Salam Tahun Baru!
Dah dua minggu aku tak menaip kat blog ne. Rasa rindu gak nak masukan entri baru, tapi takde story yang cantek! Kalau banyak sangat story pasal kayuh nanti kengkawan pulak yang bosan. Apapun aku terpaksa taip gak story minggu lepas, ge berkayuh ke Tasek Metro, Sri Hartamas dan kayuh ke pusat bandar-bertemu rakan-rakan baru.
Aku seronok menaip pasal ada blogger yang singgah kat blog aku. Kaki blog ne singgah kejap ke
atau tenguk photo aje ke-aku tak kisah sangat. Selalunye yang rajin singgah kat blog aku, pasti
dari Tai-pei (Taiwan 4.6%), Mountain View-California (United States 6.9%),Negara Brunei 2.3%,
Indonesia 1.4% dan dari Russian Federation serta pelawat terbaru dari Lebanon.
Berbalik kepada cover story kali ne, Album Kaki Kayuh! Aku bertemu rakan baru yang sama
minat iaitu Hisham, Fazzull Ali, Man Toba dan Rimba Bara. Adalah kelainan sikit bila dah jumpa
rakan baru. Taklah asyik watak-watak lama saperti Mahfoul, Amiroul, Lengkuas, Azhar Thor
dan Ahmad. Minggu lepas diorang layan mtb kat trek frim Kepong! Dengar cerita dan tenguk
photo pic yang diaorang ambik, memang nampak menarik dan happy.
Tahun 2012 adalah tahun paling meriah kepada pengemar basikal. Banyak kedai basikal udah
dibuka disekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Macam-macam jenama basikal berada di
pasaran tempatan. Sekarang, basikal bukit mempunyai ramai peminatnya berbanding dengan
basikal road. Walaupong begitu, kebanyakan kakikayuh memiliki dua jenis basikal iaitu mtb dan basikal road. Siapa sangka, termasuk aku Beb! Berbasikal menjadi aktiviti utama penduduk
Malaysia, terutama yang tinggal di bandar.
Info: Jenama basikal mampu beli bawah RM1,500.00 saperti Xds, TRs, Giant, GT, Exitway, Hasa, Polygon Cozmic CX1.0, Mongoose, Rockbike dan ada macam-macam lagi! Hehehe........
Apapun Mj ucapkan selamat berkayuh dan semuga satu hari nanti di Kuala Lumpur ada lorong
khas basikal!
No comments:
Post a Comment