15 January 2012

Kayuh Malam Lagi Beb!


Salam! Aktiviti berkayuh diteruskan.
Berkumpul seawal 08.30 malam - Berkayuh malam secara berkumpulan memang menyeronokan. Melalui Taman Kok Doh dan terus ke Segambut.
S
edang kami berkayuh tiba-tiba Amiroul yang berkayuh dibelakang sekali hilang dari pandangan. Aku terpaksa patah balik untuk mencari Amiroul. Dari jauh nampak le si Amiroul menolak basikal. Katanye tayar dah pancit. Aku hulurkan pam dan lepas tu bolehlah kayuh buat sementara. Kengkawan yang udah kayuh melepasi kami sedang menunggu kat petrol pam. Kami berhenti kat petrol pam dan rakan baru kami (Dr B'sikal) memberi bantuan untuk menukar tiup! Pantas betul dia ne. Kejap aje dah selesai kerja-kerja tukar tiup. Apa lagi, sambung kayuh lah Beb!
























Kayuhan diteruskan melalui Jln Sultan Salehuddin, Jln Cendrasari, Daya Bumi dan rehat di Dataran Merdeka. Lepas tu kayuh ikut Jln Bukit Nanas, Jalan Raja Chulan, beluk ke Jln Pinang dan berhenti kat Jalan Ampang. Kat sini kami bergambar ! Selesai sesi bergambar, kami teruskan kayuh melalui Jln Yap Kwan Seng, Jln Tun Razak dan lalu ke Tasik Titiwangsa.























Lepas melalui Tasek Titiwangsa, kayuhan diteruskan melalui Jln Pahang, Setapak dan lepas tu
kami berpisah ketika melalui laluan berbukit. Kami bertemu semula kat kedai mamak di Tmn
Kok Doh. Info: Jika kengkawan nak join berbasikal ke Kuala Kubu-Bukit Fraser (April) dengan Kelab OGKL, sila hubungi : crew@ogkl.com.my atau laman sosial http://Groups.to/ogkl/



2 comments:

  1. wow..terbaek berkayuh di waktu malam....salam dr GBLB (kami belum berkayuh malam)...

    salam kenalan

    ReplyDelete
  2. Salam GBLB!
    Jom ler join kami kayuh malam...
    Klik kat fb Pahat Berbunyi untuk berhubung dgn kami.

    ReplyDelete