12 March 2013

RUMAH API DI BUKIT MELAWATI


As Salam! Semuga kengkawan dan blogger diluar sana berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Entri kali ini story pasal lawatan aku ke rumah api di Bukit Melawati, Kuala Selangor. Individu seperti aku yang tidak terlibat dengan dunia pelayaran, pasti tidak melepaskan peluang berkunjung ke rumah api.

Rumah Api! Berperanan sebagai 'papan tanda' bagi membolehkan pelaut mengenal pasti kedudukan kapal mereka. Ia juga berperanan menentukan kedaulatan wilayah dan menandakan bahawa mereka ada hak ke atas kawasan sekitarnya.  



Petang Isnin, kami bertiga gerak arah Bukit Melawati di Kuala Selangor melalui jalan lama iaitu Kepong, Sungai Buloh, Ijok, Assam Java dan seterusnya Kuala Selangor. Ketika dalam perjalanan hujan mula turun tetapi kedaan trafik tetap berjalan lancar.

Selalunya ketika hujan turun, jarang sekali kita bersyukur-malah ada yang mengeluh. Pulaktu, dailog yang selalu keluar dari bibir kita (bukan semua Bro) "Hari nak ujan, angkat kain di jemuran". Mungkin sekadar hendak bergurau, tetapi ayat dalam filem P.Ramlee tu macam udah sebati pada diri kita.

Pelancung yang baru tiba!

Ketika kami sampai di puncak Bukit Melawati, terdapat ramai pelancung dari luar negara sedang menikmati pemandangan yang menghijau dan juga berpeluang melihat matahari terbenam. Ada gak pelancung yang cuba memberi makan kepada monyet jinak kat sekitar ne. Tapi aku keliru gak! Binatang tu kera ke monyet. Hehehe!

Udah puas melawat sekitar Bukit Melawati, kami turun menuju jeti usang berhampiran pekan lama Kuala Selangor. Kami klik beberapa foto terutama pemandangan arah ke seberang sungai yang kelihatan jetinya baru dibina dan ada dua buah boat yang dikira mewah gak.


Sambil merakam gambar, sambil tu aku  peratikan dua orang sedang memancing. "As Salamualaikum Bang! Kat sini kalu nak sewa boat berapa kalau satu jam?", aku bertanya kepada salah sorang yang sedang memancing. 

"Oh! Dia bukan kira jam, kalau nak sewa boat macam tu lebih kurang RM 150.00 sehari." Jawab lelaki tersebut sambil menunjukan sebuah boat yang di ikat kat jeti. 

"Kalau guna baot macam kat bawah jembatan tu mungkin murah sikit tapi takde bumbunglah!", kata lelaki tersebut sambil tersengeh. "Boat  diorang pandu atau pandu sendiri pun boleh. Kekadang kalau diorang (pemandu boat) dapat ikan pun diorang bagi kat kamu", sambung  kaki pancing tersebut dengan panjang lebar.

"Oh gitu!", jawab ku ringkas. "Lain kali mungkin kami datang mancing kat sini bang. Terima kasihlah!". Kami bertiga tinggalkan jeti usang menuju deretan shop lot kat situ. Agak-agak nak buat apa ya. Apa lagi Bro, pekene teh tariklah!

Kat bawah ne ada lagi beberapa pic yang aku rakam untuk di kongsi dengan kengkawan semua. Salam sayang dari Mj! 





Kenyanglah monyet ne
kalau ramai pelancung datang!

Cuba nak bagi monyet makan!

Boat yang boleh di sewa!
Sehari RM150.00 

Nak minum air panas ke sejuk.
Tepuk dada tanya tekak!

Pemandangan dari puncak
Bukit Melawati!





No comments:

Post a Comment