Kisah bermula apabila Sultan Selangor ketiga, Sultan Muhammad Shah menyerahkan watikah pelantikan pentadbiran Klang dan daerah sekitarnya kepada Raja Abdullah Raja Jaafar sebelumnya, Raja Sulaiman yang mangkat sekitar 1849 atau 1850.
Keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati anakanda Raja Sulaiman , Raja Mahadi memandangkan Raja Abdullah bukan anak jati Selangor sebaliknya berasal dari Riau. Memburukan keadaan, Raja Abdullah memajak Klang kepada dua sudagar dari Negeri-Negeri Selat bernama W.H. Read dan Tan Kim Cheng yang membolehkan kedua-dua mereka memungut cukai daripada orang tempatan. Tindakan itu menyebabkan Raja Mahadi berasa terhina kerana terpaksa membayar cukai kepada orang luar.
Peperangan mula tercetus apabila Raja Abdullah dikatakan gagal menangani pertikaian diantara wakilnya di Kuala Lumpur, Datuk Bandar Yasin dengan masyarakat Batu Bara disitu yang diketuai Mohamed Akib. Disebabkan rasa tidak puas hati, Mohamed Akib lalu meminta bantuan Raja Mahadi untuk mengetui kumpulan bagi menjatuhkan Raja Abdullah.
Usaha itu nyata berhasil apabila Raja Abdullah ditumbangkan pada Mac 1867, iaitu setahun selepas Sultan Muhammad Shah mangkat dan digantikan dengan anakanda baginda, Sultan Abdul Samad selaku Sultan Selangor. Namu Raja Mahadi membangkitkan kemarahan Sultan Abdul Samad kerana tidak membayar hasil pungutan cukai sebanyak 500 dollar sebulan seperti dilakukan Raja Abdullah sebelumnya.
Atas sebab itu, Sultan Abdul Samad memutuskan pertunangan anakanda baginda, Raja Arfah dengan Raja Mahadi. Baginda lalu memilih untuk mengahwinkan Raja Arfah dengan adinda Sultan Kedah, Tengku Dhiauddin Ibni Almarhum Sultan Zainal atau lebih dikenali sebagai Tengku Kudin. Baginda lalu melantik menantunya itu sebagai wakil mutlak. Memegang amanah itu, Tengku Kudin lalu berusaha mendamaikan perseteruan di antara Raja Mahadi dengan Raja Abdullah. Raja Mahadi bagaimana pun menolak mentah-mentah tawaran itu menyebabkan Tengku Kudin berkecil hati lalu menyebelahi Raja Abdullah.
Setelah Raja Abdullah meninggal dunia, Tengku Kudin meneruskan sokongan baginda kepada anakanda Raja Abdullah, Raja Ismail. Tengku Kudin telah membawa 500 orang Kedah untuk menyingkirkan Raja Mahadi di Klang pada Mac 1870, Tengku Kudin turut berunding dengan Bendahara Pahang, Wan Ahmad pada tahun 1872 bagi menghantar pahlawan Pahang ke Selangor untuk membantunya. (Berdasarkan catatan sejarah, pahlawan terkemuka Pahang, Rasu Abdul Salam atau dikenali sebagai Tok Gajah bersama Datuk Bahaman turut serta dalam perang di Bukit Nanas setelah menerima arahan daripada Bendahara Pahang, Wan Ahmad).
Sementara Tengku Kudin meminta bantuan dari Pahang, Raja Mahadi pula memohon bantuan masyarakat Mandailing yang sekian lama membina penempatan di Bukit Gombak. Masyarakat Mandailing itu dipimpin Raja Asal bersama seorang pedagang yang kaya-raya, Sultan Naposa atau juga dikenali sebagai Sultan Puasa. Kedua-duanya lalu bersetuju membantu Raja Mahadi.
Para pemimpin dan pahlawan Mandailing mengambil keputusan untuk berkubu di Bukit Gombak. Sebagai benteng, ditanam pokok-pokok nanas dalam jumlah yang banyak disekeliling bukit tersebut. Tujuan menanam nanas ialah pertamanya duri-duri pokok itu mampu menghalang kemaraan musuh yang berkaki ayam. Keduanya, duri pokok itu dipercayai dapat 'menawarkan' ilmu kebal dimiliki pahlawan Pahang. Biarpun begitu, Sulat Puasa bersama Raja Asal akhirnya gagal bertahan lalu ditewaskan.
Extra : Daripada jumlah pokok nanas yang ditanam itulah timbulnya nama Bukit Nanas sehingga menenggelamkan nama asalnya, Bukit Gombak. - Sekianlah!

No comments:
Post a Comment