03 February 2013

KAYUH KE BANDAR PROTON


Bulan beralih bulan! Sekarang udah masuk bulan Febuari 2013, bersamaan Rabiulawwal 1434. Sebagai pembuka tirai bagi bulan ne-aku bersama rakan berkayuh ke Bandar Proton.

Sinar mentari di Warisan Bernam Resort mula redup. Aku bersama Azhar THor, Otai Mahfol, Ady Yusof, Herlin, Mad, Tengku Wong, Taufik,  dan Hazimi mula berkayuh menyusuri sungai Bernam.

Walaupong jarah kayuhan dari resort ke Bandar Proton hanya 15 kilometer lebih kurang, berpeluh gak Beb! Terus kayuhhhhhhhhh melalui kawasan perumahan, ladang getah, dan komplek Upsi baru yang berwarna warni.  

Kengkawan lain udah tak nampak bayang, laju diorang kayuh. Yang tinggal kat belakang si Herlin, THor dan termasuk aku lah!

Aku cam biasalah kene take five! Klik sana dan klik sini. Bila bab berfoto ne, masing-masing pong tunjuk minat untuk berpossing.


Kali ne adalah sekeping dua foto aku, sebab si Taufik dan Herlin minat gak nak klik! klik! Foto kat bawah ne dari kiri ke kanan ialah Manjapri, Tengku Wong, Azhar Thor, Otai Mahfol dan Herlin.

Possing lagi! Foto kat bawah...Ikut pusingan jam iaitu Otai Mahfol, Ady Yusof, Mat, Azhar THor, Hazami, Taufik dan Tengku Wong.

Kayuh dan terus kayuh! Menghampiri tasik di Bandar Proton, langit udah gelap. Tugas matahari diganti pulak dengan bulan dan bintang-bintang. Rehat kejap dan kayuh keliling tasik-lepas tu kami berhenti minum kat kedai mamak di Bandar Proton. 

Selesai minum, kayuhan diteruskan menuju pekan Tanjung Malim. Dalam perjalanan, hujan rintik-rintik. Singgah di restoran tom yam untuk makan malam. Selesai makan, balik berkayuh ke resort melalui permukaan jalan yang tidak rata dan berlubang. Terus kayuh! Melalui kebun, jambatan dan tanah perkuburan orang Islam. Kiri kanan nampak gelap dan menyeramkan. Memanglah gelap  Beb! Namanyer pong kayuh malam. Sesekali kedengaran anjing menyalak, auwwooo...auwooouuuuuuuuuuuu!


No comments:

Post a Comment