26 January 2012
In the studio with Krista Harris
Salam malam Jumaat!
Lama gak aku tak story pasal lukisan. Rindu sangat aku kepada warna dan kanvas. Waktu cam ne, kul 1245 pagi aku masih lagi melayari Studio Krista Harris di Southwest Colorado. Gaya Krista Harris yang bersahaja bila melukis buat aku cemburu. Menjadi aje setiap tarian berusnye ke atas kenvas. Gaya sapuan dan tarian berusnye yang bebas hampir sama dengan gaya aku. Tapi tak sama Beb! Krista ne bukan calang-calang pelukis. Belajar Painting & Printmaking di East Carolina University, Gveenviile NC. Dah banyak lukisannye yang dibeli olih peminat seni lukis. Banyah gak si Krista ne buat pameran solo dan terima awards.
Teringin jugak aku nak berjaya macam si Krista Harris ne. Punya studio sendiri dan peralatan melukis. Tahun demi tahun aku cuba nak ada studio sendiri, tapi belum menjadi. Melukis dibilik yang sempit memang berbeza dengan melukis didalam studio! Kalu aku melukis didalam studio, tentu mood aku lebih teransang untuk terus melukis. Bila dah mula melukis, nanti malas pulak nak kayuh basikal! Hehehe...
Melukis dan mengayuh basikal adalah kegemaran aku. Jika di beri pilihan tentu aku lebih suka melukis kerana setiap lukisan boleh dipamer dan dijual. Melukis juga boleh menjadi sumber
rezeki jika hasil lukisan diminati olih pencinta seni. Entah bila aku boleh memiliki studio sendiri.
Kalu ikut perancangan, tahun ne aku dah mula melukis dan memiliki studio kecik. Sayangnye rancangan tu tak menjadi pulak. Biasalah kan, kalu jenis tak berduit, (mana-kan mungkin boleh bukak studio). Kene cari penaja kot!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment