12 February 2013

PROTON CITY-TANJUNG MALIM


Cuti Tahun Baru Cina! Balik ummah Mak Mertua di Felda Gedangsa. Pagi Isnin ge sarapan kat Proton City. Lepas sarapan berehat kejap kat tasik. Sebelum ne aku udah pernah berkayuh malam ke Proton City, tapi rasa tak puas kerana tak dapat melihat pemandangan (waktu siang) disekitar tasik dan Bandar Proton.

Waktu pagi camne udah ada aktiviti jogging yang dilakukan oleh penduduk sekitar bandar Proton. Bagi orang luar pula, lebih berminat sarapan pagi bersama keluarga di pondok atau wakaf-wakaf yang disediakan ditepi tasik. 

Idea reka bentuk landskap kat sini memang menarik buat tempat berehat dengan adanya pokok renek, titi kayu, pondok wakaf, batu besar dan tasik. 


Dari tasik ne aku boleh lihat rumah-rumah banglo kat atas bukit, rumah pangsa, rumah teres yang sedang dibina, kubah masjid, deretan rumah kedai. Inilah dia sebahagian pemandangan bandar Proton yang mungkin akan menjadi bandar Melayu kedua terancang selepas Shah Alam. 


Oleh kerana kawasan ne baru dan sedang dalam perancangan menjadi bandar bersih dan mesra alam, maka tak hairanlah kelihatan banyak papan-papan tanda dicacak sekitar tasik. Papan tanda tersebut memberitahu iaitu jangan memancing, dilarang bawa haiwan, jangan buang sampah, jangan berenang, jangan terjun, dilarang berbasikal dan bermotosikal. Alamak! Baru aku tau kat tasik ne tak boleh berbasikal. Huhuhu... 


Inilah
pemandangan yang sempat aku rakam. Bekas cawan plastik kosong ne mungkin ditinggalkan oleh penggunjung petang semalam. Walaupong dicacak seribu papan tanda "jangan buang sampah merata-rata" tapi disebabkan tidak sekolah dan otak pengotor, macam nelah jadi nya. 


Kalau tak jumpa tong sampah atau tong sampah jauh, susah sangat ke kalu bekas cawan palstik tu di kumpul dan simpan dulu dalam bakul motosikal atau bawa dalam kereta. Lepas tu sampai ummah buanglah! Perangai tak pernah berubah, macam monyet jumpa bunga lagaknya, atau pong yang suka buang sampah merata-rata ne memang monyet!

Lepas menghirup udara segar tasik, aku meninjau-ninjau pulak kat deretan rumah kedai dan kelihatan sebuah bangunan seakan-akan kompleks beli-belah. Kat tingkat atas ne disediakan ruang niaga untuk makanan, kira macam food courtlah gitu!

Kompleks ne dari segi reka bentuk nampak cantik, sayangnya takde penyewa. Lengang dan kosong-kosong seperti senikata lagu Najwa Latiff. Kalau udah lama takde penyewa tentu besi-besi pong berkarat dan menjadi tempat sarang burung serta longgokan sampah sarap.


Jenguk pulak deretan rumah kedai atau cakap orang putih "shop lot" gitu. Adalah sikit penyewa seperti restoran mamak, restoran tomyam dan restoran nasi lemak. Ada gak kedai runcit, klinik dan yang lainnya nampak terbiar. Kosong-kosong tanpa penyewa!


Dari cakap-cakap orang kat sinilah, dolu masa mula-mula shop lot ne dibuka memang meriah. Ada restoran makanan barat, bengkel kereta, kedai dobi, kedai internet, kedai gunting rambut dan lain-lain. Tapi sebab tak ramai pelanggan (aysik-aysik muka dia aje!) ["Tiap bulan sewa kene bayar gak, nak bertahan cammana Bro!"].

Betul gak cakap diorang tu. Kalu niaga tempat tu tak ramai orang, memanglah sakit! Bagi akulah, pasukan petugas yang menguruskan kawasan ne perlu cargas! Buatlah aktiviti hujung minggu seperti berbasikal dari Tanjung Malim ke Bandar Proton. 

Sesekali buat Festival Proton yang memperkenalkan produk-produk keluaran dari kilang proton atau  Proton City Auto Show ke, [atau lagi] pameran hasil kreatif seni dari Upsi serta produk dari kilang lain yang berada di kawasan bandar proton.

 
Extra: Oops! Sebelum nak buat festival, auto show, up town atau acara hujung minggu ke, ada baiknya shop lot tu dicat semula dan diisi dengan penyewa seperti kedai menjual aksesori kereta buatan proton, bengkel kereta proton, pejabat pos, kedai alat tulis, kedai basikal, kedai menjual pakaian, kedai kain ela, kedai jahit, kedai cendrahati Bandar Proton dan jangan lupa mesin Atm. Sediakan gak beberapa stall beroda yang menjual pop corn, ice cream dan stall menjual minuman smoothies. - Salam dari Mj!


No comments:

Post a Comment