05 February 2013

TREK TM BIKERS


Selamat Pagi Bro! Kul 0330 pagi aku terjaga pasal badan terasa panas walaupong kipas kat chalet ligat berpusing. Aku keluar dari chalet menuju surau diatas bukit untuk sambung tido. Ketika aku memanjat anak-anak tangga yang dibuat dari simen, suasana sekitar resort kelihatan tenang. Kebanyakan penghuni chalet tentu sedang dibuai mimpi-mimpi indah.

"Assalamualaikum"! Aku bagi salam dulu sebelum melangkah ke dalam surau. Manalah tau ada mahkluk lain yang sedang menumpang berehat kat surau ne. Aku cuba sambung tido sambil telinga mendengar bunyi enjin genaretor dan sesekali biji getah kering jatuh kat atas atap zink surau. Mungkin kerana kepenatan berkayuh malam tadi ke Proton City, akhirnya aku terlelap! Zzzzzz... 

Terjaga dari tido! Menuruni anak-anak tangga menuju chalet untuk ambik tuala dan berus gigi. Lepas mandi aku sarapan ala kadar dan lepastu bersiap untuk mulakan berkayuh ke trek TM Bikers.

Mula berkayuh lebih kurang kul 0900 pagi, melalui kebun getah disebelah kanan dan disebelah kiri sungai Bernam. Kali ne kami berkayuh ditemani seorang rider Mohamad Ali Vidic dari Trolak.

Berkayuh menyusuri laluan berliku dan sempit. Segalanya ditempuh dengan hati-hati. Kita bukan tak percaya pada trek ne, tapi waktu pagi camne mungkin ada pemangsa yang sedang mencari mangsa. Punyalah hati-hati dan fokas, tapi aku tesembab gak! Mujurlah hanya calar sedikit kat keting dan Hazimi hulurkan first aid dressing atau ayat lain plaster lah!

Selepas berkayuh melepasi laluan denai, sekali lagi kami melintasi sungai Bernam tanpa titi. Kali ne kasut raider basah. Bila kasut udah basah terasa sikit berat dan kalu pacat singgah kat kaki pong tak perasan pasal sejuk! Hehehe...

Alamak! Kene daki bukit pulak. Part ne memang kelemahan aku. Separuh nyawa gak menolak basikal sambil mendaki bukit. Tolakkkkkkkkkk! Malulah kalau tak larat. Tenguk kat depan bunga sekutum (si Herlin) tu, dia masih menolak basikal penuh semangat macam ada tenaga tambahan plak!.  

Hehehe! Akhirnya si Herlin, Thor dan Tengku Wong mengalah gak. Jangan paksa kalau udah tak larat! Take fivelah sambil klik! klik! klik! Sempat lagi senyum tu...

Selesai udah acara mari tolak basikal bukit (mtb!) Lepas ne sikit happy pasal laluan menuruni bukit melalui dusun dan ladang kelapa sawit. Ketika aku tengah syok layan, tiba-tiba sekali lagi aku jatuh tapi taklah sampai tergolek dog. Nasib baik luka sedikit dibawah lutut. Kalau lah kene kat tempurung lutut...

Kayuh diteruskan! Ady Yusof kat depan sekali, dan aku menggekori dari belakang. Menyusuri ladang kelapa sawit banyak simpangnya. Kami berdua terus kayuh tanpa mengetahui laluan ne adalah laluan menuju hutan. Aku ajak Ady berhenti kejap pasal kengkawan lain tak nampak bayang. Sayup-sayup kedengaran suara Thor dari belakang memanggil kami berdua  berpatah balik pasal udah salah jalan. Sesat! (Kalu udah sesat baliklah ke-pangkal jalan!)

Lepas tu kami keluar dari ladang kelapa sawit menuju tapak perkemahan berhampiran jembantan gantung. Ketika melintasi kawasan perkemahan ne, kami nampak sekumpulan penuntut dari Upsi sedang melakukan aktiviti mereka.

Jambatan gantung nelah sebagai tanda penamat kayuhan kami hari ini. Alhamdullilah semua rider selamat pulang ke resort kecuali si Herlin yang mengalami sedikit kekejangan dan sakit otot disebabkan petang semalam tergelincir ketika mandi sungai.


Nota Kaki: Foto ikut pusingan jam iaitu Mahfol, Tengku Wong, Amat, Hazimi, Ady Yusof, Manjapri, Ali Vidic, Herlin dan Thor.
Add caption

No comments:

Post a Comment