Khamis 28/2/2013! Aku ajak kawan aku Azahan ge Seremban untuk makan tengahari. Jam 1000 pagi, kami berdua udah berada di stesen KTM Komuter Bank Negara. Beli tiket Kelompo-Seremban Rm06.10 sahaja, tanpa perlu ke mesin token seperti LRT. Lama gak aku tak ge Seremban! Selalunya kalau ge arah Selatan memang tak lalu Seremban pasal ikut highway. Kali terakhir aku singgah di Seremban mungkin pada akhir tahun 70'an. Udah lamakan! |
Komuter terus bergerak! Kenang kembali! Era' penghujung 80'an pulak, aku baru balik dari Kota Kinabalu pasal restoran Sate Hut yang aku uruskan, udah tak berapa menjadi pasal kelembapan (gawat) ekonomi dunia ketika itu. Jobless! Banyak masa aku habiskan kat APS dan sekitar Jalan Masjid India, bersama kengkawan pelukis jalanan. Satu hari, si Azahan cadangkan kami buat kerja-kerja graphic termasuk mencetak baju-T dan pos item. Kami pong daftarlah syarikat kecik dengan bayaran RM60.00 henggit atas nama Colour Design & Promotion. Pejabat masa tu tumpang pejabat adik aku Majid di Wisma Inter Consortium, Jalan Ipoh, Kelompo. |
No comments:
Post a Comment