25 March 2013

KELUAR DARI KEPOMPONG!


As Salam!
Awal tahun 1984 aku sering ke Restoran Sate Ria, Bukit Bintang untuk bertemu rakan. Satu hari, sambil minum kopi-rakan aku Johari Gaizon @Joe bagitau ada orang dari Sabah (En Iskandar) mencari pekerja untuk restoran baru yang akan beroperasi di Kota Kinabalu. Satelah Joe bagi alamat, aku terus menuju hotel tempat penginapan En Iskandar Datuk Hj Malik di sekitar Bukit Bintang.

Setelah selesai sesi temuduga yang dikira macam temubual tu, aku di terima bekerja. Aku dikehendaki sediakan passport perjalanan terhad secepat mungkin. Selepas Magrib, 27 Mar 1984, aku di hantar oleh En Iskandar ke airport Subang, sambil beliau bagitau iaitu aku terpaksa ge Kota Kinabalu @KK sorang diri pasal beliau masih ada urusan kat Kelompo. Pesan beliau lagi, nanti malam bila sampai di  airport @KK, isteri dan bapa mertua beliau ada menunggu disana.


Inilah pertama kali aku keluar dari kepompong  dan naik kapal terbang. Ketika aku jejak kaki di airport @KK, isteri Iskandar bersama bapanya sudah menunggu aku. Aku dibawa menaiki BMW menyusuri Kota Kinabalu waktu malam, sambil isteri Iskandar bagitau serba sedikit mengenai pelbagai kaum yang tinggal di bandar @KK seperti kaum Kadazan-Dusun, Bajau (Bajao), Melayu Brunei,  Cina, Bugis, Suluk, Banjar dan pendatang dari Filipina serta Indonesia.

Esuk pagi, dari Likas (rumah En Iskandar) aku dibawa oleh isteri Iskandar melawat pejabat  di Kota Kinabalu sambil berkenlan dengan En Asrin Hj Idris (rakan kongsi) dan En Azmi Hasan dari Perak. Lega rasanya bila aku dipertemukan dengan En Azmi, maklumlah aku belum pandai lagi speking ala-ala orang @KK. 

Lepas tu hari-hari aku berulang-alik dari Likas ke Kota Kinabalu (tempat kojer) dengan menaiki bas. Tugas aku masa tu ialah siapkan menu, jumlah pekerja yang diperlukan, draf cadangan manual operasi termasuk prosedur dan panduan bekerja. Sesekali boss baru aku, En Asrin bersama En Azmi ajak melawat tempat restoran yang akan di buka di Wisma Peribumi, Jalan Tengku Abdul Rahaman, Kota Kinabalu.

Sedikit demi sedikit! Aku udah dapat mengecam pelbagai kaum yang ada kat @KK. Seperti yang diberitahu oleh En Azmi iaitu En Iskandar ialah dari suku kaum Kadazan. En Asrin pulak dari kaum Bajau. Beza antara dua kaum (Kadazan dan Bajau) ne ialah kulit kaum Kadazan lebih cerah seperti kaum Cina, dan mereka ada yang beragama Islam dan Kristian. Orang Bajau pulak, aku lihat kulit mereka sedikit gelap dan mereka adalah beragama Islam.

Sudah hampir dua minggu! Aku berada di Kota Kinabalu. Ketika ne En Asrin sedang buat temuduga terbuka dan pada masa yang sama, aku bersam En Azmi bincang pasal susun atur restoran, pakaian seragam, logo dan reka bentuk menu. Bila lunch time kekadang En Azmi (pinjam kereta boss) bawa aku makan kat sekitar @KK dan kekadang makan kat gerai di Sembulan. Yang menariknya makan nasi campur kat sini pasti dapat semangkuk sup! 

Minggu ketiga! Restoran udah siap dan menunggu untuk di bersihkan. Pagi tu lebih kurang 18 orang krew udah bersedia untuk buat kojer pembersihan dan susun atur perabut. Ada pekerja dari kaum Kadazan-Dusun, Melayu Brunei, Suluk, Banjar, Indonesia dan Filipina.

Minggu terakhir! Setiap pagi antara kul 0900 hingga 1200 tenghari, aku buat 'Training Programe' mengenai panduan memberi perkhidmatan, tugas dan tangung jawab, jenis dan bahasa menu. Petangnya pulak, antara kul 0200 hingga 0400 petang - diorang ne kene ge sekitar @KK bagi pemplet kat orang ramai. Kalau kat kawasan parking, selit kat cermin depan kereta, kalu rumah kedai atau pejabat- masukan pemplet kat peti surat.

Hari pertama restoran di buka! Tentulah meriah Beb pasal ketika itu satu-satunya restoran sate dan nasi lemak yang ada kat Kota Kinabalu. Pada masa yang sama, aku diperkenalkan pada seorang lagi rakan kongsi iatu En Mansoor dari keturunan Melayu Brunei.

Aku story mengenai kaum-kaum yang ada di Kota Kinabalu waktu tu, pasal inilah pertama kali aku dapat mengenali mereka dari dekat. Sebelum ne aku hanya mengenali kaum kat Semenanjung saja. Selain dari kaum yang aku sebutkan diatas tadi ada gak kaum dari Timur-Timur dan India Muslim yang berniaga restoran tapi tak ramailah. Trittttt! Titit! tit! Alamak Beb, alarm yang aku set kul 0100 pagi udah berbunyi. Bagi tanda suruh aku berhenti menaip dan lain kali kalu 'mode' aku ok, aku sambung ler story ne!


Extra : Di Sabah, pendatang dari Sulu (Tausug, Bajau, Kalibungan, Yakan atau Kagayan) dipanggil "Orang Filipin" oleh penduduk tempatan Sabah. Apakah benar setiap yang bertutur Bahasa Suluk itu datang dari Filipina? Tentulah silap sebab mereka datang dari Sulu. Mereka tidak senang dipanggil "Orang Filipin" kerana sebahagian dari mereka memusuhi tentera Kerajaan Filipina. - Sumber dari Asreemoro!  





 




No comments:

Post a Comment