10 August 2012

SERIKANDI DALAM KENANGAN


As-Salam! Hari ne aku buka fb dan nampak entri dari Bin Khalid - Al-Fatihah to my mum (Hjh Syarifah Maimunah), she was a great mother and a great women. Aku kenal arwah Hjh Syarifah sekelurga kerana beliau adalah bekas majikan aku ketika aku diterima bekerja olih Bin Khalid di Serikandi Cafe & Restaurant, Kuala Belait-Brunei Darussalam pada tahun 1992. 

Serikandi dalam kenangan!
Memang banyak kenangan aku bersama Serikandi - Pertama kali menjejakan kaki di negara Brunei pada 14hb Ogas 1992 buat aku sedikit teruja. Melalui Imigresen Sg Tujuh, aku terus dibawa ka Cafe kepunyaan Serikandi di Kuala Belait untuk makan tengahari. Lepas tu aku dibawa ke pejabat/hostel Serikandi yang terletak di Lot 4356, Jalan Petai-Kuala Belait. Seingat aku, hostel tu ialah sebuah banglo dengan mempunyai lima buah bilik. Di bahagian bawah ialah pejabat operasi Serikandi dan bilik tingkat atas untuk pekerja yang terdiri dari warga India, sebuah bilik untuk pekerja warga Philippines dan dua bilik lagi untuk warga Malaysia dan Indonesia. Tempat penginapan ne siap dengan aircond, bath tab dan mesin basuh Beb!

Aku diperkenalkan kepada pekerja yang ada dihostel iaitu Siswantoro dari Jakarta, Roslan dari KL,  Awang Mahmud dari Kuching dan beberapa pekerja dari India dan Philippina. Seronok gah dapat berkenalan dengan pekerja dari luar negara. Seingat aku, waktu malam pulak, ketika aku masih di hostel ada yang bawakan makanan (bungkus) untuk pekerja yang offday dan aku tak terkecuali mendapat sebungkus nasi.

Hari kedua di Kuala Belait! Roslan, Mahmud dan Kak Tipah  ajak aku ge jalan-jalan ke Bandar Seri Begawan. Peluang ne tentulah aku tak lepaskan Beb. Aku tak ingat berapa kilometer jarak antara Kuala Belait dengan Bandar Seri Bengawan. Perjalanan ke Bandar dan pemandangan indah memang terbaek. Olih sebab aku ne baru sampai kat Brunei, jadi dalam perjalanan tu diorang bagilah sikit info mengenai negara Brunei. Negara ne terbahagi empat daerah iaitu Kuala Belait, Tutong, Temburong dan Brunei Muara dimana terletaknya Bandar Sri Bengawan.

Hari ketiga! Aku mula bertugas di Cafe Rumah Rehat Kerajaan di Kuala Belait. Hari yang sama, Personal dept. siapkan Contract of Employment selama dua tahun yang telah disahkan olih Persuroh Jaya Buroh-Brunei. Di cafe pulak, aku diperkenalkan kepada Rani, Siti Norzulika, Ruswati, Yusoff Salleh, Agus dan Wilma (yang lain tu aku udah tak ingat nama diorang). Seingat aku ketika itu pengurus restoran ialah Mr Jimmy warga Philippin. Sesekali ada gak arwah Hjh Syarifah (dikenali juga denagan panggilan Mum Syarifah) datang jenguk kami sambil bertanya kabar pasal operasi cafe. Sebulan sekali kami  metting bersama Mum Syarifah bagi memastikan kitchen dan dining hall dalam keadaan bersih, dan quality of food serta services sentiasa mainteined high leval setiap masa. Minutes meeting pulak kene buat dan report copy kene bagi kat General Manager yang ketika itu di sandang olih Sh Hj Khalid.

Teman! Setakat ini dulu yang dapat aku sajikan untuk pembaca kaki blog. Lepas ne nanti aku sambung entri Dalam Kenangan iaitu kisah aku ketingalan flight ketika berada di airport Kuching, cerita aku terlebih tinggal di Brunei pasal paspot aku udah tamat tempoh (aku macam pendatang haram plak), bekerja secara sukarela di gerai P.Ramlee-Miri, Serawak dan story pasal dapat merasai suasana Silver Jublee Celebration di Kuala Belait pada 24hb Oktober 1992.


Nota: Al-Fatihah buat arwah Hjh Syarifah Maimunah, semuga roh arwah di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin! Yarabbil Alaamin.






No comments:

Post a Comment