20 March 2013

JEMPUTAN, TRANSFORMASI & TAUSUG


As Salam! Minggu lepas aku udah terima beberapa kad jemputan Majlis Perkahwinan iaitu pada hari Sabtu, 16 Mac 2013 yang di adakan di Taman Shemelin, tapi aku dan isteri tak dapat datang. Lepas tu menyusul pulak jemputan dari En. Jaafar @Apai bin Yusoh, yang diadakan pada hari Sabtu, 23 Mac 2013-di Taman Koperasi UDA, Hulu Langat, Selangor.

Seterusnya jemputan pada hari Ahad, 24 Mac 2013, dari En. Zulkiply bin Samsudin-yang akan diadakan di Gombak Setia, Kuala Lumpur. Pada 30 Mac 2013 (Sabtu), jemputan dari Tuan Hj. Azuan bin Abu Hassan, bertempat di Kg Melayu, Sg Buloh, Selangor. Hari Ahad (31 Mac 2013 pulak, jemputan dari Puan Rosniza binti Salleh, di kediaman mereka : Flat Sri Langkawi, Gombak Setia, Kuala Lumpur.   


Pagi ne aku ingat nak sambung mengecat dinding rumah tapi ada call dari member lama yang tinggal kat Kg Manggis, Gombak. Katanya dah lama tak jumpa, teringin gak nak berbual sambil pekene teh dan dia cadangkan tempat pertemuan ialah kat Medan Mara, Kelompo.

(Minggu ne memang aku rancang nak abiskan masa aku kat rumah dengan mengecat dinding luar dan dalam serta grill pintu. Tapi! Pertemuan adalah takdir Allah, jadi dengan senang hati aku setuju untuk turun Kelompo bertemu member lama). 


Selesai minum, kami gerak arah station KL Monorail Medan Tuanku, pasal nak ge jalan-jalan kat Bukit Bintang. Untuk pengetahuan kengkawan di luar sana, KL Monorail ialah salah satu jenama pengangkutan awam bandar kat Kelompo dibawah 'transit system' yang merangkumi taksi, bus Rapid KL, KTM Komuter, Light Railway Transit(LRT) dan KLIA Ekspres (High Speed Electric).

Transformasi! Malas aku nak selak kamus pasal  makna 'transformasi' ne. Yang aku nak stroy ialah mengenai teks ucapan Perdana Menteri, sempena Pelancaran Laporan Tahunan Program Transformasi Negara. Dibawah NKRA Kelima, ialah menambah baik pengangkutan awan bandar termasuk penambahan tren enam gerabak bagi KTM Komuter. Juga perkhidmatan bas percuma GoKL serta sistem kereta api laju yang akan menghubungkan Kelompo dengan Singapura. Wah! Hebatkan Kelompo...
   

Sambung lagi sikit ya pasal 'transformasi! Aku tertarik dengan NKRA Ketujuh iaitu Mengurangkan Jenayah. Jenayah bandar yang lebih bersifat jenayah moden berlaku kerana banyak sebab. Salah satunya ialah kat Kelompo masih ramai penagih dadah dan gelandangan. Kumpulan macamne (penagih dadah tegar) memang takleh dapat kojer kerana penampilan diri yang tidak terurus. 

Dek kerana ramainya penagih dadah, peluang   ne diambil olih  pengedar dadah dari luar negara untuk membawa masuk dadah. Saban hari kita dengar ada saja tangkapan kerana cuba menyeludup dadah. Sebab ada permintaan (pengguna) tupasal Malaysia menjadi tumpuan serangan dari pengedar. 


Ramai pelancung melawat Malaysia memang bagus! Boleh menambah pendapatan negara yang bernilai hampir RM100 bilion bagi tahun 2011 dan 2012. Tapi pastikan, semua pelancung tersebut keluar dari Malaysia satelah selesai melancung. Jangan ada pelancung yang melencung jadi pelacur (itupong jika kerjaya pelacuran itu dikira sebagai satu jenayah).


 

Wow! Kelompo  sebuah bandar yang dipenuhi dengan kolej dan Universiti, masing-masing menawarkan itu dan ini. Berduyun-duyunlah pelajar yang konon nak belajar tapi hanya dapat pass pelajar. Dengan bertopengkan pass tersebut, bebaslah mereka melakukan jenayah seperti mengedar dadah, pelacuran, perjudian dan penipuan.


