerana seharian bergemulang dalam semak di kawasan berpaya untuk mencari sayur pucuk paku. Sayur itu dijual seikat RM1 kalau ada 15 ikat dapatlah dia RM15 untuk malam ini.
Budak-budak baya ini biasanya duduk di rumah sambil melayan Astro Ceria, membelek-belek
barang Ben10, tidak pun iPad dan kalau yang bagus - sedang mengulangkaji buku sekolah. Tetapi budak penjual sayur ini pada malam pun masih berdiri di tepi kaki lima di hadapan pasar raya besar dengan harapan orang ramai yang sudah membeli barang-barang "segar" dalam pasar raya itu berminat juga membeli sayur segarnya!
Dipendekan cerita : Penulis telah menceritakan bahawa masih ada segelintir manusia yang baik
hati boleh melihat lebih jauh daripada itu, kerana kata penulis, orang yang segelintir itu bukan hanya tahu nilai simpati dan belas kasihan sebaliknya memahami prisip budak kecil itu. Budak kecil itu pun ada prinsip kerana susah. Kesusahan tidak membenarkan dia untuk mengambil kesempatan, dengan hanya meminta duit daripada ibu atau ayahnya yang tidak mampu memenuhi keinginannya, atau dengan jalan mudah-dengan hanya meminta-minta daripada orang lain.
Sambung penulis lagi : Sebaliknya budak itu bertekad untuk melakukan sesuatu supaya dia
dapat perolehi apa yang dihajatinya. Itulah prinsip orang yang memerlukan pertolongan yang boleh kita hormati, agar ia menjadi teladan kepada diri kita, setidak-tidaknya mungkin pada anak-anak kita. - [oleh Amiza Lina Nawari].
Penulis ialah Pegawai Eksekutif
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam
amizalina@salam.uitm.edu.my
No comments:
Post a Comment