06 March 2013

MENGAPA POLIS, BUKAN TENTERA?


As Salam! Entri kali ne aku copy dari tulisan Zaini Hassan (Cuit) bertajuk Lahad Datu: Mengapa polis, bukan tentera?

"Ramai yang bertanya mengapa pihak tentera tidak digunakan dalam menangani krisis pencerobohan kedaulatan negara di Lahad Datu.

Mereka berangapan sekiranya tentera digunakan, maka selesailah masalah dengan pantas. Ada yang berkata komando tentera lebih hebat dan lain-lain lagilah!

Namun ada jutifikasi atau alasan tertentu mengapa pihak polis digunakan terlebih dahulu. Mungkin semasa tulisan ini dikeluarkan pihak tentera sudah pun mengempur masuk ke kawasan terbabit.

Alasanya ialah: Sekiranya tentera digunakan terlebih dahulu bermakna kita sudah mengisytiharkan perang dengan Kesultanan Sulu. Itu juga bermakna kita telah mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah kerana mengisytihar perang terhadap kita. 

Jika ini berlaku ia akan tertaluk kepada Konvensyen Geneva dan beberapa protokol antarabangsa. Sekiranya polis digunakan sebagai pemerintah dalam operasi itu bermakna, kita masih menganggap 'tentera Sultan Sulu' itu sebagai penjenayah atau penceroboh dan bukan combatant atau tentera perang.

Polis boleh menangkap dan menahan (istilah untuk polis) dan bukan menawan - menawan ialah istilah tentera, dan terdapat perbezaan antara kedua-dua istilah itu. Pihak penceroboh yang ditahan akan di-takrif sebagai tahanan jenayah dan bukan tawanan perang.

Olih itu, tuduhan di mahkamah awam boleh dilakukan. Seperti tuduhan yang dibuat ke atas lanun Somalia yang kita tahan kerana menceroboh kapal minyak negara di perairan Somalia sedikit masa lalu. Mereka tidak dianggap sebagai tawanan perang. Jika kaedah polis itu diambil, para penceroboh itu boleh diekstradisikan (dihantar balik) ke Filipina dengan lebih mudah. 

Jika tindakan ketenteraan atau kita anggap perang diambil, maka sukar hendak ditempatkan atau diklasifikasikan mereka ini? Maka terjadilah seperti kisah CIA dan penjara rahsianya (black site) semasa kempen perang menentang pengganas (war on terror) yang mereka laksanakan."

Dipendekan cerita "Sekiranya keadaan tidak boleh dikawal lagi maka Local Area Emergency (Darurat Setempat) boleh diisytihsrksn. Ini bermakna pihak tentera boleh mengambil alih kawasan Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil).

Maklumat itu juga menambah, dalam kes Al Maunah dahulu, pada peringakat awal operasinya dikendalikan olih pihak polis. Kemudian tentera mengambil alih. Tuduhan ke atas Mohd. Amin (ketua Al Maunah) yang membawa hukuman mati ialah tududan mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Beliau tidak dituduh sebagai orang awam iaitu tuduhan membunuh. Beliau dituduh sebagai combatant perang.

Mengenai persoalan sempadan kita yang mudah dibolosi, maklumat itu menyatakan: Mereka masuk sikit demi sikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur serta luas dan menjadi tradisi penduduk tempatan dan sekitar berulang-alik.

Tiada negara dalam dunia yang tidak ditembusi sempadanya. Yang sukar ialah Israel dan Vatican. isreal kerana tembuknya dan Vatican City kerana dindingnya dikepung oleh bandar Rom. Hatta, Amerika Syarikat pun sering dicerobohi sempadannya oleh orang Mexcio. 

Apa sekali pun, takziah kita kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban dalam misi bagi mempertahankan kedaulatan tanah air kita. Semoga insiden ini menjadi satu pengajaran yang amat bernilai untuk negara kita. Al Fatihah." - Zaini Hassan


Extra: Mungkin pengganas Sulu udah menyusup masuk ke-bumi Sabah dengan kekuatan tidak lebih 1,000 orang (Aku agak-agak ger!). Telah dipecahkan kepada beberapa kawasan termasuk 200 orang pengganas di Lahad Datu dan selebihnya berada di-daerah lain termasuk Semporna. Tujuan pengganas Sulu bukan untuk menuntut tanah tapi mahu membuat havoc (huru-hara) dibeberapa kawasan berhampiran seperti Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan dan Kudat. 

Presiden Filipina, Benigno Aquino percaya terdapat pihak yang membantu dalam menyediakan sumber kewangan untuk membolehkan kumpulan pengganas menceroboh Sabah. Aguino berkata, kelurga Kiram tidak mampu bertindak sendiri berdasarkan kedudukan kewangan mereka ekoran Kiram sendiri tidak mampu membayar kos rawatan penyakit buah pingganya. 

Menurut Aquino lagi, Jabatan Keadilan kini menyiasat penglibatan beberapa sekutu kerajaan bekas Presiden Gloria Macapagal Arroya, yang didakwa mencetuskan pencerobohan itu. So! Moral kepada kejadian ceroboh Sabah ne ialah kerana wang. Wang adalah segala-galanya bagi mereka! Al-Fatehah buat wira -wira negara yang terkorban. Salam sayang dari Mj!  












No comments:

Post a Comment