Penjenayah
yang menyamar sebagai pelancung! Memang sukar nak dikesan Beb. Kerjaya diorang  ne, ada yang kaki pecah rumah, curi laptop kat airport, penyeluk saku, curi kenderaan mewah, tipu kad kredit, palsukan pasport dan berbagai kerjaya jenayah lain.

Pekerja luarnegara!
 Ada gak pekerja asing yang siang harinya buat kerja-kerja pembinaan dan malam harinya merompak, merogol dan membunuh. Pong begitu, tak terkecuali dengan penduduk tempatan. Gagal dalam pelajaran tapi malas nak buat kojer yang baik lagi halal. 


Banyak hotel didirikan kat Kelompo ne, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ini semua pasal nak menampong kemasukan pelancung bersama pelacur yang seramai 50 juta orang kalau ikut laporan pada tahun 2011 dan 2012 (ikut laporan 'transformasi lah Bro).

Banyaklah peluang pekerjaan kan!
Tapi peluang ne tak diambil olih penduduk tempatan terutama dari kaum Melayu dan kaum India pasal tak pandai cakap Inggeris dan bahasa Mandrin. Kekadang nak cakap bahasa Melayu pong tak cukup fasih, disebabkan hari-hari yang Melayunya guna bahasa negeri diorang dan kaum India pulak asyik  speking bahasa Tamil. Macam mana nak dapat kojer kalau isi borang pong banyak yang salah. Siapa yang nak disalahkan Beb!   

Pembantu rumah!
Ramai yang tak pandai cakap Inggeris, Mandrin dan Melayu. Kekadang macam ada sedikit penipuan pulak bila ramai pembantu rumah dari Indonesia yang tak cukup pandai buat kojer rumah. Ada gak yang tipu umur, alamat kampong dan sorokan sijil sakit otak.

Kat Kelompo ne sepaptutnya ada sekolah  atau kolej pembantu rumah. Belajar selama 3 bulan mengenai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Belajar juga pasal adat resam dan pengunaan peralatan morden. Bila dah tamat belajar barulah boleh di terima bekerja ikut kemahiran masing-masing.

Majikan (tuan rumahlah) mesti menyediakan tempat tinggal, pakaian seragam dan waktu bekerja. Gaji pulak hendaklah dimasukan ke dalam akuan bank pekerja tersebut setiap bulan. Setiap 30 hari bekerja, mereka berhak mendapat 2 hari cuti tanpa gaji. Pihak sekolah atau kolej pembantu rumah, hendaklah sentiasa memantau pergerakan bekas pelajar mereka dari masa ke-semasa.       


Orang Suluk!
Ronda-ronda di Bukit Bintang dan tak lupa singgah kat kedai buku. Aku beli dua buah buku yang salah satunya bertajuk "TAUSUG & KESULTANAN SULU". Buku ne ditulis oleh Asreemoro dan diterbitkan oleh RNH Marketing Sddn Bhd, pada Julai 2007.



Extra : Pada kulit belakang buku "Membongkar rahsia kekuatan Bangsa Tausug dalam mempertahankan Aqidah Islam, maruah bangsa dan tanah air mereka dari dirobek oleh penjajah Spanyol, Amerika Syarikat dan Kerajaan Filipina (sejak 1972). Bangsa Tausug terkenal dengan kedegilan seta sifat ganas hingga hari ini kerana kesan dari peperangan yang panjang yang ditimpakan kepada mereka oleh penjajah.  Satu bangsa terbilang ketika dahulu yang terkenal sebagai bangsa pembela. Pembela Ahlul-Bait, pembela dan penyelamat Kesultanan Brunei ketika perang saudara 10 tahun, pembela rakyat Sabah oleh Datu Peduka Mat Salleh dan Datu Tating. Pembela Sabah dari agenda Ferdinand Marcos (Kes Jabidah 1968), pembela Sabah oleh Tun Mustafa dan kini pembela Sabah daripada tuntutan Sultan-sultan Sulu yang tidak berdaulat yang kebanyakan hanya menyamar sebagai Sultan Sulu untuk kepentingan..."   


No comments:

Post a Comment