Aku baru balik dari town! Sabtu - Kul 1230 tengahari tadi, aku bersama isteri aku ge jemputan majlis perkahwinan anak rakan isteri aku (Ellina Abd. Rahaman) di Pusat Komuniti, Taman Koperasi Polis, Fasa II, Kuala Lumpur.
Jam lebih kurang 0115 petang! Udah selesai menjamu selera dengan nasi bryani dan cendol sebagai pemanis mulut, kami keluar dari dewan dan bersalaman dengan tuan ummah. Kebetulan pulak tu, berselisih dengan Kak Diah dan Aisah yang baru jer nak melangkah memasuki dewan.
|
Kami tinggalkan Taman Koperasi Polis dan sedang menuju pusat bandar, melalui Jalan Ipoh dan masuk ke Jalan Kucing. Petang Sabtu camne selalunya ruang petak kereta kat Kelompo (yang percuma lah!) selalu penuh. Apa tidaknya! Macam-macam aktiviti ada - salah satunye ialah pasar hujung minggu kat lorong belakang Jalan Tuanku Abdul Rahman.
|
|
Tujuan aku ke pusat bandar ialah nak beli kain ela untuk isteri aku. Sambil tu, aku boleh tompang sekaki beli kain ela untuk buat baju kemeja lengan pendek. Kemeja lengan pendek ne aku cadang untuk dipakai pada jemputan majlis perkahwinan, majlis hi-tea, bbq party atau ketika berehat ditepi pantai.
Tempat yang di tuju tentulah di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau kata orang Kelompo Jalan Tar gitu! Untuk dapatkan kain ela yang murah sikit, aku tuju gedung Kamdar. Untuk kemeja lelaki, aku pilih 2 helai kain bercorak dari jenis printed Ashley English Cotton (Touch Collection) dan 2 helai kain bercorak dari printed Lancaster Victoria Swiss Cotton.
Lepas tu ge pulak kedai kain kat Jackel. Beli sehelai kain bercorak dari Italian Prints Silk Cotton by Nizam. Buat masa ne cukuplah ada 5 helai kain ela untuk dibuat kemeja lengan pendek. |
|
Fuyoooo! Punye ramai kaum kat sekitar Jalan Tar ne. Ada yang sedang lepak kepenatan, ada yang jual permainan kanak-kanak. Hati-hati ketika bersesak-sesak disiar kaki (kaki lima) deretan rumah kedai ne. Mungkin ada pencopet! (Penyeluk saku lah Sis!).
|
Melalui hadapan Kompleks Sogo! Kat sini ada kumpulan penyayi dan pelukis jalanan. Ramai gak yang sedang lepak menikmati alunan suara dan muzik dari seniman jalanan ne. Sambil nonton tu, janganlah buat bodo aja! Huloklah sikit kat dalam tabung yang disediakan tu. Diorang pong nak hidup gak Bro!
|
Kekadang orang Kelompo ne tak faham! Kumpulan penghibur jalanan ne sebenarnya sedang cari rezeki. Itulah cara dioarang > menyanyi sambil memetik gitar. Tanpa penghibur jalanan seperti mereka ne, terasa sunyi pulak Jalan Tar. Luorang yang sedang dihiburkan tu, jangan ingat nak free jer!
Extra: Ketika ini aku lihat aliran gaya selamba pakaian kaum lelaki (muda atau yang tua) yang hanya memakai T-Shirt tanpa kolar ketika menghadiri jemputan majlis perkahwinan. Hormatlah kat tuan rumah yang menjemput anda datang majlis. Ambik inisiatif sikit untuk memadankan pilihan pakaian kalau nak ge majlis seperti memakai songkok, berkemeja lengan pendek serta jean dan sneaker! Janganlah tunjukan yang anda keliru tentang fesyen! Jumpa lagi kat entri "Konsep Pakaian Lelaki Kontemporari". As Salam! |
No comments:
Post a Comment