27 February 2013

MINAT ADVENTURE!


Adventure! Kalau ikut kamus lama bermaksud peristiwa atau pengalaman yang luar biasa atau pengembaraan. Maksud istilah adventurous pulak ialah mereka yang gemar kepada perkara yang luarbiasa dan berbahaya, dipenuhi dengan hal-hal luarbiasa dan bahaya.

Kepada kengkawan yang minat aktivit adventure, boleh melakukan secara berkumpulan seperti Rock Climbing, White-water Raffting, Cave Exploration, River Cruising, Mountain Climbing, Bird Watching, Wreck Diving, Mountain Biking atau Jungle Trekking.


Dolu,
aktiviti yang aku minat ialah trekking dan camping. Ada gak sesekali buat hitch-hike 
iaitu mengembara dengan menumpang kenderaan secara percuma. Pada pertengahan tahun 80'an aku bersama rakan pernah hitchike ke Pulau Pinang dengan bermodalkan RM 10.00 sahaja.

Kisahnya! Nak dapat tumpang kereta, kene keluar sikit dari pusat bandar. Tak lama kami berjalan dapat tumpang kereta bebudak Melayu yang nak ke Kuala Kangsar. Kul 0530 petang gak baru kami sampai kat Kuala Kangsar pasal masa kami keluar dari rumah tadi selepas makan tengahari. Dari Kuala Kangsar kami menapak sambil mengharap ada kenderaan yang sudi tumpangkan kami. 

Hari udah nak senja!
Waktu camne takde sebuah kenderaan pong yang nak tumpangkan kami. Jalan dan terus jalan dalam keadaan gelap yang hanya mengharapkan bantuan cahaya kenderaan. Akhirnya kami berdua berhenti berehat kat sebuah pondok di tepi jalan. "Entah kul berapa sekarang ne ya!", tanya kawan aku sebaik kami dapat meluruskan kaki. "Entah! aku pun tau tau". Jawab aku ringkas.

Kami cuba lelapkan mata dengan berlapikan slepping beg. Mata baru nak lelap tiba-tiba kat seberang jalan, ada beberapa orang tengah kecoh pasal dorean kene curi. Baru kami tau, kawasan yang kami singgah ne adalah kawasan perkampongan dan kawasan dusun buah-buahan. Untuk elakan daripada kene tuduh curi buah dorean, baik kami gerak.

Menapak lagi! Waktu malam camne memang sukar nak dapat tumpang kereta. Kami terus menyusuri jalan dan nampaklah papan tanda yang tertulis Padang Rengas. "Wah! Kita jalan udah sampai kat sinilah! Tapi jauh lagikan Peneng!" Soal kawan aku sambil mengambil air minuman yang dibawa dari rumah. "Memanglah jauh, harap-harap adalah kereta yang sudi tumpangkan kita malam ne", jawab aku selamba sambil dalam hati sangat mengharap pertolongan dari Allah.


Pon! pon! pooonnnnn bunyi hon lori triller. Perlahan aja lori tu lalu melepasi kami  sambil pemandunya berteriak "Naik! naik cepat. Nak ge mana ne?" tanya pemandu tersebut. "Nak ge Peneng Encik" jawab aku ringkas. Lori triller tu mula bergerak meningalkan Padang Rengas menuju  Butterworth. Sambil tu sempat gak tanya kat brother tu, "Pukul berapa sekarang?". "Baru jam 0230 pagi, mungkin kul 0530 lebihkurang kita sampai kat Butterworth", jawab pemandu triller tersebut.

Aku udah tak kisah, kul berapa sampai kat Butterworth-janji aku tak menapak malam-malam buta camne. Bila sampai kat Peneng nanti, aku nak sarapan teh tarik dengan nasi lemak ikan masin dan tengahari pulak nak makan nasi kandar. "Sedarlah sikit Bro! Bawak sepuloh ringgit, nak macam-macam". Tiba-tiba macam ada satu suara yang berbisik kat telinga aku!


Itu cerita dolu Bro! Walaupong aku hanya ada RM10.00 kat dalam poket tapi aku sampai gak kat Peneng kan! Sebenarnya (rahsia ne) kat Peneng, bila udah tengahari aku tak makan pong nasi kandar, pasal duit tak cukup. Hanya makan meggi mee, itulah kenyataannya!

Berbalik kepada cerita minat adventure ne, banyak tempat yang boleh kita terokai. Seperti jungle walk kat Taman Negara Danum Valley dan Kinabatangan atau mendaki Gunung Tahan. Lain-lain tempat ialah Royal Belum, Ulu Bendol, Endau-Rompin, Gunung Ledang, Tasik Cini, Tasik Kenyir, Bako National Park, Mulu dan Niah National Park.  


Maksud Jungle Walk ne bagi aku ialah berjalan dalam hutan ikut trek yang udah disediakan tanpa pemandu arah. Sebagai contoh, trek laluan ke Lubok Simpon dan trek ke Bulatan Paya di Taman Negara, Kuala Tahan. Jungle Trekking pulak ialah berjalan dalam hutan melalui trek yang memerlukan pemandu arah, sebab kalau takde pemandu arah-kita boleh sesat Bro! 


Yang minat camping
 pulak, boleh berkemah kat Taman Negara dan Kenong Rimba Park di Pahang. Lain-lain tempat camping ialah Sungai Bernam di Tg. Malim, Pulau Payar di Kedah, Redang Marine Park di Terengganu, Gunung Tapis Pahang, Mersing dan Tanjung Piai di Johor.


Nota Kaki: Nak bagi ingatlah Bro! Kalau ada geng yang nak ikut camping kat utan tapi penakut ada baiknya jangan diajak. As-Salam dan jumpa lagi!



No comments:

Post a Comment