Kota Mekah adalah sebuah kota suci bagi umat Islam yang dahulunya dikenali sebagai Hijaz. Yang menjadikan Kota Mekah itu suci kerana disana terletaknya Masjid al-Haram dan di dalam masjid pula terletaknya Kaabah yang menjadi pusat arah sembahyang bagi umat Islam di seluruh dunia.
Pada zaman Rasulullah s.a.w. dahulu, Kota Mekah hanyalah sebuah wilayah kecil. Terletak di sebuah lembah yang tandus, mempunyai keluasan tidak lebih dari dua batu panjangnya dan setengah batu lebarnya. Sejak diketahui adanya telaga ajaib yang dipanggil Zamzam, Kota Mekah menjadi tempat persinggahan penting bagi kafilah-kafilah perdagangan yang memerlukan bekalan air sesudah mengharungi padang pasir yang luas.
|
No comments:
Post a Comment