20 March 2010

KAKI KATAK @ KOPITIAM...


Salam dan Selamat Pagi!

Berita pagi ne yang menarik kat muka depan Utusan ialah Krisis istana kian rumit dan Yu Gergasi. Berita kaki pulak 300,000 disekat keluar negara.

Yang lebih menarik bagi aku ialah berita Kaki katak dalam mi goreng. Mangsa bersama keluarga menikmati hidangan kat kopitiam, Bukit Tinggi-Klang. Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam, beliau terkejut mendapati terdapat kaki katak dalam mi goreng. Kata mangsa " Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut". Katanya lagi" Saya rasa tidak puas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukan dalam makanan yang saya pesan".
...........................................................................................................................................................................

Kakiconteng: Pendapat aku yang kurang arif ne...selaunye kalau kat dapur tukang masak akan sediakan fish stock, beef stock atau chicken stock berbentuk soup cair. Ade juger tukang masak yang buat short-cut pasal stock ne...diorang gunakan chicken cube atau tomyam soup cube.
Kat kopitiam ne mugkin( aku xpasti pasal aku xpernah kerjer kat dapur Cina) - tukang masak ne sediakan frog stock berbentuk soup dimane katak hijau dipotong dan direbus untuk dijadikan
penambah perasa.

Yang aku tau katak hijau ne bage orang Cine, sedap digoreng dan dibuat soup. Nak dijadikan ceriter... tukang masak ne selalunye gunakan standard resepi untuk mi goreng. Tukang masak ne xtau ugama aper yang pesan mi goreng ne. Tugas dia siapkan masakan
yang dipesan pelanggan tanpa perlu mengetahui status ugama atau bangsa pelanggan.

Jangan salahkan Pengurus, Tukang Masak atau Jakim. Ine kan kopitiam! Tak tulis pong kat pintu masuk atau dalam menu, orang Islam dibenarkan masuk dan makan disini...Hehehe! Salahkan lah diri sendiri! Saperti kata Cik Nawza Izhar dalam Forum Sabtu...


ADA OTAK GUNAKANLAH!
Kita sebagai pengguna, perlulah mempunyai daya kuasa untuk mengelakkan diri daripada makan di kopitiam yang tiada sijil halal. Apakah sudah kurang premis makanan orang Islam, hingga orang Melayu terpaksa makan makanan yang diragui statusnya? Tepuk dada, tanya selera. Kerajaan mempunyai banyak masalah rakyat yang perlu diatasi maka janganlah kita menambahkan beban mereka hanya semata-mata untuk pastikan kita makan makanan halal. Ada mata pandang, ada telinga dengar, ada otak gunakanlah.

Nawza Izhar
Kuala Lumpur
20 Mac 2010


No comments:

Post a Comment