|
Cnange! Maksudnya berganti, bersalin, atau bertukar. Petang Jumaat ne aku nak cerita pasal line internet aku! Mula-mula dolu aku guna khidmat dari Streamyx milik TM Homeline. Guna beberapa bulan udah ada masalah. Sekejap ada line kekadang takde, macam iklan biskut. Tamatkan perkhidmatan TM dan bertukar kepada broadband milik Celcom.
|
|
Bertahun gak aku guna broadband Celcom ne! Line kira ok lah janji bayar bil, jangan tak bayar. Macam ayat Celcom "Pelanggan yang dihormati, untuk memastikan perkhidmatan tidak terganggu, pembayaran awal anda amat dihargai. Terima Kasih". Hehehe!
Bila ada iklan baru dari U Mobile, nak bertukarlah! U Mobile ne boleh guna lebih pada sorang pengguna. So! Pagi semalam gelah ke HQ Celcom kat Jalan Ampang, kira nak tutup accountlah!
|
Selesai urusan di Celcom, ge Ampang Park nak sarapan. Waktu-pagi! Kat sini tak banyak pilihan kalu nak sarapan. Adalah satu dua udah bukak, macam restoran Mecdee dan Kopitiam. Aku gerak arah pusat bandar untuk sarapan!
|
Ketika melalui Jalan Raja Laut, aku tenguk banyak kenderaan bersidai kat tempat bas berhenti. Ada yang berurusan kat seberang jalan dan paling banyak diorang ne berurusan dengan dbkl. Bila kereta udah ambik alih tempat bas, kenelah bas berhenti tepi jalan. Jalan mulalah sesak! Kekadang ada gak anggota penguatkuasa dbkl datang dan arahkan semua kenderaan tu bergerak.
Tak nak kene saman, semua kereta tu bergerak dan anggota penguatkusa pong bergerak sama. Selang beberapa minit, penuh balik tempat bas berhenti tu, pasal takde anggota penguatkusa. Inilah dua (2) keping foto yang sempat aku rakam. Bila agaknya mereka ne nak bertukar perangai!
|
|
Dah telanjur story pasal bertukar ne! Kat Sabah, terutama kawasan panas seperti Lahad Datu dan Semporna, ramai wira-wira kita sedang berjuang mempertahankan kedaulatan Sabah dari serangan pengganas Sulu. Ketika aku menaip entri ne, pasukan keselamatan kita udah dapat menembak mati 32 orang pengganas.
Nak sangat bertukar! Segelintir manusia memang nak sangat tukar suasana aman kepada kacau-bilau dan huruhara. Mereka mengelar kumpulan mereka sebagai pejuang kebangkitan rakyaat. Kumpulan mereka ne rasa kecewa kerana banyak hal. Apa hal nye Bro? Gua sendiri pong konfiuslah! Jumpa lagi! |
No comments:
Post a Comment